"Eijaz tergelak perlahan melihat telatah kanak-kanak yang menetap di rumah anak yatim Cahaya Indah itu. Semuanya sopan dan peramah.
"Abang best tak bawa motor besar ni?" Soal salah seorang kanak-kanak lelaki itu kepada Eijaz dan Leon. Dia membuat gaya seolah-olah sedang menunggang motor besar itu.
"Best. Sebab ni memang minat abang." Leon bersuara. Budak lelaki tadi diangkat lalu diletakkan di atas ribanya.
"Wah. Amar pun suka tengok orang bawa motor macam ni. Nampak smart." Budak lelaki bernama Amar berkata teruja. Tangannya turut ditepuk menandakan dia berasa amat gembira.
"Amar nak cuba naik motor tak?" Bersinar mata milik kanak-kanak lelaki itu tatkala mendengar soalan yang diaju oleh Leon. Kepala diangguk laju.
"Nak nak! Tapi boleh ke abang?"
"Mesti lah boleh. Abang Leon ni minta je apa, semua dia bagi." Noah mula mencelah. Suka dia melihat wajah teruja Amar.
Amar tersenyum sebelum kembali menatap wajah Leon. Masih inginkan kepastian.
"Jom kita pusing-pusing." Badan kecil Amar diangkat turun dari ribanya. Tangan kecil itu diraih untuk dipimpin sebelum mereka bergerak ke arah motor milik Leon.
"Sah budak tu jadi anak angkat dia lepasni." Noah bersuara. Mata masih menatap ke arah Leon yang memasang topi keledar kecil buat Amar.
Akif, Nazrie, Julian dan Hasif juga tidak terkecuali untuk membawa kanak-kanak yang menetap di rumah anak yatim itu untuk menaiki motor mereka.
"Ye la tu. Pantang tengok budak."
"Baguslah at least hilang sikit perangai bodoh dia tu." Noah berkata, namun mendapat jelingan tajam dari lelaki di sebelahnya.
"At least dia tak berahsia dengan aku." Eijaz berkata dalam nada perlian. Bibir menyenget. Sinis.
"Maksud kau?"
"Entah. Orang tu mesti tahu apa aku cakap." Mendatar sahaja nada Eijaz. Sempat dia mengerling Noah yang sudah menggaru keningnya, tanda tidak faham.
"Lembab."
"Huh?"
"Ingat aku tak tahu kau tengah bercinta dengan Elina? Oo pandai ye kau simpan rahsia, sampai aku abang dia pun tak tahu." Jelas terpancar riak terkejut pada wajah Noah.
Mata dikelipkan beberapa kali.
Ha sudah, singa ni dah tahu.
"Ma-mana kau tahu ni Jaz?" Soal Noah tersekat-sekat.
"Elina adik aku. Kau sorok lah macam mana pun, lambat laun aku akan tahu juga." Noah sengih tidak bersalah. Belakang leher diusap.
"Kau marah?"
"Kalau ya?"
"Sorry lah Jaz. Lina yang suruh aku rahsiakan semua ni. Dia takut kau marah." Noah mula membuka cerita. Badan tegak menghadap lelaki yang merupakan abang kepada teman wanitanya itu.
"Dua-dua sama je. Suka hati korang lah. Malas aku layan." Eijaz mula bangun dari duduknya. Kaki melangkah ke arah kanak-kanak yang sedang seronok bermain di laman rumah itu.
"Aduh. Mati aku."
"Kita dah selesai kan abang?" Soal Hajar pada Kai. Lengan baju abang sepupunya ditarik-tarik agar perhatian lelaki itu tertumpu pada dia.
"Dah. Cuma Haziq cakap nak tengok-tengok tempat ni." Kai bersuara. Rambut Hajar yang terkeluar dari selendang dibetulkan.
"Hajar nak balik." Ujar Hajar dengan suara sedikit bergetar. Mata menatap lembut mata milik Kai.
"Hajar okay? Kenapa menangis ni?" Soal Kai risau.
Mana tidak risau kalau tiba-tiba sahaja gadis itu mengeluarkan air mata tanpa sebab.
Tangan kasar lelaki itu muka naik menyentuh dahi putih Hajar. Tangan lelaki itu beralih pula pada pipi dan leher milik Hajar, merasa suhu badan gadis itu.
"Panas nya. Hajar demam ni."
Hajar tidak menjawab apa-apa. Malah dia hanya menarik-narik lengan baju milik Kai.
Dia betul-betul mahu pulang. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati sekarang ni.
"Hajar nak balik." Perlahan suara Hajar.
"Okay jom balik. Tapi abang bawa Hajar pergi klinik dulu tau. Abang risau Hajar tiba-tiba demam ni." Hajar tidak menjawab, kaki hanya ikut sahaja langkah Kai.
"Bro." Haziq menoleh. Kening terangkat sedikit melihat Hajar yang sembunyi di belakang Kai.
"Kenapa? Hajar?" Haziq bergerak mendekati Hajar. Pelik melihat adiknya itu.
"Hajar demam ni Ziq. Aku nak bawa dia pergi klinik lepastu balik hotel." Kai berkata bagi pihak Hajar.
Haziq yang mendengarkan itu terus menyentuh lembut dahi Hajar. Berkerut wajah lelaki itu tatkala merasa suhu tubuh milik adiknya.
"Allah. Kenapa boleh demam tiba-tiba ni." Haziq menyoal pelik. Badan Hajar yang sudah memeluk dirinya itu ditepuk lembut.
"Tu lah pelik. Tadi elok je."
"Takpe lah Kai. Kau bawa dulu Hajar balik. Apa-apa bagitau aku." Kai sekadar mengangguk mendengar arahan Haziq.
Tangan Hajar ditarik lembut. Jelas di penglihatan mereka badan lemah longlai Hajar.
Kalau bukan kerana Kai yang memegangnya, pasti dia sudah jatuh disitu.
"Ada lah tu yang tak kena." Haziq menggeleng perlahan. Dia terus bergerak ke arah pemilik rumah anak yatim itu.
Nampaknya mereka kena bergerak sekarang. Risau akan adik perempuannya itu.
Kalau Hajar sudah demam, bukan nya demam biasa, mungkin mereka kena hadap segala perangai manja gadis itu yang bakal keluar nanti.
Redha jela.
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...