EIJAZ HAJAR | 35

5.1K 155 3
                                    

"Abang." Hajar menggerakkan tangan kanannya. Kepala Eijaz yang berada di sebelahnya disentuh lembut membuatkan lelaki itu bergerak sedikit.

Eijaz dengan perlahan mencelikkan mata sebelum kepalanya diangkat. Wajah Hajar yang tersenyum lemah ditatap.

"Sayang? Allah, sayang dah bangun." Hajar angguk lemah. Tangan membalas genggaman tangan Eijaz. Suka melihat wajah teruja suaminya itu.

"Hajar okay. Ada sakit mana-mana? Abang panggil Akif kejap-" Baru sahaja Eijaz ingin bergerak keluar, namun langkahnya terhenti apabila Hajar menguatkan genggaman pada tangan mereka. Kepala gadis itu digeleng perlahan.

"Hajar nak abang." Tutur Hajar perlahan. Eijaz senyum nipis sebelum dia kembali mendekati Hajar. Punggung dilabuhkan pada birai katil sebelum kepala Hajar diusap olehnya.

"Sakit?" Soal Eijaz lembut. Rambut Hajar dielus. Sesekali dia melabuhkan bibirnya pada dahi bersih wanita itu.

"Abang minta maaf. Abang lambat." Eijaz bersuara perlahan. Bibirnya sekali lagi mencium dahi Hajar.

"Bukan salah abang."

"Abang tak patut tinggalkan Hajar seorang diri." Pipi lebam Hajar diusap. Wajah pucat gadis itu sangatlah membuatkan dirinya terasa lemah.

"Abang bersyukur Hajar tak apa-apa." Ujar Eijaz lagi. Hajar menikam lembut mata hazel suaminya dengan tangan bergerak menyentuh perutnya.

"Dia cuba bunuh Hajar, abang. Hajar takut." Bergetar suara Hajar. Air matanya juga sudah bertakung di tubir mata, menunggu masa untuk jatuh.

"Hajar takut dia datang lagi." Tangan Eijaz naik menyeka air mata Hajar. Kepala digeleng perlahan dengan senyuman.

"Abang janji yang dia tak akan apa-apakan isteri abang. Dan abang janji lepasni abang takkan tinggalkan Hajar seorang diri lagi."

Eijaz bersuara cuba menenangkan hati Hajar. Dia tahu Hajar masih trauma dan takut dengan semua ini. Tambahan lagi lelaki itu adalah orang yang sama yang sudah membunuh kedua ibu bapanya dan orang yang pernah cuba untuk merogolnya.

"Abang ada. Abang takkan biarkan dia sentuh Hajar lagi."

"Abang jangan tinggalkan Hajar." Eijaz senyum bersama anggukan. Air mata Hajar disapu.

"Abang takkan tinggalkan isteri abang." Ujar Eijaz jujur.

"Dah tak nak nangis. Nanti tak comel yayang abang ni." Hajar cebik. Tangan naik mengesat pipinya.

"Pipi Hajar sakit." Adu Hajar manja. Mata merenung Eijaz dengan bibir yang memuncung kehadapan membuatkan lelaki itu tertawa perlahan.

"Alolo kesian yayang abang ni. Sini nak kiss bagi hilang sakit tu." Seluruh wajah Hajar dicium olehnya membuatkan wanita itu tertawa kecil.

Eijaz diam merenung Hajar. Dia tahu taktik gadis itu. Sengaja berlagak manja untuk menutup rasa takut atau rasa sakitnya.

"Rehat dulu okay. Sayang nampak lemah lagi tu." Hajar patuh mendengar arahan dari Eijaz. Tangan Eijaz diambil sebelum digenggam kemas.

"Abang duduk sini je kan?"

"Iya sayang, abang duduk sini je. Tak pergi mana-mana." Terus melebar senyum pada bibir pucat Hajar. Tangan Eijaz yang digenggamnya ditarik kedada sebelum dia mula memejamkan mata.

Dalam masa beberapa minit sahaja, telinga Eijaz menangkap bunyi dengkuran halus dari Hajar. Kepala ditunduk sedikit sebelum dahi gadis itu dikucup.

"I love you, sayang."

Elina merenung wajah abangnya yang duduk berseorangan di hadapan ward milik Hajar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elina merenung wajah abangnya yang duduk berseorangan di hadapan ward milik Hajar. Elina mengeluh perlahan sebelum berjalan mendekati lelaki itu.

Eijaz yang tadi menunduk terus mengangkat kepalanya apabila terasa seseorang sedang bermain dengan rambutnya. Mata terus bertentang dengan mata hazel milik adiknya.

"El." Panggil Eijaz perlahan. Tangan Elina yang sedang membetulkan rambutnya ditarik sebelum dia menyuruh wanita itu duduk disampingnya.

"Abang okay? Kenapa nampak kusut sangat ni?" Soal Elina. Eijaz senyum nipis sebelum angguk.

"Abang cuma penat je. Jangan risau, abang tak apa-apa." Balas Eijaz. Mata merenung tangan kecil Elina yang mengusap tangannya.

"Betul?" Eijaz angguk membuatkan Elina berdecit.

"El ni adik abang. El tahu abang El macam mana." Eijaz mengangkat kepala memandang Elina. Sebelah kening terangkat, tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh adiknya itu.

"Abang fikir apa? Mind to share?" Terlepas tawa kecil Eijaz. Kepala Elina yang berlapikkan tudung diusap lembut.

"Abang memang tak boleh menipu kan?" Soal Eijaz. Dibiarkan sahaja Elina melentokkan kepala pada bahunya.

Sudah lama dia dan adik perempuannya itu tidak meluangkan masa begini. Walaupun bukan masa yang sesuai, tapi sekurang-kurangnya dapat juga dia berdua dengan adiknya itu.

"Memang. Abang Jaz memang tak pandai menipu." Sembur Elina. Abangnya itu bukan tipikal orang yang suka menipu. Dan bila dia cuba menipu, benda itu tidak akan berjalan lancar dek kerana mimik muka lelaki itu sendiri.

Eijaz sengih. Pipi tembam adiknya dicubit geram sebelum dia kembali menggenggam tangan kecil Elina.

"Abang risaukan Hajar?"

"Hm." Gumam Eijaz. Mata merenung dinding di hadapan mereka.

"Abang takut benda ni jadi lagi. Abang takut orang tu datang lagi." Elina menatap sisi wajah Eijaz. Pertama kali dia melihat Eijaz seperti ini.

Senyuman nipis terlakar pada bibirnya. Tahu lah dia bahawa abangnya itu terlalu sayangkan Hajar.

"El tahu abang boleh jaga dan lindung Hajar. Abang El kan kuat. El percayakan abang." Elina bersuara, memberi kata-kata semangat kepada abangnya. Bahu lelaki itu dicengkam.

"Abang sayangkan Hajar?" Eijaz angguk bersama senyuman.

"Sangat."

"Kalau sayang, abang tak boleh macam ni. Abang nampak lemah lah. Kalau abang lemah, macam mana abang nak jaga isteri abang, hm?" Tangan naik mencengkam sisi pinggangnya. Wajah sengaja ditunjuk garang.

Eijaz yang melihat itu terus melepaskan tawa. Pipi Elina dicubit sebelum dia menarik badan adik perempuannya itu ke dalam dakapannya.

"Sejak bila adik manja abang ni jadi matang and garang macam ni hah?" Soal Eijaz. Dahi Elina dicium sekilas.

"Sejak Elina nak jadi mama." Tersentak Eijaz mendengar pernyataan yang meniti dari bibir Elina. Badan kecil itu ditolak sebelum dia menatap serious wajah adiknya itu.

"Elina cakap apa?"

"Elina dah nak jadi mama!" Ujar Elina teruja. Tangan Eijaz diambil sebelum dibawa pada perut kempisnya.

"Ni ada anak buah abang." Eijaz terus menarik senyum. Badan adiknya sekali lagi ditarik untuk dipeluk.

"Alhamdulillah. Tahniah adik abang. Abang tumpang bahagia sekali untuk El." Elina senyum. Pelukan Eijaz dibalas.

"Terima kasih abang. El sayang abang, sampai hujung nyawa El." Elina bersuara. Pipi Eijaz dicium sekejap. Tuhan sahaja tahu betapa sayangnya dia pada lelaki itu.

'Semoga hubungan persaudaraan kami ini kekal hingga akhir nafasku.'

'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now