EIJAZ HAJAR | 50

7.1K 178 9
                                    

"Along dengan abang Ilham macam mana?" Eijaz duduk di birai katil. Kaki mulus Hajar dibawa ke atas ribanya. Penutup minyak angin dibuka sebelum dia mula mengurut kaki yang sedikit membengkak itu.

"Along dah balik tu, cuma doktor pesan kena banyak berehat. Ilham pula sekarang dah stabil."

"Nasib peluru tu tak kena jantung dia." Sambung Eijaz lagi. Seluar Hajar ditarik menutupi kakinya selepas selesai mengurut kaki wanita itu.

"Isteri abang ni macam mana? Okay?" Eijaz duduk mendekati Hajar. Tangan Hajar yang berada di perutnya dipegang.

Hajar senyum sahaja. Eijaz ditarik supaya duduk bersebelahan dengannya sebelum kepala dilentokkan pada bahu lelaki itu.

"Hajar okay." Pendek sahaja jawapan Hajar.

"Tapi kenapa isteri abang senyap je ni hm"

Hajar menggeleng perlahan. Sejujurnya dia masih trauma dengan apa yang jadi tadi, tapi dia perlu terus kuat. Lagipun Nazrie juga sudah ditangkap, jadi tiada apa yang perlu ditakuti lagi.

"Baby naughty ke dalam perut mama?" Soal Eijaz. Badan ditundukkan sedikit agar wajahnya menyamai perut bulat Hajar.

Baju tidur Hajar diselak. Perut bulat itu dicium sekejap sebelum diusap. Ternaik bibir merah Eijaz tatkala merasa satu tendangan dari dalam perut isterinya.

"Ya sayang, papa ni."

"Tadi perut Hajar sakit." Eijaz membetulkan kembali badannya. Wajah Hajar yang datar tanpa senyuman menjadi tatapannya.

"Mungkin sebab terkejut."

"Dan takut." Bisik Hajar perlahan. Perut bulat yang hampir mencecah tujuh bulan itu diusap tanpa memandang wajah suaminya disebelah.

"Abang minta maaf, sayang." Hajar geleng.

"Abang tak salah." Eijaz senyum. Badan kecil itu ditarik masuk ke dalam pelukannya. Dahi gadis itu dicium lama.

"Hajar takut."

"Hajar hampir hilang abang Hajar. Dan kita juga hampir hilang anak kita, abang." Terdengar esakan halus Hajar. Badan kecil itu dipeluk erat apabila Eijaz merasakan gigilan kecil yang terhasil akibat tangisan itu.

"Hajar tak nak hilang siapa-siapa lagi."

"Semua dah berakhir, sayang. Nazrie pun dah terima hukuman dia kan?" Eijaz mencengkam lembut dagu Hajar agar memandang dirinya. Pipi merah itu diusap.

"Abang tak nak sayang fikir lagi. Lupakan je semua tu. Nanti sayang stress, baby pun stress sekali."

"Sekarang yang penting, fikir kesihatan sayang dan baby je. Boleh?" Hajar angguk akur. Muka kembali disembam pada dada Eijaz yang tidak berlapik itu.

Tubuh kecil Hajar diangkat dengan senang sebelum diletakkan di atas ribanya. Pinggang wanita itu dipeluk kuat.

"Tidur. Abang peluk." Hajar guman perlahan. Tangan naik melingkar pada badan sasa suaminya.

"Abang janji jangan tinggalkan Hajar tau."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now