EIJAZ HAJAR | 22

6K 203 1
                                    

Eijaz diam duduk dihadapannya Encik Nasrul. Haziq, Hazim, Hadif dan Hasif juga turut berada di situ.

Tadi dia datang sebab nak hantarkan makanan yang dikirim oleh Elina kepada Hajar. Baru sahaja masuk, Encik Nasrul mengajaknya untuk berbual diluar.

"Kenapa uncle nak jumpa saya?"

"Tak ada. Saja uncle nak berbual dengan kamu. Lagipun uncle perasan kamu hari-hari datang hospital lawat Hajar." Tutur Encik Nasrul. Sesekali dia mengerling wajah Eijaz yang elok duduk dihadapannya.

Kai yang turut berada disitu sudah mengemam bibir, menahan diri dari melepaskan tawa. Lihat sahaja lah wajah Eijaz tika itu, seperti seorang anak yang perlu menghadap ayahnya selepas membuat salah.

"Itulah. Aku pun perasan kau selalu jenguk Hajar. Setahu aku kau sibuk kan? Leon cakap korang ada projek baru sekarang." Haziq bersuara. Mata merenung dalam Eijaz yang berada disampingnya.

"Haah, aku sibuk sikit sekarang. Tapi tu lah, Elina tu asyik minta tolong aku je hantarkan makanan, buah, macam-macam dekat Hajar. Dia nak datang tak sempat, sibuk dengan persiapan kahwin."

"Jangan sebab Elina tu kawan baik Hajar, kau gunakan nama dia untuk kau jumpa Hajar, Jaz." Hasif mengusik. Dari riak Eijaz sahaja dia sudah tahu, lelaki itu menipu.

"Betul lah."

"Kau tak pandai menipu, Eijaz Haider." Kai berkata diselangi tawanya. Kantoi sudah.

"Lagipun semalam Elina ada datang dengan Noah lawat Hajar. And guess what?" Eijaz mengangkat sebelah keningnya. Menunggu Hasif meneruskan kata.

"El pun terkejut lepas tahu abang dia ada datang lawat Hajar. Hari-hari pula tu." Terdiam Eijaz disitu.

Elina! Tak boleh cover sikit lah budak ni.

"Kau suka adik aku ke, Eijaz?" Soal Hazim datar. Sengaja dia bersuara begitu. Dia tahu, sedingin-dingin lelaki itu, namun dia takut juga terhadap dirinya dan Haziq.

Bukan takut, tapi lebih kepada hormat.

"Jujur je lah Eijaz. Kami tak marah pun." Eijaz menggosok belakang lehernya. Sengihan tidak bersalah diberikan buat Haziq dan Encik Nasrul.

Kai dan Hasif yang melihatkan reaksi Eijaz terus bantai gelak. Pertama kali mereka melihat Eijaz yang dingin dalam keadaan ini.

"Aku dah agak dah. Kau suka Hajar." Ujar Kai lagi.

"Sejak bila ni?" Soal Hadif. Sempat dia menjeling adik kembar dan sepupunya itu. Orang tengah serious ni.

"Aku pun tak tahu sejak bila sebenarnya. Tapi sejak Kai cakap yang Hajar tinggal seorang tu, aku rasa macam nak ambil tahu pasal dia." Jujur Eijaz.

Mereka dah tahu kebenaran, jadi biarlah dia jujur terus.

"Bagus lah kalau macam tu." Encik Nasrul bersuara bersama senyuman. Wajah tampan Eijaz ditatap olehnya.

"Kalau kamu ikhlas dengan Hajar, bawa keluarga kamu, jumpa uncle. Kita bincang elok-elok. Benda baik macam ni elok dipercepatkan."

"Kalau keluarga kamu setuju, abang-abang Hajar setuju, boleh lah kita satukan kamu berdua terus. Uncle sebagai bapa saudara Hajar, tolong mana patut je. Selebihnya uncle kena serahkan kepada Haziq dan yang lain, sebab sekarang wali Hajar adalah diorang." Haziq angguk.

Dia anak sulung, jadi dia yang bertanggungjawab untuk menjadi wali kepada Hajar sekiranya adik bongsunya itu ingin berkahwin.

"Uncle betul ke ni?" Soal Eijaz masih terkejut. Macam cepat sangat je buat keputusan.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now