"Kenapa nak jumpa semua ni?" Soal Julian. Tiba-tiba sahaja dipanggil. Pasti ada lah kerja nak dijalankan.
"Ada ride lagi?" Hazim angguk menjawab. Dia melihat semua wajah rakan seperjuangannya.
"Kai mana?" Soal Hazim pelik apabila tidak melihat kelibat lelaki itu. Dia mengeluh perlahan apabila semua tidak menjawab pertanyaannya.
"Ada hal kut?" Jawab Hadif. Dia juga pelik apabila tidak melihat kelibat lelaki itu.
"Takkan lah. Selalu kalau ada hal pun dia akan datang juga bila kita buat perjumpaan." Cantas Haziq tegas.
"Dia buat apa je? Aku rasa dah lama sangat tak nampak muka dia kat sini." Tambah Haziq lagi. Muka sudah berubah.
"Aku ada dengar sekarang ada yang tak puas hati dengan kumpulan motor kita. Jangan dia tu jadi pembelot sudah." Datar suara Haziq tika itu. Melepaskan amarah.
Sudah lah dia sudah banyak masalah yang perlu difikirkan, kini Kai pula yang buat hal.
"Ziq, jangan tuduh macam tu, tak baik." Julian bersuara. Tidak selesa pula apabila mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
"Aku cakap je, tapi mana tahu kan."
"Cakap pun dah macam tuduh, nak buat macam mana." Ujar seseorang sebelum dia mula mengambil tempat di sebelah Akif.
Haziq mengecilkan matanya. Tatapan tidak puas hati diberikan buat lelaki itu. Kerusi disebelahnya dikerling sekejap sebelum dia memandang lelaki itu kembali.
"Tertukar tempat ke?" Soal Haziq pada Kai. Kerusi disebelahnya ditolak sedikit seakan menyuruh lelaki itu duduk disitu.
"Nope, aku selesa duduk dekat sini je." Kai senyum mengejek dan masih dengan muka tenangnya.
"Betul lah, kau berubah." Ujar kau perlahan. Yang lain hanya senyap sahaja melihat pergaduhan dua sepupu tu.
"Kau nak apa sebenarnya, Kai." Tanya Haziq. Nada ditahan agar dia tidak menengking lelaki itu.
"Nothing. Cuma saja lah aku nak cakap, maybe kau tahu atau maybe tak."
"Hm?"
"Aku dah start kerja dengan papa aku. So lepasni kalau aku tak ada dekat sini faham lah aku kat mana. Jangan tuduh aku belot pula." Bidas Kai. Sempat dia selitkan perlian dalam ayatnya.
"Aku rasa better bincang pasal ride ni lain kali." Hadif mula bersuara apabila menangkap wajah tegang abangnya.
Mata menjeling Kai yang tetap tenang di tempatnya walaupun sudah direnung tajam oleh Haziq.
"Yang lain boleh keluar. Kau stay, Kai Qaiser." Tegas suara Haziq.
Masing-masing mula bangun sebelum bergerak meninggalkan Haziq dan Kai berdua di dalam bilik itu.
Kai merenung sahaja pintu ruangan itu yang sudah ditutup rapat oleh Hazim. Mata beralih pada Haziq yang sudah berdiri di hadapannya.
"Yes?"
Haziq tidak bersuara, mata tetap merenung dalam wajah Kai bagaikan seekor harimau yang sedang merenung mangsanya.
Kai juga tidak kalah menatap berani mata lelaki itu.
Nak marah? Silakan. Dia pun sudah malas hendak berlawan mulut dengan lelaki di hadapannya itu.
"Apa masalah si Kai tu?" Soal Hasif tidak mengerti. Dia kini bersama Hadif, Julian, Nazrie dan Akif di bilik rehat markas itu.
"Nampak biadab." Itu sahaja yang keluar dari mulut Hadif. Cawan ditangan dibawa ke bibir.
"Korang bergaduh ke?" Soal Nazrie tidak faham. Dia ada tertinggal apa-apa ke?
"Haah. Nampak lain je cara Kai jawab soalan Haziq tu." Akif pula bersuara, sekadar berbasa-basi. Walhal dia tahu sebab utama Kai seperti itu.
"Tak ada pula. Kai tu je yang tiba-tiba nak naik angin."
"Stress hadap kerja kut. Ye la dia ada cakap kan dia dah start kerja dengan papa dia." Julian mencelah, cuba membela Kai.
"Kalau ya pun stress, tak perlu kut biadab macam tu. Setahu aku dia professional bila buat kerja." Nazrie menjawab namun mendapat jelingan dari Akif.
Dia ni cuba jadi batu api ke apa?
"Ada lah kut masalah dua orang tu yang kita tak tahu. Biar lah diorang selesaikan." Ujar Julian sebelum dia dan Akif mula bergerak keluar ruangan itu.
Nazrie hanya melihat sahaja dua rakannya itu berjalan meninggalkan. Kepala ditoleh memandang kembar itu kembali.
"Diorang pun macam lain. Korang perasan tak?" Nazrie mula membuka bicara. Mata fokus pada dua lelaki bersamanya.
"Tak sangat. Tapi Kai tu ya."
"Itu sebab korang semua dah rapat. Itu korang nampak Kai berubah. Cuba perhatikan diorang ni sekali." Nazrie bersuara malas. Sempat dia menjeling dua kembar itu.
"Satu lagi, tadi Haziq cakap ada yang tak puas hati dengan kumpulan kita kan?" Hadif dan Hasif angguk bagi menjawab soalan itu.
"Aku tak tuduh, tapi aku syak diorang pun ada kena mengena. Tengok lah cara diorang semua. Nampak lain dari biasa." Nazrie mula berbisik. Senyuman sinis mula terukir di bibirnya tanpa Hadif dan Hasif sedar.
"Cuba fikir balik, takkan lah tiba-tiba Kai nak berubah kan. Mesti ada sebab." Katanya lagi.
"Entah-entah diorang berpakat nak jatuhkan korang empat beradik." Sambung Nazrie. Namun Hasif cepat menggeleng.
"Tak mungkin lah Naz. Kitorang semua dah kenal lama, tak mungkin diorang tu nak jatuhkan kitorang."
"Musuh dalam selimut kita tak boleh nak jangka. Tak apa. Aku pesan je. Nanti kalau apa-apa jadi, aku harap kau orang ingat lah apa yang aku cakap." Bela Nazrie lagi.
Hadif hanya diam sahaja di tempatnya. Mata tajam merenung Nazrie. Jelas lelaki itu sudah tidak senang duduk selepas menyedari renungan darinya.
"Dah lah, aku keluar dulu." Ujar Nazrie sebelum cepat-cepat dia bergerak keluar meninggalkan pasangan kembar itu di ruangan rehat.
"Kau percaya ke?" Bisik Hasif. Hadif senyum senget sebelum menggeleng.
"Batu api."
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...