EIJAZ HAJAR | 25

5.8K 201 3
                                    

"Kau cakap abang-abang dia dah buang dia!" Kuat suara keras itu menjerit. Wajah tenang lelaki dihadapannya itu ditatap tajam.

"Well haritu memang diorang berpecah. Tapi lepas kau pecah masuk rumah dia tu, bukan setakat abang-abang dia, kakak tiri aku pun dah baik dengan dia." Ilham bersuara tenang. Langsung tidak takut dengan renungan tajam lelaki itu.

"Kurang ajar!"

"Kau tu yang lembab. Perempuan lemah macam Hajar tu pun tak boleh nak settle sorang." Ilham mengejek.

Kakak tirinya pun boleh buat abang-abang Hajar bencikan dia, tapi lelaki ini, makin buat mereka berbaik adalah.

"Diam lah! Kalau bukan sebab Eijaz bodoh tu, perempuan tu dah lama jadi makanan aku." Jerit lelaki itu kasar. Masih tidak puas hati dengan kejadian malam itu.

Kalau bukan sebab Eijaz masuk campur, pasti dia sudah dapat merasa badan Hajar. Dan pasti nyawa Hajar juga sudah melayang di tangannya.

"Macam aku cakap tadi. Kau lembab Naz. Sekarang Hajar dan Eijaz dah bertunang." Ilham berkata. Telefon yang memaparkan gambar Puan Eina yang menyarungkan cincin kepada Hajar ditunjukkan pada lelaki itu.

"Nazrie, Nazrie. Aku ingat bekerja dengan kau ni dapat lah untung. Tapi sama je. Lembab." Nazrie mengepal penumpuknya. Mata tajam merenung wajah Hajar yang tersenyum manis di dalam gambar itu.

"Si*l!"

"Layan lah perasaan kau seorang diri. Aku blah dulu. Kalau dah ada idea yang bijak, call je." Ilham masih lagi dengan nada mengejeknya. Telefon disimpan di dalam poket seluarnya sebelum dia melangkah keluar dari rumah usang itu.

"Bodoh. Kerja senang pun tak boleh buat."

"Tengok tengok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tengok tengok. Kenapa? Ada something ke kat muka aku?" Tanya Eijaz. Dari tadi dia perasan Hajar menjeling dirinya. Tidak selesa pula dia apabila ditenung sebegitu.

"Tak ada apa lah." Laju Hajar kalihkan kepala ke arah lain. Malu pula bila Eijaz perasan yang dia sedang merenung lelaki itu.

"Lepas kahwin nanti kau tenung lah puas-puas ye."

"Macam mana abang boleh fikir nak kahwin dengan Hajar? Bukan ke dulu abang tak suka Hajar?" Soal Hajar. Mata bulatnya merenung Eijaz yang turut memandang dirinya.

"Entah. Mungkin dah sampai masa kut untuk aku kahwin dan kau je perempuan yang single depan mata aku. Sebab tu lah aku ajak kau je kahwin dengan aku."

"Apa punya jawapan abang ni. Ingat kahwin tu boleh buat main ke? Nampak macam terdesak sangat nak kahwin." Balas Hajar tidak puas hati namun tetap memperlahankan ayat terakhirnya.

Eijaz yang tersenyum sinis itu dijeling sebelum dia bergerak masuk ke dalam butik pengantin yang berada dihadapan mereka.

Hari ini mereka berdua bercadang untuk membeli beberapa barang untuk majlis mereka. Kalau boleh nak settle kan cepat, senang nanti tak kalut. Maklumlah mereka bertunang hanya sebulan sahaja.

"Ukur baju dulu, nanti baru pergi beli barang lain tau." Eijaz sekadar mengangguk. Dia ikutkan sahaja Hajar.

Kalau boleh dia nak Hajar yang pilih semua terutamanya tema untuk majlis mereka, tidak mahu dia sahaja yang membuat keputusan. Dia nak Hajar gembira dengan pilihan gadis itu sendiri.

"Hi Miss Hajar. Nice to meet you again." Sapa seorang lelaki. Senyuman manis diberikan kepada Hajar dan Eijaz sebelum dia mengajak kedua mereka untuk duduk di sofa.

"Hi Zeny."

"So, kenapa datang sini? You pula ke nak kahwin?" Seloroh Zeny dengan lenggoknya. Mendapat sahaja anggukan dari Hajar, terus dia tersenyum suka.

"I dah agak. Betul kan apa I cakap haritu, lepas Elina kahwin, mesti you pula." Ujar Zeny lagi. Eijaz dilihat dari atas ke bawah. Hm elok.

"Oh by the way, abang, ni Zeny. Dia owner butik ni and dia juga yang buat baju pengantin Elina dan abang Noah." Eijaz berdehem sebelum mengangguk. Patut macam pernah tengok.

"And Zeny. Ni Eijaz, bakal suami saya. And dia juya abang kepada Elina." Zeny sedikit tenganga mendengar apa yang dikatakan Hajar. Wajah Eijaz ditenung lagi.

"Patut lah handsome. Abang budak tu rupanya. Amboi Hajar, patutlah you rapat semacam dengan Elina. Nak tackle abang dia rupanya." Gurau Zeny membuatkan Eijaz dan Hajar ketawa.

"Mana ada lah. Dah lah. Ni saya datang nak buat ukuran baju. Kalau boleh nak tempah terus pelamin dengan Zeny. Erm boleh ke siapkan dalam masa sebulan?" Soal Hajar. Zeny angguk sebelum memasang riak diva nya.

"Hello, you nak kahwin esok pun I boleh siapkan tau. Come on Hajar, this is Zeny okay." Gedik sahaja suara Zeny berkata. Sempat dia meniup kukunya dihadapan dua pasangan itu.

"Dah, tunggu kejap. I ambilkan catalog."

"Dia memang macam tu ke?" Soal Eijaz selepas memastikan hanya mereka berdua di situ. Hajar tergelak sebelum mengangguk.

"Haah. Hajar pun terkejut mula-mula kenal dia dulu." Eijaz angguk. Mesti Elina yang kenalkan. Kalau adiknya itu macam lah dia tak tahu, adiknya itu ramai kenalan yang bekerjaya.

Dan ramai kenalan dengan lelaki sotong macam ni.

"Here you go. You guys tengok tengok dulu mana berkenan. I nak pergi belakang kejap. Dah bincang nanti roger je."

"Alright. Thanks Zeny." Zeny mengangguk sebelum sekali lagi dia meninggalkan pasangan itu. Beberapa buah catalog diatas meja dicapai.

"Abang nak tema, warna and rupa macam mana?"

"Aku tak kisah macam mana pun. Yang penting pilihan kau." Jawab Eijaz tenang. Dia hanya memandang Hajar yang membelek buku majalah pengantin disebelahnya.

"Mana boleh macam tu. Ni pun majlis abang juga."

"Ya tahu. Tapi aku nak kau je buat keputusan. Aku nak kau suka dengan pilihan sendiri. But please, not pink." Hajar tergelak. Pink? Dia pun tak nak.

"Kalau hitam?"

"Macam best je." Eijaz bersuara. Terus tersengih Hajar. Suka bila Eijaz tampak setuju dengan cadangannya.

"Okay, Hajar lock warna hitam untuk sanding." Ujar Hajar teruja. Dia kembali melihat catalog itu. Mencari baju yang kena dengan citarasa nya.

"Whatever, baby. Asal kau suka."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now