EIJAZ HAJAR | 30

5.6K 182 1
                                    

Hajar menggosok perlahan matanya. Badan direnggangkan, cuba untuk menghilangkan lenguh. Kepala ditoleh ke segenap ruang bilik, mencari kelibat Eijaz.

"Abang?" Panggil Hajar namun tiada satu pun sahutan dari si suami. Getah rambut yang berada di atas night stand diambil lalu dia mengikat toncang rambut panjangnya.

Dia bergerak turun dari katil sebelum langkah diatur ke arah beranda bilik yang dihuninya dan Eijaz. Pintu kaca yang memisahkan ruang bilik dan beranda dibuka.

"Cantiknya." Terlepas ayat itu dari bibir Hajar selepas matanya disajikan dengan keindahan pulau dihadapannya.

Laut biru kehijauan itu ditatap takjub. Terasa tenang berada di situ. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar lembut wajahnya dihayati.

"Dah bangun." Tersentak Hajar apabila suara seseorang menerjah masuk ke dalam sistem pendengarannya. Mata turun melihat tangan yang sudah melingkar di pinggangnya.

"Abang."

"Iya, yayang. abang lah ni. Siapa lagi?" Hajar sengih. Badan disandarkan pada badan Eijaz. Menikmati pemandangan pagi di Pulau Pangkor itu.

"Abang dari mana?" Soal Hajar lembut. Kepala ditoleh ke tepi memandang wajah Eijaz yang berada di bahunya.

"Jumpa along dan angah. Diorang bagitahu yang Julian dengan yang lain sampai dalam pukul 12 nanti."

"Elina sekali?" Soal Hajar teruja. Eijaz senyum sebelum angguk. Pipi merah Hajar dicubit geram.

"Elina sekali lah. Dah Noah pun ada." Hajar sengih. Ya tak ya juga kan. Takkan lah Noah nak datang tanpa Elina pula.

Eijaz mengeratkan pelukan pada pinggang Hajar. Mata merenung pulau indah yang terbentang luas di hadapan mereka.

"Cantik kan abang." Ujar Hajar. Eijaz angguk.

Mereka kini berada di Pangkor Laut Resort, Pulau Pangkor. Hasif yang mencadangkan untuk mereka keluar bercuti di sini atas alasan ingin meluangkan masa. Jadi nak tak nak, Haziq setuju kan sahaja, lagipun mereka juga sudah lama tidak meluangkan masa bersama-sama.

"Nanti semua dah sampai baru kita pergi main air tau." Hajar memusingkan badan menghadap Eijaz. Bibir dimuncung.

"Sekarang tak boleh ke?"

"Sekarang?" Hajar angguk laju. Eijaz sengih sebelum geleng.

"Sekarang abang nak Hajar pergi mandi, tadi along ajak pergi sarapan sama-sama. Karang lambat, kena marah pula." Ujar Eijaz lembut. Rambut Hajar yang ditiup angin diusap lembut.

"Pergi masuk mandi. Abang tunggu." Hajar angguk. Kaki melangkah masuk ke dalam semula. Pintu almari dibuka sebelum tuala putih miliknya diambil.

"Abang tunggu tau. Jangan tinggal Hajar."

"Iya yayang abang. Nak tinggal pergi mana nya." Hajar sengih. Jari naik membuat mini love untuk sang suami sebelum dia bergerak masuk ke dalam tandas.

"Macam-macam lah budak ni."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now