EIJAZ HAJAR | 39

4.5K 151 1
                                    

"Selera betul orang tu makan." Hasif bersuara memecahkan kesunyian di meja makan. Wajah Hajar dipandang dengan senyuman.

"Biarlah. Orang rindu masakan kak Najwa."

"Oo rindu. Ingatkan ada isi dalam perut." Hajar mengetap bibirnya. Eijaz dipandang dengan ekor mata sebelum dia kembali menyuap makanan ke dalam mulut.

"Kak Lisha bila due?" Soal Eijaz, ingin menukar topik perbualan mereka.

Bukan dia tidak perasan wajah Hajar yang sudah kemerahan itu. Tangan mengusap lembut tangan kiri Hajar yang berada di atas riba wanita itu.

"InsyaAllah lagi dua minggu. Baby pun dah aktif sangat ni. Macam tak sabar nak keluar." Kalisha bersuara gembira. Perut bulatnya diusap lembut.

Sungguh dia tidak sabar menunggu hari itu tiba. Lima tahun dia dan Haziq menunggu cahaya mata dari rahimnya sendiri.

"Tahun ni Hajar dapat 3 orang anak buah lah kan?" Soal Hajar teruja. Wajah Cassandra dan Layla dipandang sekejap.

"Aip, siapa cakap 3?" Soal Hadif bersahaja. Senyuman lebar terpancar pada wajahnya.

"Hah? Maksud kau?" Soal Haziq membuatkan Hadif senyum lagi. Tangan kanan Hadif mengusap lembut perut Cassandra.

"We are having twins." Ujar Hadif gembira. Tangan langsung tidak beralih dari perut Cassandra.

Wanita itu pula hanya senyum sahaja mendengar suara teruja suaminya. Tampak jelas yang lelaki itu sangat bahagia selepas mendapat berita bahawa dia sedang mengandung anak kembar.

"Seriously? Wah ingat aku dapat twins, sekali kau dulu ya." Ujar Hasif kuat. Dia turut gembira selepas mendengar berita dari abang kembarnya itu.

"Congrats Dif!" Hadif angguk mendengar ucapan Eijaz. Senyuman mengejek diberikan buat lelaki itu.

"Kau bila nak bagi kitorang anak buah hm?" Soal Hadif sengaja. Dia tahu Hajar malu, tapi kisah pula. Bukan selalu boleh mengusik pasangan itu.

"Aku tunggu Hajar sembuh dulu." Ujar Eijaz bersahaja. Tangan menggenggam tangan kecil Hajar.

"Abang." Panggil Hajar perlahan. Bibir dicebik mendengar jawapan Eijaz.

"Betul lah sayang."

"Eleh malu lah tu." Usik Hasif membuatkan semua tergelak melihat wajah kemerahan Hajar. Pipi tembam wanita itu dicubit perlahan oleh Eijaz sebelum mereka semua diam tatkala telefon milik Eijaz berbunyi.

"Akif?" Eijaz mengerutkan dahinya. Jarang Akif akan menghubunginya melainkan ada hal kecemasan.

Eijaz melihat semua wajah di meja makan itu sebelum meminta diri ke dapur untuk menjawab panggilan.

"Assalamualaikum, Kif. Kenapa call."

"Waalaikumussalam Jaz. Maaf ganggu kau tapi boleh datang hospital sekarang?" Soal Akif di hujung talian membuatkan Eijaz pelik.

"Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?"

"Leon, dia cederakan diri lagi sampai tak sedarkan diri." Mengucap panjang Eijaz. Mata ditutup sekejap sebelum dibuka kembali.

"Dia macam mana sekarang?"

"Dia dah sedar cuma dia tak nak bercakap. Aku dan Julian dah puas pujuk dia tapi dia tetap diam." Akif diam sekejap.

"Aku dah call Noah dan dia dah on the way. Aku rasa kau dan Noah je boleh pujuk dia sekarang." Ujar Akif perlahan membuatkan Eijaz mengeluh perlahan.

"Teruk ke?"

"Tangan luka sebab dia tumbuk dinding. Dahi pun luka, macam biasa."

"Jap, nanti aku gerak. Kalau Noah sampai suruh Noah tunggu aku." Panggilan ditamatkan sebelum Eijaz bergerak mendekati meja makan semula.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now