EIJAZ HAJAR | 07

5.9K 234 4
                                    

"Kitorang dua minta maaf. Sumpah kitorang tak sedar bila Hajar keluar." Najwa bersuara. Dia juga terkejut apabila melihat Hajar berjalan masuk ke dalam rumah bersama Hadif tengah hari tadi.

Agak terkejut mereka apabila diberitahu oleh Hadif yang Hajar ke markas. Sangkaan mereka Hajar tidur di bilik kerana gadis itu ada mengadu bahawa dia penat.

"Takkan tak dengar bunyi motor?" Soal Haziq lagi. Tidak percaya kalau mereka cakap mereka tidak perasan langsung tentang itu.

"Tak ada abang. Kami pun terkejut lepas Hadif bagitau tadi." Giliran Kalisha pula bersuara.

Jelas dipenglihatan mereka yang Haziq benar-benar dalam keadaan marah.

"Tak payah lah marah kak Lisha dengan kak Najwa. Hajar yang salah." Hajar bersuara menarik perhatian semua yang berada di ruang tamu.

Wajah milik abang sulungnya dipandang sekejap sebelum mata menoleh ke arah lain.

"Bagus lah kalau sedar salah tu." Haziq mula bangun dari duduknya. Langkah dibuka mendekati Hajar.

"Bila along cakap tak boleh, maksudnya jangan buat. Kenapa Hajar degil sangat? Tak boleh nak dengar arahan along? Susah sangat ke nak ikut apa yang along dan angah suruh?" Panjang lebar bebelan dari Haziq. Hajar didepannya hanya menunduk sahaja.

Niat dia turun sebenarnya ingin ke dapur kerana haus. Namun dia terdengar yang Haziq seakan memarahi kedua kakak iparnya.

"Dengar tak apa along cakap ni?"

"Hm." Hajar menggumam perlahan. Tidak mahu berlawan mulut.

Haziq yang melihat wajah sedikit sembab adik bongsunya itu mengeluh. Badan kecil itu ditarik lembut sebelum dipeluk erat.

"Along minta maaf okay. Tapi janji dengan along, jangan buat macam tu lagi." Hajar mengangguk perlahan. Muka disembamkan pada dada abang sulunya.

"Sorry along." Hajar merengek manja. Pinggang milik Haziq dipeluk erat.

Wajah diangkat untuk memandang wajah kacak abangnya itu dengan bibir yang mencebik.

Haziq yang melihatkan itu hanya tersenyum nipis. Manja betul adiknya yang seorang ini.

"Dengan kitorang? Taknak say sorry ke? Kitorang pun kena marah tadi tau sebab Hajar." Hasif bersuara tiba-tiba, sengaja ingin mengganggu drama air mata adik bongsu dan abang sulungnya itu.

Kita jealous!

"Sorry semua." Masih dengan wajah mencebiknya. Sengaja ingin belas kasihan dari abang serta kakaknya.

Hajar melepaskan pelukan pada Haziq selepas Hadif mempamit dirinya untuk duduk dekat dengannya.

Langkah dibuka mendekati abang ketiganya. Sampai sahaja di sebelah Hadif, tangannya ditarik agar dirinya duduk di atas riba lelaki itu.

"Minggu depan kitorang ride pergi Johor. Nak ikut?"

"Nak!" Hajar berkata teruja namun untuk seketika sebelum dia menatap wajah Haziq yang turut memandang dirinya. Bibir dimuncungkan.

"Tapi boleh ke?"

"Boleh la. Kak Lisha dengan kak Najwa kan ikut sekali. Takkan nak tinggal adik sorang-sorang pula. Daddy mummy lama lagi dekat sana."

Semakin melebar senyuman pada bibir Hajar. Kepala dianggul laju tanda setuju.

"Tapi ada satu syarat." Hadif bersuara lembut. Pipi tembam adiknya itu dicubit geram.

"Apa?"

"Adik naik dengan abang Hadif. Tak boleh pergi sendiri." Hajar merenung wajah Hadif buat seketika sebelum mengangguk.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now