EIJAZ HAJAR | 48

4K 139 1
                                    

"Welcome back, my friend." Nazrie mendepa luas tangannya dengan senyuman lebar. Mata memandang Ilham yang berjalan menuju ke arahnya.

"How are you?"

"Good. Kau? Mimpi apa sampai datang balik jumpa aku." Soal Nazrie membuatkan Ilham tersenyum sinis.

"Nothing. Just bosan tak buat apa-apa." Balas Ilham pendek. Punggung dilabuhkan pada sofa usang di ruang tamu.

"You know, sejak aku tinggalkan kau hari tu, aku serious tak tahu nak buat apa. Balik rumah parents aku, buat sakit telinga je dengar mummy aku membebel." Nazrie angguk.

"Sebab tu aku suruh kau stay dengan aku. At least tenang." Ilham berdehem. Dua menatap Nazrie dengan satu sengihan.

"Tenang if kau tak buat hal bukan-bukan." Nazrie berdecit. Badan disandarkan pada dinding dengan pandangan masih menghala pada Ilham.

"Still tak puas hati dengan kes tu?"

"Kau tahu aku macam mana Naz. Aku tak akan marah kau kalau kau tak libatkan orang yang tak bersalah." Ilham menekan ayatnya. Dia masih memasang wajah tenang.

"Well yeah. Kali ni aku sokong kau. Aku tak patut libatkan diorang." Nazrie bersuara dengan tawa halus.

"Apa rancangan kau kalini?" Soal Ilham serious membuatkan Nazrie tersenyuma bangga. Tempat di hadapan Ilham diambil.

"Kalini aku takkan buang masa lagi." Satu senjata berwarna hitam dikeluarkan dari belakang sebelum diletakkan di hadapan mereka.

"Pistol?" Soal Ilham terkejut. Dia menatap sekejap pistol itu sebelum kembali menatap Nazrie.

"Mana kau dapat?"

"Yang tu kau tak perlu tahu. Yang aku nak, rancangan aku kali ni berjalan lancar." Ilham diam tidak membalas apa-apa. Dia merenung sahaja Nazrie yang meneliti senjata hitam itu.

"Patutnya dari dulu lagi aku bunuh je diorang."

"Kau memang gila Naz."

"Ramai ke orang datang?" Hajar mengambil tempat di kitchen island sebelum pandangan diberikan kepada kakak ipar sulungnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ramai ke orang datang?" Hajar mengambil tempat di kitchen island sebelum pandangan diberikan kepada kakak ipar sulungnya.

"Yang akak tahu orang masjid je. Lain-lain cuba tanya along sebab dia dengan paklong yang jemput orang datang." Terang Kalisha dengan jelas. Segelas susu diletakkan di hadapan wanita yang bergelar adik iparnya.

"Apa ni?"

"Seriously, baby?" Kalisha silangkan tangan di dada. Wajah Hajar direnung datar.

"Hehe. Kena minum ke." Kalisha senyum sebelum angguk. Gelas itu ditolak agar merapati Hajar.

"Of course kena minum, babygirl. Kata nak baby dalam perut tu sihat." Haziq datang mendekat. Dahi Hajar dicium sebelum perut bulat wanita itu diusap.

"Tapi susu ni tak sedap." Meleret suara Hajar. Bibir dicebik bersama tangan menolak gelas susu itu supaya menjauh.

"Kak Lisha dulu pun cakap macam tu. Tapi along paksa juga dia minum. Now tengok, Khaira lahir sihat kan." Hajar mengeluh pendek.

"Tak nak baby sihat ke?"

"Nak." Gumam Hajar membuatkan pasangan suami isteri itu tersenyum. Gelas susu diambil sebelum disua pada adik bongsunya.

"Macam tu lah adik along."

"Ramai ke yang datang, abang?" Haziq menoleh memandang isterinya. Dia diam sekejap seolah berfikir.

"Orang masjid, kawan-kawan abang lepastu kawan paklong dengan daddy. Ramai juga lah."  Kalisha mengangguk kepala tanda faham.

"Kenapa?"

"Babygirl abang ni hah yang tanya." Hajar sengih sahaja. Tangan naik mengelap bibir yang bersisa susu ibu mengandung yang diminumnya tadi.

"Dah lah. Hajar keluar dulu, tak nak kacau along dengan kak Lisha hehe." Hajar turun dari kerusi dengan bantuan Haziq. Sempat dia mencium pipi abang serta kakak iparnya itu sebelum bergerak keluar dari dapur.

"Hm dari mana?" Soal Eijaz sebaij sahaja melihat Hajar berjalan kearahnya. Senyuman terukir apabila melihat sengihan wanita itu.

"Dari dapur. Tadi kak Lisha buat susu untuk Hajar."

"Dah minum susu lah ni?" Hajar angguk laju membuatkan Eijaz tertawa perlahan. Selendang Hajar yang sedikit senget dibetulkan.

"Cantik isteri abang pakai tudung." Hajar senyum suka. Sisi baju Eijaz digenggam kuat.

"Kalau macam tu Hajar nak pakai tudung lah lepasni. Sebab abang suka." Teruja suara Hajar. Eijaz menggeleng. Tangan Hajar ditarik mengikutinya duduk di kerusi.

"Tak boleh macam tu, sayang."

"Kenapa?"

"Nak bertudung tu kena niat kerana Allah, bukan sebab abang suka. Itu salah tau." Ujar Eijaz lembut.

"Kalau macam tu, Hajar nak belajar pakai tudung lah. Hajar nak tutup aurat." Tersenyum Eijaz mendengar jawapan dari Hajar. Dahi isterinya dikucup

"Syukur kalau macam tu. Abang sokong je apa yang terbaik untuk isteri abang."

"Terima kasih abang." Hajar sengih. Separuh badannya disandarkan pada badan Eijaz. Kepala pula elok terlentok pada bahu lelaki itu.

"Alahai, nak bermanja pula dia." Hajar cebik tatkala mendengar suara milik Hasif. Wajah abang keempatnya itu dijeling tajam.

"Sibuk lah abang Hasif." Hasif buat tidak endah. Dia mula duduk di kerusi berhadapan pasangan itu. Bayi lelaki yang berada dalam dukungannya dibetulkan.

"Indra tidur ke?"

"Tak adalah. Tengah tenung muka handsome daddy dia ni ha." Hajar berdecit perlahan mendengar ayat abangnya itu. Ceh angkat bakul sendiri.

"Kak Layla mana?"

"Abang suruh dia tidur. Semalam kak Layla berjaga je sebab si kecil ni meragam." Indra Hadzriq ditepuk perlahan. Mata dikalihkan pada pasangan dihadapannya.

"Adik malam nanti jangan aktif sangat. Duduk je dengan maklong atau yang lain, okay." Pesan Hasif lembut.

"Tahu lah. Ish seorang-seorang nak pesan."

"Orang pesan sebab sayang, babygirl. Kalau tak sayang tak adanya nak ulang banyak kali." Hasif merenung lembut wajah sedikit tembam Hajar.

"Dengar Tu sayang." Hajar diam tidak menjawab. Kalau lawan mulut dengan abangnya yang seorang ini memang dia tak akan menang.

Sabar saja lah, Hajar.

Sabar saja lah, Hajar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now