EIJAZ HAJAR | 05

6.4K 230 0
                                    

"Lepasni kitorang nak keluar kejap tau. Ada hal dekat luar." Haziq bersuara, memecahkan kesunyian di meja makan pagi itu.

"Nak pergi mana?" Soal Kalisha pada suaminya. Kalau mereka sudah berkata ingin keluar pada hari cuti, tahulah dia bahawa itu melibatkan geng motor mereka.

"Nak bincang pasal ride next week. Lagipun abang ada nak jumpa orang lepas bincang ni."

"Ride lagi? Kat mana pula?" Giliran Najwa pula bertanya. Wajah suaminya ditatap meminta jawapan.

Asal saya tak tahu apa-apa ni?

"Johor. Rumah anak yatim dekat sana. Abang ingat nak bagitau lepas bincang ni. Tapi along dah bagitau dulu." Hazim mencebik.

Sempat dia mengerling wajah abang sulungnya itu.

Hadif, Hasif dan Hajar hanya diam sambil menjamu sarapan masing-masing. Malas mahu masuk campur hal rumah tangga abang-abang mereka.

"Adik nanti duduk rumah dengan kaklong dan kakngah tau."

Hajar yang tadi kusyuk dengan makanannya mengangkat kepala. Riak cemberut terpapar pada wajah nya.

"Memang cuti ni Hajar kena kurung je ke?" Soal Hajar tidak puas hati. Keempat-empat wajah abangnya direnung.

"Hajar pun nak keluar juga. Bosan lah dekat rumah."

"Nanti kita keluar. Sekarang duduk rumah dulu. Daddy dah bagi amanah dekat along untuk awasi Hajar tau."

Hajar merengek manja. Bibir mencebik kedepan dengan mata bulatnya yang sudah berkaca.

"Tapi daddy bagi je Hajar keluar. Korang jangan lah kedekut sangat."

"No means no Hajar Ilyana. Nak keluar, keluar dengan kami, jangan mengada nak keluar sorang, fullstop." Hazim berkata tegas.

Dia mula bangun dari duduknya selepas selesai makan diikuti Haziq. Sempat lelaki itu mengusap kepala Hajar sebelum bergerak keluar dari dapur.

"Kalau ikutkan, abang Hasif dengan abang Hadif nak bagi je Hajar keluar seorang diri. Tapi kalau dah ada dua singa tu, kitorang minta maaf awal-awal lah ya, baby." Hasif berkata lembut. Dia juga mula bergerak meninggalkan ruang itu.

"Abang." Hajar memandang Hadif. Lelaki itu tersenyum nipis sebelum bertindak mencium dahi putih Hajar.

"Sorry baby girl. Abang tak boleh lawan cakap along dengan angah."

Semakin kedepan bibir Hajar mendengar tutur bicara abang ketiganya. Pandangan beralih pula kearah kedua kakak iparnya yang memandang dengan senyuman.

"Sabar lah adik. Along dengan angah sayang adik, sebab tu diorang tak bagi adik keluar." Kalisha mengusap lembut pipi tembam Hajar.

Sekasar-kasar Hajar pun, dia masih lagi perempuan yang tidak boleh lari dari sikap manja. Lagi-lagi dengan keluarganya. Pasti manjanya itu tidak ubah seperti kanak-kanak kecil.

"Dah, taknak sedih sedih. Makan cepat. Nanti kita fikir cara nak pujuk along dengan angah tau."

"Hm."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now