EIJAZ HAJAR | 27

5.4K 190 3
                                    

"Adik abang dah siap?" Hasif menyoal sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Hajar bersama tiga abangnya.

Hajar yang duduk di meja solek didekati. Jelas kelihatan di mata mereka wajah manis Hajar yang mengenakan baju kurung moden berwarna putih.

Solekan pada wajah Hajar juga tidak lah terlalu  berlebihan dek kerana wajah gadis itu sudah sedia cantik. Tambah lagi dengan seri pengantin yang ada pada gadis itu.

"Dah. Semua dah siap." Jawab Kalisha mewakili adik iparnya itu. Dia mengundur sedikit bagi memberi ruang buat empat jejaka itu mendekati Hajar.

"Cantiknya adik angah." Hajar senyum. Dia mula berdiri tegak dihadapan keempat abangnya. Wajah mereka dipandang satu-persatu.

"Hajar nak kahwin dah." Hajar memulakan ayatnya. Senyuman masih tidak pudar pada wajah cantik gadis kecil itu.

"Hajar dah nak jadi isteri orang." Hajar bersuara lagi. Dia mula bergerak mendekati Haziq.

Tangan Haziq disalam dan diciumnya lama. Kepala diangkat sebelum dia menatap wajah abang sulungnya dengan mata sedikit berkaca.

"Terima kasih along sebab jaga Hajar selepas daddy mummy meninggal. Terima kasih sebab jadi ayah kedua Hajar lepas daddy. Hajar minta maaf kalau selama along jaga Hajar, Hajar banyak susahkan along."

Haziq tersenyum nipis. Pipi merah Hajar diusap lembut sebelum dia melabuhkan ciuman pada dahi adik perempuannya.

"Along sentiasa maafkan adik along." Hajar angguk. Dia bergerak pula kearah Hazim. Perlakuan dan ayat yang sama diulang sehinggalah dia bersama Hasif.

"Terima kasih sebab jadi abang-abang Hajar. Hajar bersyukur sebab Hajar ada abang-abang yang hebat macam korang."

"Kitorang pun bersyukur sebab Hajar adik kitorang." Hadif bersuara. Pipi Hajar dicubit lembut.

"Halalkan makan minum Hajar tau. Dan akak.." Hajar mengalihkan padangan pada kakak iparnya pula.

"Jaga abang-abang Hajar tau." Hajar mula bergerak mendekati empat kakak iparnya sebelum mereka semua berpelukan.

"InsyaAllah, kitorang janji kitorang jaga abang-abang Hajar baik-baik."

"Dia pesan macam nak pergi jauh je." Hazim mengelap sisa air mata yang berada di pipinya. Budak kecil ni buat macam mereka tak akan berjumpa dah lepasni.

"Biar lah, nak ambil mood je tu." Hadif bersuara sebelum tergelak.

Tok Tok

"Hi. Aku tak ada niat nak ganggu moment adik-beradik korang, tapi jom turun. Pengantin lelaki dah sampai." Kai tersengih sedikit.

Bukan nak kacau, tapi memang nak kacau pun. Jealous tengok, tahu lah kita anak tunggal.

"Jom baby." Hadif mendekati Hajar. Haziq dan Kalisha awal-awal sudah turun bersama Kai. Dia perlu berjumpa dengan keluarga Eijaz dulu. Mereka tuan rumah, jadi perlu lah menyambut tetamu yang tiba.

"Baca bismillah dan selawat banyak-banyak. Doa agar urusan Hajar dan Eijaz dipermudahkan." Hazim berbisik sebelum memberi laluan untuk tiga adiknya keluar.

Dia membiarkan sahaja Hadif dan Hasif memimpin Hajar turun. Kata Hasif, nak acah jadi bodyguard Hajar. Malas mahu bercakap lebih, jadi biarlah adik kembarnya itu berangan.

"Bismillah."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now