EIJAZ HAJAR | 44

4.4K 149 2
                                    

"Kau asal. Kehulu-kehilir macam orang tak betul ni?" Nazrie memberhentikan langkahnya. Kepala ditoleh, merenung tajam wajah Ilham yang elok terduduk di atas sofa.

"Apa kau cakap?!" Soal Nazrie dengan suara dicelah gigi. Tajam tatapannya terhadap lelaki itu.

"Kau asal?"

"Kau tanya aku asal? Kau tak risau ke kalau diorang tu tahu semua benda ni kerja kita? Kalau diorang buat report polis macam mana."

Terlepas tawa jahat Ilham tatkala mendengar jawapan Nazrie. Kepala digeleng perlahan. Lawak juga jantan ni.

"Lah tahu takut? Sebelum ni kau cari pasal tak fikir pula kalau diorang report polis ke apa?" Soal Ilham sinis seakan menganjing lelaki itu.

Nazrie yang tadi berdiri terus mengambil tempat di hadapan Ilham. Tidak henti carutan yang keluar dari bibir lelaki itu tatkala melihat wajah selamba Ilham.

"Kau nampak kan si Leon bodoh tu. Aku takut dia dengar apa yang kita cakap haritu."

"Dia atau kau yang bodoh sekarang ni? Lupa yang dia dah mati? Kau sendiri yang check keadaan dia lepas kena langgar haritu kan?" Nazrie diam. Ada betul juga cakap Ilham ni.

"Nazrie, Nazrie. Dah tiga orang kau bunuh tau. Dah lah semua yang kau bunuh ni tak ada salah dengan kau." Ujar Ilham. Sengaja ingin membuat lelaki itu berasa takut.

Dia tahu Nazrie macam mana. Lelaki itu tampak sahaja berani, walhal dia lah paling penakut.

Kalau tidak, pasti sudah lama dia tunjukkan dirinya di hadapan Haziq dan yang lain. Namun apa lelaki itu buat. Dia hanya tahu untuk bersembunyi sahaja.

"Kau nak apa sebenarnya, Ilham."

"Erm maybe berhenti dari bekerjasama dengan kau." Jawab Ilham datar.

"What do you mean?" Tajam renungan Nazrie terhadap lelaki itu. Ilham pula hanya memasang riak mendatar.

"Aku dah tak nak buat kerja ni." Balas Ilham sekali lagi.

"Aku tolong kau, sebab aku ingat kau akan balas dendam dekat diorang je. Tapi aku salah. Sekarang kau hanya bunuh orang yang langsung tak ada kaitan dengan dendam kau."

"Kau dah melampau, Naz."

"Apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya ni." Soal Nazrie. Ada nada geram yang terselit. Entah kenapa lelaki itu tiba-tiba berkata sedemikian.

"Aku dah malas nak masuk campur dengan kerja gila kau ni. Cukup sampai sini je. Lepasni tolong jangan cari aku lagi. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Deal." Ilham menjongketkan sebelah keningnya. Wajah tiada perasaan Nazrie direnung.

"Kalau kau datang cari aku untuk bantuan lain, aku sudi. Tapi kalau berkaitan dendam bodoh kau ni. Maaf aku tak nak tolong." Ujar Ilham lagi.

Nazrie dihadapan sudah tersengih. Duduk dibetulkan sebelum matanya tajam menikam mata hitam Ilham.

"Kau fikir senang macam tu je ke kau boleh lepas dari aku? No Ilham."

Ilham buat tidak endah. Dia mula bangun dari duduknya. Kaki melangkah untuk keluar dari rumah usang yang dihuni oleh Nazrie.

"Cuba lah cari pasal dengan aku, Naz. Sekali kau buat benda bodoh dekat aku, kau tahu kan apa aku boleh buat." Ujar Ilham sinis. Senyuman diberikan buat lelaki itu.

"Aku rela masuk penjara dari terus buat kerja bodoh dengan kau." Nazrie kepal penumbuk. Mata hanya merenung belakang badan Ilham yang sudah jauh darinya.

Hilang sahaja kelibat lelaki itu, terus dia menyepak kuat meja yang berada dihadapannya.

"Kau tunggu nasib kau, Ilham!"

"Kau tunggu nasib kau, Ilham!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masing-masing senyap. Rakaman yang didengar dari telefon milik Leon tadi sangat mengejutkan mereka.

"Apa yang along dengan angah dah buat." Itu soalan pertama yang terpancul dari mulut Hasif.

Haziq dan Hazim kelihatan buntu. Kedua-dua mereka menggeleng tanda tidak tahu. Jujur, mereka juga terkejut apabila mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki dalam rakaman itu.

"Dendam? Dendam apa yang dah buat sampai sanggup membunuh." Julian pula menyoal. Namun apa yang mereka lihat hanya wajah tidak faham dari dua beradik itu.

"Tak apa lah. Nanti kita siasat balik. Mesti ada yang dia rahsiakan dari kita." Jawab Akif. Dia antara yang paling rapat dengan Nazrie sewaktu lelaki itu masih berada dalam kumpulan mereka. Jadi dia pasti lelaki itu menyembunyi sesuatu dari mereka.

"Ilham. Bukan tu adik ipar kau ke, Dif?" Soal Hasif. Dari tadi dia perasan lelaki itu mengulangi audio itu.

"Hm. Ilham Hakim, adik tiri Sandra."

"So, kakak tiri yang dia mention tu, Sandra lah?" Soal Noah. Hadif sekadar mengangguk sebagai jawapan.

"Tapi aku pelik. Dia macam ambil berat tentang Sandra. Sedangkan dia selalu cari pasal dengan Sandra." Hadif berkata dengan wajah berkerut.

Cassandra juga pernah bercerita kepadanya bahawa Ilham punca dia dan papanya gaduh.

"Eh. Entah-entah kunci rumah kau yang hilang haritu, dia yang ambil." Kata Akif kuat membuatkan semua diam.

Boleh jadi ...

"Ilham tu macam memerhati kita."

"Whatever it is. Yang aku tahu korang sasaran diorang adalah korang lima beradik dan Eijaz." Kai bersuara. Pandangan jatuh pada Eijaz serta sepupu-sepupunya.

"Aku tahu kau tak terlibat Eijaz, tapi disebabkan kau selalu gagalkan plan diorang, jadi kau termasuk dalam sasaran diorang."

"Maybe bukan kau, tapi kitorang pun akan terlibat sama. So after this, semua tolong berhati-hati. And Hadif, aku rasa kau better jaga Sandra baik-baik. Aku risau Nazrie atau Ilham tu buat sesuatu luar kawalan." Giliran Julian pula berpesan. Masing-masing angguk memahami.

"Kita tak tahu apa rancangan diorang lepasni. Just bersedia."

"Diorang tak tahu lagi siapa Black Eagle sebenarnya."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now