EIJAZ HAJAR | 16

5.5K 217 0
                                    

"Abang." Panggil Kalisha lembut. Dia melabuhkan duduk disebelah suaminya. Lengan lelaki itu diusap olehnya.

"Hm?"

"Kita ajak adik tinggal sini nak tak?" Ujar Kalisha seakan memujuk.

Mendengar sahaja khabar yang Hadif dan Hasif sudah pindah menbuatkan dirinya dihuni risau. Lagi-lagi bila dapat tahu keadaan Hajar.

"Sayang, abang bukan tak nak. Tapi Hajar sendiri yang tolak." Ujar Haziq membalas pujukan isterinya.

Kerja yang dilakukan tadi dihentikan sebelum dia memusingkan badannya ke arah Kalisha. Wajah lelaki itu kelihatan sedikit serabut.

Penat memikirkan keadaan keluarga mungkin.

"Abang dengan Hazim dah puas pujuk, tapi dia tetap degil. Lisha pun tahu macam mana perangai Hajar kan." Kalisha mengeluh. Kepala diangguk perlahan.

"Lisha tak percaya Hadif dan Hasif boleh buat adik macam tu."

"Abang lagi tak percaya perangai adik macam tu. Teruk kaki Sandra melecur. Layla tu nasib kena sikit je, kalau tak." Haziq bersuara kecewa.

Kalisha yang mendengarkan itu terus memasang riak tidak puas hati. Wajah suaminya ditatap tajam.

"Seriously, abang?" Datar suara gadis itu. Dia dengan berani menikam mata hitam suaminya.

"Abang tu abang Hajar. Yang dah jaga dia selama 19 tahun. Abang, Hazim dengan kembar mesti kenal adik macam mana." Bebel Kalisha.

Dari awal lagi dia memang tidak percaya dengan berita itu. Walaupun dia baru beberapa tahu masuk dalam keluarga itu, namun dia sudah masak dengan perangai satu-satunya adik ipar perempuannya itu.

"Abang percaya ke adik buat Sandra dan Layla macam tu?" Jelas kedengaran nada marah dari Kalisha.

"Sandra tu dari awal tak suka Hajar, abang dan yang lain tahu benda tu. Tapi apa yang korang buat? Korang tetap biarkan Hajar tinggal dengan dia!" Kalisha membentak.

Sudah lama dia menahan diri. Hajar sudah seperti adik kandungnya sendiri, mana mungkin dia membiarkan gadis itu terseksa.

"Lisha dengan Najwa dan puas pujuk abang dan Hazim, bawak Hajar tinggal dengan kita. Tapi korang tak dengar, korang tetap fikir yang dia boleh tinggal dengan Hadif dan Hasif." Kalisha diam kejap. Dia mengerling wajah suaminya.

"Sekarang tengok lah, apa jadi."

"Lisha tak faham abang." Tutur Haziq lembut.

"Apa yang Lisha tak faham abang? Apa?" Bentak Kalisha membuatkan Haziq hilang sabar. Lelaki itu laju bangun sebelum menatap tajam wajah milik isterinya.

"Enough Kalisha! Abang tahu apa abang buat, dan please jangan masuk campur urusan keluarga abang!" Jerkah Haziq kuat membuatkan gadis dihadapannya itu tersentak.

Haziq yang perasan perubahan air muka Kalisha terus meraup wajahnya. Badan dirapatkan dengan isterinya.

"Sayang, abang tak bermaksud-"

"Lisha faham. Lisha minta maaf sebab menyibuk. Lisha janji takkan masuk campur lagi." Kalisha bersuara perlahan. Terasa dengan ayat suaminya tadi.

Dia berundur sedikit sebelum memusingkan badan untuk beredar dari situ.

"Teruskan dengan ego korang semua. Tapi jangan menyesal kalau korang hilang adik korang nanti." Ujar Kalisha sebelum dia bergerak naik ke atas.

" Ujar Kalisha sebelum dia bergerak naik ke atas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now