"Assalamualaikum." Hajar memandang pintu biliknya apabila mendengar suara memberi salam.
"Waalaikumussalam. El. Masuk lah." Balas Hajar. Elina yang mendengar itu terus bergerak mendekati Hajar. Punggung dilabuhkan di atas katil bersebelahan rakannya itu.
"Tak bagitau pun nak datang."
"Sorry sikit ya. Bukan aku tak bagitau, tapi kau tu tak baca chat." Bidas Elina geram.
Telefon yang berada dalam beg tangannya diambil. Ikon Whatsapp ditekan sebelum dia chat miliknya dan Hajar dibuka.
"Tengok ni. Dari dua hari lepas kau tak reply chat aku. Bukan tu je, aku call pun kau tak angkat. Lain kali buang je lah telefon tu." Bebel Elina geram.
Hajar yang tersengih dijeling manja. Tangan naik memeluk tubuh tanda dia merajuk dengan gadis itu.
"Sorry El. Aku tak sengaja palau kau. Lagipun aku jarang buka telefon sekarang." Elina mengeluh perlahan.
Dia membetulkan duduknya. Bahu Hajar dipegang sebelum dua pasang mata itu bersambung.
"Hajar, dah tiga bulan lebih mummy daddy kau pergi. Please lah, move on." Elina berkata tegas.
Mulut memang berkata dia rela, tapi isi hati siapa je tahu.
"Aku dah move on, El."
"No, you're not." Hajar mengeluh. Dia menikam berani mata Elina.
"Aku dah terima hakikat yang daddy dan mummy aku dah tak ada." Ujar Hajar jujur. Dia jeda seketika. Tangan Elina yang berada di bahunya ditolak lembut.
"Aku dah redha. Cuma aku belum bersedia nak hadap dunia luar."
"Sampai bila Hajar? Sampai bila kau nak berkurung dalam bilik ni?" Bidas Elina membuatkan Hajar menunduk.
"Kau buat abang-abang kau risau, Hajar." Hajar diam, tidak mahu mencelah.
"Kau tahu, hari-hari abang kau call aku suruh pujuk kau. Tak cukup tu, diorang paksa abang aku pula suruh bawak aku ke sini." Elina bersuara lagi.
Jujur dia sedih melihat keadaan Hajar sekarang. Ya, luaran gadis itu tampak dia baik-baik sahaja. Tapi dalaman dia?
"Look at yourself, Hajar. Kau kurus sangat sekarang."
Hajar senyum nipis. Bukan dia tidak perasan perubahan tubuh badannya sendiri. Namun apa boleh buat. Semangat hidupnya seakan hilang selepas sahaja dia kehilangan kedua ibu bapanya.
"Ni, semua barang kau. Kau tahu kan yang kau dah dikeluarkan dari kampus?"
"Abang Hadif dah bagitau aku pasal tu." Elina angguk sahaja. Barang-barang Hajar diletakkan di atas meja belajar gadis itu.
"Kau rehat lah. Aku balik dulu, apa-apa hal call je. Aku janji nanti aku datang lagi." Ujar Elina perlahan.
Dia mula bergerak ke arah pintu. Tangan mula memegang tombol pintu sebelum dia kembali menoleh ke arah Hajar.
"Bulan depan aku tunang. Kau kawan baik aku, jadi aku nak kau ada waktu tu."
"El, aku tak janji-"
"Aku taknak dengar apa-apa alasan. Yang aku tahu, kau ada dengan aku." Cantas Elina sebelum dia bergerak keluar dari bilik Hajar.
Kaki dihayun turun ke bawah. Sampai sahaja di bawah, dia bertindak melabuhkan punggung disebelah abangnya.
"How, Elina?"
"Entah lah abang Haziq. Degil betul budak sorang tu." Elina bersuara geram. Namun untuk seketika dia mengeluh panjang.
"Dia nampak lain. Macam bukan Hajar yang El kenal." Lirih sahaja suara Elina. Tidak tahu cara apa lagi yang dia perlu buat untuk Hajar kembali seperti dulu.
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
Roman d'amourSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...