"Puas ke hati kau Sandra?" Soal Layla datar. Lepas kejadian haritu, mereka langsung tidak berjumpa. Hari ini baru dapat bersua kembali selepas dua bulan, itu pun kerana Cassandra mengajaknya keluar.
"Apa kau ni? Puas apa?" Soal Cassandra tidak faham. Strawberry smoothie di hadapannya disedut dengan mata memandang ke arah birasnya.
"Pasal kes haritu." Cassandra tersenyum. Dia angguk perlahan.
"Biar lah. Padan muka dia. Siapa suruh biadab sangat dengan aku." Ujar Cassandra puas hati. Senyuman lebar terukir di bibirnya waktu itu.
"Dia takkan biadab kalau kau tu pun tak biadab." Bebel Layla.
"Apa masalah kau sebenarnya Sandra? Apa yang Hajar dah buat sampai kau benci sangat dekat dia?"
"Sampai sanggup ugut aku untuk subahat dengan semua ni." Tambah Layla lagi. Sempat dijeling rakannya itu tanda geram.
"Saja. Kau pun satu, ugut sikit dah takut. So bukan salah aku lah kan." Mengecil mata Layla memandang gadis dihadapannya itu.
Kalau tidak difikirkan mereka kini di tempat awam, sudah lama dia tampar mulut Cassandra. Nasib sahaja dia masih boleh sabar.
"Lagipun aku tak suka Hajar tu asyik berkepit dengan Hadif. Hadif tu suami aku, patutnya aku lagi dapat perhatian dari budak tu." Layla menggeleng kepala, cemburu buta betul perempuan ni.
"Jangan jadi bodoh lah Sandra. Kalau Hajar tu sepupu Hadif, aku boleh terima kau cakap cemburu. Tapi diorang adik-beradik." Sembur Layla. Suaranya sudah naik seoktaf akibat terlalu geram.
"Hajar berkepit dengan Hadif dan Hasif sebab dia rapat. Diorang je tempat Hajar bergantung selama ni. Cuba kau tengok cara dia dengan along dan angah dan cara dia dengan kembar. Sama ke? Tak kan."
"Aku ajak kau keluar ni sebab aku rindu kau tau. Bukan sebab nak dengar kau bebel pasal budak tu." Cassandra berkata menyampah.
Apa yang hebat sangat budak tu sampai Layla nak bela dia?
"Aku bukan apa Sandra, lepas kes haritu aku tak boleh hidup dengan tenang. Aku rasa bersalah sangat. Aku kesian dekat Hajar." Lirih suara Layla mengatakan ayat itu.
"Dia hanya ada abang-abang dia je dalam dunia ni. Dan sebab kejadian haritu, dia hilang semua orang yang dia boleh bergantung harap." Cassandra menatap wajah Layla. Tampak mutiara jernih yang berada di tubir mata gadis itu.
"Aku tahu, kau sebenarnya bukan cemburu sangat sebab Hajar rapat dengan Hadif. Tapi kau cemburu dengan kehidupan dia kan?" Teka Layla.
Dia menatap wajah Cassandra yang jelas tersentak. Mungkin sebab apa yang dikatakan olehnya itu betul.
"Jangan mengarut."
"Mengarut apa? Dari air muka kau aku dah boleh agak, Sandra." Jelas Layla. Dia senyum sedikit sebelum menyambung.
"Aku kenal kau dari kecil Sandra. Apa je aku tak tahu dari kau, hm?" Cassandra diam. Ya, dia memang tidak boleh sembunyikan apa-apa dari Layla.
"Kau cemburu sebab hidup Hajar jauh lebih baik dari kau? Macam tu kan, Cassandra?"
"Enough Layla. Kau tak payah nak buka kisah aku sebab nak bela budak tu!"
"Apa-apa je lah. Yang aku tahu, aku nak terus terang dekat Hasif pasal kejadian tu dan aku nak jumpa Hajar. Aku nak minta maaf dekat dia. Aku dah tak kisah lepasni Hasif nak buat apa dekat aku."
Layla berkata tegas. Dia sudah tidak kisah apa yang bakal terjadi, yang dia tahu, dia bebas dari rasa bersalah yang terus menerus menyelubungi dirinya.
"Insaf lah Sandra. Aku tahu kau tak macam ni. Jangan sebab bisikan syaitan, kau jadi kejam sampai macam ni." Pujuk Layla apabila melihat Cassandra hanya sunyi di tempatnya.
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...