EIJAZ HAJAR | 43

4.3K 162 0
                                    

Akif meletakkan satu ziplock yang berisikan beberapa jenis barang di hadapan Haziq. Wajah lelaki itu dipandang sekejap sebelum dia duduk bersebelahan dengan Kai.

"Barang peribadi Leon yang kau minta. Itu pun aku dapat dari Dr Hamdan." Haziq angguk.

Barang yang berada di hadapannya dicapai sebelum dia membuka plastik ziplock itu. Dompet dan telefon milik Leon dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja.

"Kau nak buat apa long dengan barang arwah?" Soal Hazim. Pelik dengan tindakan abang sulungnya itu.

"Aku perlukan telefon dia." Balas Haziq pendek. Telefon milik Leon dihidupkan. Dia merenung sekejap lockscreen milik lelaki itu sebelum jari miliknya meleret ke atas.

"Ada siapa-siapa tahu password telefon Leon?" Soal Haziq. Matanya memandang satu-persatu rakannya sebelum terhenti pada wajah Eijaz dan Noah.

"Aku tak tahu. Maaf." Jawab Eijaz perlahan. Dia memandang ke arah Noah yang hanya diam disebelahnya.

"Noah?"

Sunyi. Masing-masing menatap Noah yang sedang memegang sekeping gambar. Lama lelaki itu merenung gambar itu sebelum dia mengangkat kepala.

"Noah, kau okay?" Noah senyum nipis sebelum angguk.

"Aku minta maaf. Aku cuma rindukan Leon." Ujar Noah perlahan. Gambar Leon ditangannya diusap lembut bagaikan dia mengusap wajah lelaki itu.

"Aku faham Noah. Tapi kau tak boleh macam ni. Kesian dekat Leon." Noah angguk sahaja. Dia cuba.

"Pasal password telefon tu aku tak tahu. Tapi kenapa kau nak sangat buka telefon dia?" Soalan Noah membuatkan semua pandangan beralih pada Haziq. Lelaki itu berdehem sedikit. Duduk dibetulkan.

"Sebelum Leon accident, dia sebenarnya tengah call dengan aku. Pasal Nazrie." Haziq menjawab pendek. Telefon milik Leon diserahkan pada Julian.

"Bukti apa yang Nazrie cakap ada dalam ni. Sebab tu aku nak buka telefon dia."

"Julian, kau boleh buat kan?" Julian angguk dengan senyuman.

"Sure. Nanti aku buat." Haziq angguk mengiyakan sahaja. Dia berpaling ke arah Kai apabila lelaki itu memanggil dirinya.

"Bukti apa ni Ziq?"

"Pasal semua yang dah jadi ni." Haziq menjawab pendek.

"Dan aku rasa kemalangan Leon pun ada kaitan dengan semua ni." Haziq berkata perlahan.

"Tak baik fitnah along." Ujar Hasif. Walaupun dia sukar untuk mempercayai Nazrie, namun itu bukan tiket untuk mereka memfitnah lelaki itu.

"Dia nampak Leon waktu tu. Tak mustahil dia akan upah orang untuk langgar Leon." Balas Haziq sedikit serious.

Sewaktu Leon menghubunginya, lelaki itu sempat mengatakan bahawa Nazrie dan seorang lagi lelaki yang ada dengan Nazrie seolah ingin mengejar dirinya.

Jadi, tidak mustahil kemalangan Leon itu asbab oleh pemandu itu melanggar lampu isyarat sahaja, pasti ada yang merancangnya.

"Kenapa dia nak buat semua ni?"

"Kita takkan tahu selagi kita tak dengar sendiri apa yang Leon rakam tu. Tapi yang aku tahu dia yang bunuh parents aku dan cuba bunuh Hajar." Tutur kata Haziq terus membuatkan semua terdiam.

Terkejut dengan apa yang disampaikan oleh lelaki merangkap ketua mereka itu.

"Kau biar betul, long." Soal Hadif perlahan. Haziq mengeluh sebelum mengangguk.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now