"Betul ni adik tak nak ikut?" Soal Puan Nonie untuk kesekian kalinya. Wajah anak gadisnya yang berada dihadapannya ditenung.
"Iya mummy. Hajar tak nak ikut. Mummy pergi lah dating berdua dengan daddy. Hajar tak kacau. Cuma jangan bagi Hajar adik sudah."
Hajar tergelak dengan ayat akhirnya. Sempat dia mengusik ibunya itu.
"Mummy risau nak tinggalkan anak bongsu mummy ni." Hajar mencebik. Macam lah sebelum ni dia tak pernah kena tinggal.
"Mummy nak risau apa, abang Hadif dengan abang Hasif kan ada dengan Hajar. Bukannya Hajar sorang-sorang."
"Haah mummy. Kitorang dua kan ada. Lagipun angah cakap dia nak stay sini dua tiga hari." Hadif mencelah.
Dia dan Hasif baru sahaja muncul berdekatan dengan Puan Nonie dan Hajar selepas membantu Encik Hasnul memasukkan bagasi ke dalam kereta.
"Sayang sangat dekat anak bongsu dia tu." Hasif bersuara perlahan. Cemburu kadang-kadang.
"Mummy risau sebab kamu berdua tu bukan selalu ada dekat rumah. Nanti tinggal adik sorang-sorang. Dia tu perempuan. Bahaya."
Hadif dan Hasif mula membuat muka. Mula dah Puan Nonie Azzahra ni membebel.
"Sudah lah tu. Tahu lah diorang nak buat apa." Encik Hasnul mencelah.
Jam Rolex ditangan dikerling sebelum pandangannya kembali pada isterinya.
"Jom gerak. Karang terlepas flight."
Puan Nonie mengangguk. Tangan dihulurkan kepada Hajar untuk disalam.
"Ingat pesan mummy. Jaga diri, dengan cakap abang-abang. Jangan keluar waktu malam. Mummy dengan daddy pergi sekejap je." Hajar sekadar menggumam. Pipi milik ibunya itu dicium sekejap.
"Siap bos."
"Dan jangan nak kerap sangat merempit. Ingat yang Hajar tu perempuan. Kalau nak pergi mana-mana minta abang hantarkan." Encik Hasnul bersuara tegas.
"Iya daddy. Tapi Hajar tak janji." Hajar sengih menampakkan giginya. Badan Encik Hasnul dipeluk erat.
"Jaga diri daddy, mummy kat sana nanti. Apa-apa call je tau." Hadif berpesan.
Encik Hasnul dan Puan Nonie yang sudah bergerak ke arah kereta itu dipandang. Kedua ibu bapa mereka akan ke Italy atas urusan kerja.
"Bye daddy! Bye mummy!" Jerit Hajar. Seusai kereta milik Encik Hasnul hilang dari pandangan, terus mereka bergerak masuk ke dalam rumah.
"Yeay Hajar bebas untuk dua minggu!"
"Aip. Apa tadi? Abang tak dengar." Hadif menyoal. Dia sekarang berdiri betul-betul dihadapan Hajar. Kepala ditundukkan sedikit ingin menatap wajah adik bongsunya itu.
"Hajar bebas." Ujar Hajar perlahan. Sengihan ditunjukkan.
"Nah girl. Jangan mimpi." Hadif tersenyum sinis. Pipi sedikit tembam Hajar dicubit lembut sebelum dia bergerak naik ke atas.
"Jangan ingat daddy tak ada awak bebas budak kecik. Ingat sikit Hajar ada empat orang lagi bodyguard dekat belakang ni."
Hajar mencebik selepas mendengar kata-kata dari Hasif.
Ingatkan big boss tak ada boleh lah merempit. Tapi lupa ada lagi empat halangan yang dia kena hadap.
"Jaz." Eijaz mengangkat kepalanya. Wajah Leon dipandang sekejap sebelum kembali menghadap komputer miliknya.
"Aku ada cerita ni." Leon mula mengambil tempat dihadapan Eijaz.
"Aku tak ada masa nak layan gosip murahan kau."
"Lepas kau dengar ni mesti kau akan ada masa nanti." Eijaz menggulingkan matanya. Jari masih ligat menari di atas papan kekunci komputer.
"Apa?" Eijaz bersuara malas.
Leon yang mendengar pertanyaan Eijaz itu tersenyum. Kepala dipusingkan ke arah sekeliling bilik kerja Eijaz. Memastikan hanya mereka berdua sahaja di situ.
"Kau tahu tak-"
"Tak." Leon menjeling tajam Eijaz. Sesuka hati je nak potong percakapan dia.
"Sabar lah kau ni."
"Hm cepatlah."
"Kau tahu tak adik kau dengan Noah tengah hangat bercinta?" Soal Leon menyebabkan kerja Eijaz serta merta terhenti.
Pen diletak kasar di atas meja sebelum pandangannya seratus peratus beralih kepada Leon Edward.
"Sejak bila?" Dingin sekali suara Eijaz tika itu.
"Aku pun tak tahu, tapi semalam aku nampak diorang dekat Starbuck Sunway Pyramid." Leon berkata lagi.
Mata difokuskan pada Eijaz, ingin melihat reaksi lelaki itu.
Eijaz mengeluh perlahan. Belakang disandarkan pada kerusi. Kepala yang sedikit pening diurut.
"Aku dah agak dah. Dua ketul tu memang ada hubungan."
"Kau tahu?" Soal Leon terkejut. Dia ingatkan Eijaz akan mengamuk bila tahu semua ni. Tapi lain pula dari jangkaannya.
"Aku agak je. Si Noah tu selalu sangat tanya pasal Elina dekat aku. Budak Elina tu pun aku perhati je perangai dia kalau Noah datang rumah." Terang Eijaz.
"Kau restu ke?" Soal Leon lagi.
"Aku tak ada hak untuk halang. Lagipun aku kenal Noah macam mana."
"Wah tak sangka aku." Leon pura-pura terkejut. Mulut ditutup dengan tangan kanannya. Tidak menyangka Eijaz akan merestui hubungan Elina dan Noah.
"Cuma aku tak puas hati je. Kenapa kena sembunyikan hubungan diorang dari aku?"
"Sebab kau tak penting." Ujar Leon selamba. Bibir menyengih apabila menangkap wajah tidak puas hati Eijaz.
"Kau lagi tak penting. Ish dah lah keluar sana. Aku nak buat kerja."
"Alah lek lek lah. Tak penat ke hadap komputer tu dari tadi?" Leon mencebik. Apa ni halau-halau orang.
"Pergi buat kerja kau Leon Edward!"
"Ish ye lah. Tu pun nak marah. Patut lah single." Leon pantas melarikan diri apabila melihat Eijaz yang berura-ura ingin bangun dari duduknya.
Baik blah sebelum bapak singa ni mengamuk.
"Tak pernah matang."
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomansaSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...