◤𝓡𝓲𝓭𝓮 𝓣𝓸 𝓨𝓸𝓾𝓻 𝓗𝓮𝓪𝓻𝓽◢

12.3K 282 2
                                    

Iris hazel milik Syed Eijaz Haider hanya merenung kota Selangor yang meriah pada malam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Iris hazel milik Syed Eijaz Haider hanya merenung kota Selangor yang meriah pada malam itu. Bunyi bunga api yang dipasang oleh pengunjung di situ langsung tidak mengganggunya.

Jejaka kacukan Melayu-Arab itu perlahan-lahan bangun dari duduknya. Kaki dibuka untuk melangkah ke arah kereta Mercedes miliknya. Malas berlama-lama disitu.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta, namun pergerakannya terhenti apabila badannya dirempuh kuat dari belakang menyebabkan dia berlanggar dengan kereta miliknya.

"Buta ke?" Soal Eijaz perlahan. Mata tajam merenung gadis berhoodie hitam di hadapannya.

"Ma-maaf saya tak sengaja."

Eijaz pantas menarik tangan kecil gadis itu apabila melihat gadis berhoodie di hadapannya itu seakan ingin beredar dari situ.

Mata hijau milik Eijaz merenung dalam mata hitam gadis itu. Tangannya naik untuk membuka mask yang menutupi wajah gadis itu, namun terhenti apabila telinganya menangkap suara seseorang dari belakang.

"Haider!"

"Ugh menyampah." Eijaz terus melepaskan tangan gadis itu sebelum bergegas masuk ke dalam kereta. Pintu kereta dikunci sebelum enjin dihidupkan.

Gadis berhoodie hitam itu terkebil-kebil melihat perlakuan Eijaz. Kepala digelengkan perlahan sebelum dia berlari meninggalkan tempat itu.

 Kepala digelengkan perlahan sebelum dia berlari meninggalkan tempat itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DISCLAIMER

All Rights Reserved ©hsdahlia

Cerita ini 100% idea asal dan berdasarkan imaginasi penulis. Nama, watak, tempat dan kejadian dalam cerita ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Segala persamaan yang berlaku adalah kebetulan.

TIMELINE
Start: 30 April 2023
End:

◤𝓡𝓲𝓭𝓮 𝓣𝓸 𝓨𝓸𝓾𝓻 𝓗𝓮𝓪𝓻𝓽◢

𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐄𝐢𝐣𝐚𝐳 𝐇𝐚𝐢𝐝𝐞𝐫
𝐗
𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐈𝐥𝐲𝐚𝐧𝐚

"If a man loves his bike, he'll love his woman too"

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now