EIJAZ HAJAR | 46

4.1K 167 4
                                    

"Hadif." Hadif menoleh kebelakang. Wajah Ilham dipandang sekejap sebelum dia kembali menatap telefonnya.

"Kak Sandra mana?" Soal Ilham. Tempat di hadapan Hadif diambil. Kepala menoleh ke sekeliling kawasan rumah.

"Ada dekat dalam dengan papa dan mummy." Ilham angguk perlahan. Dia diam melihat Hadif yang tekun membaca sesuatu di dalam telefon miliknya.

"Kau nak apa?" Soal Hadif datar dengan mata masih fokus pada telefonnya. Bukannya dia tidak perasan akan pandangan lelaki itu terhadapnya.

"Tak ada apa. Saja nak ambil angin. Aku tak nak kacau kak Sandra dengan papa dan mummy dekat dalam." Terang Ilham.

Keadaan menjadi sunyi buat seketika. Hadif menoleh sekejap memandang Ilham. Telefon diletakkan di atas meja.

"Dah berapa lama kau kenal dengan Nazrie?" Soal Hadif tanpa nada. Wajah Ilham direnung dalam.

"Maksud kau?"

"Aku tahu kau dengan dia." Ilham berdehem. Kepala ditoleh ke sekeliling memastikan tiada siapa yang berada di situ. Wajah Hadif dipandang semula.

"Dah lama. Aku kenal dia waktu dekat universiti dulu."

"Aku dengan dia sebab dia je selalu ada untuk aku dulu. Kalau aku susah pun, dia sanggup tolong aku walaupun dia sendiri tak mampu." Ujar Ilham.

Hadif hanya angguk sahaja mendengar penjelasan lelaki itu dengan mata masih merenung Ilham dihadapannya.

"Kau rapat dengan dia kan. Jadi aku yakin kau mesti tahu apa yang dia buat." Kata Hadif sebelum dia tajam menatap wajah Ilham.

"Atau mungkin kau pun terlibat sama dengan jenayah yang dia buat." Teka Hadif namun laju Ilham menggeleng. Tangan diangkat tanda dia tidak terlibat.

"Ya aku mengaku, aku tahu apa dia buat. Tapi demi Allah, aku tak pernah masuk campur hal dia. Dan untuk pengetahuan kau, aku pun dah tak berhubung dengan dia." Terang Ilham, membela dirinya.

"Kenapa?" Soal Hadif.

"Sebab dia dah melampau. Bunuh dan cuba untuk bunuh orang yang tidak bersalah."

"Kau tu abang ipar aku, Dif. Keluarga aku. Jadi aku tak nak sebab dendam bodoh dia, keluarga aku yang dalam bahaya." Ilham berkata perlahan.

"Aku minta maaf. Mungkin aku juga bersalah sebab bantu dia dan tutup kesalahan dia sebelum ni. Tapi aku tak pernah sokong idea dia untuk membunuh."

"Kau nak aku maafkan kau?" Ilham menatap sekejap Hadif. Kepala diangguk perlahan.

"Aku akan maafkan kau. Tapi dengan satu syarat."

"Hei baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hei baby. Buat apa kat dapur ni." Hajar pantas memusingkan badannya tatkala menerima teguran itu. Wajah Hazim dipandang dengan senyuman.

"Hajar lapar." Ujar Hajar manja. Kepala digaru sedikit dengan sengihan tidak bersalahnya.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now