EIJAZ HAJAR | 29

5.4K 180 2
                                    

"Dapat contact Nazrie?" Haziq menyoal sebaik sahaja masuk ke dalam bilik yang sentiasa menjadi tempat mereka berkumpul. Julian memandang lelaki itu sekejap sebelum menggeleng.

"Aku syak dia tukar nombor lah. Nombor tu macam tak aktif."

"Pelik. Mana dia pergi. Dah tiga bulan lebih aku tak dengar khabar dia." Haziq bersuara. Dia duduk di tempatnya sebelum memandang Hadif yang mula bersuara.

"Aku rasa something dengan dia. Waktu along dengan Kai gaduh haritu pun, dia dah nampak lain." Hasif disebelah mengangguk.

"Macam nak lagakan kita semua."

"Aku rasa tak sedap hati dengan budak tu." Kai mengeluh. Dari awal kemasukkan Nazrie lagi, dia memang dapat rasa sesuatu yang pelik dari lelaki itu.

"Jap. Leon mana?" Haziq menyoal. Baru dia perasan yang lelaki ceria itu tiada.

"Eh, Leon tak ada ke?" Hasif yang baru perasan itu mula melilarkan matanya ke seluruh ruangan bilik. Lepas Haziq tanya baru dia perasan. Patut lah sunyi semacam keadaan di situ.

"Leon ada minta cuti dengan aku seminggu. Bila aku tanya kenapa dia tak bagitahu. Dia tak balik rumah ke?" Akif dan Julian memandang sesama mereka sebelum menggeleng.

"Dia dah dua hari tak balik rumah."

"Pelik. Jangan cakap dia dengan Naz-"

"No, aku tak rasa macam tu. Naz dengan Leon tu pun bukannya rapat sangat." Noah laju mencelah.

Kalau betul Nazrie khianat kumpulan mereka, tidak mungkin Leon akan terlibat sama. Dia kenal Leon macam mana.

"Aku pun tak rasa macam tu. Tapi aku dengan Julian perasan yang lately ni dia banyak berubah." Akif mula membuka cerita. Mereka tinggal serumah, jadi menipu lah kalau dia tidak perasan tingkah laku pelik dari Leon.

"Maksud kau."

"Macam korang tak kenal budak Leon tu macam mana. Kalau boleh hari-hari dia nak orang tahu dia tu single. Tapi lepas Noah dan Eijaz kahwin, perkataan tu dah tak keluar dari mulut dia." Eijaz dan Noah menatap satu sama lain.

"Takkan dia cemburu kut?" Eijaz menyoal. Dia pun perasan waktu majlisnya haritu, Leon nampak tidak ceria seperti selalu. Bila ditanya, lelaki itu pasti sahaja menjawab yang dia okay.

"Dia pun sekarang selalu pergi masjid. Waktu malam pun, aku selalu dengar dia mengaji."

"Tak apa lah. Bagi dia masa. Nanti kita cuba slow talk dengan dia. Mungkin dia ada masalah." Hazim memberi cadangan.

Noah mengangkat kepala memandang Eijaz. Jelas di penglihatannya, Eijaz tampak sangat risau, dengan mata lelaki itu tidak lari dari terus merenung telefonnya.

Yang lain turut memandang ke arah dua lelaki itu.

"Eijaz, beri Leon masa." Noah bersuara. Eijaz menggeleng sedikit sebelum bangun.

"Aku nak cari dia. Aku takut benda tu jadi lagi." Baru sahaja Eijaz ingin bergerak keluar, Noah laju menarik badan lelaki itu sebelum ditolak rapat ke dinding.

"Aku yakin dia okay. Bagi dia masa."

"Aku taknak dia rasa terpinggir lagi, Noah. Aku takut dia cuba bunuh diri lagi!"

 Aku takut dia cuba bunuh diri lagi!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lewat abang balik." Tangan Eijaz ditarik sebelum disalam. Kepala diangkat menatap wajah sedikit serabut milik suaminya.

"Abang okay? Kenapa serabai ni hm?" Hajar menyoal perlahan. Rambut Eijaz diusap lembut, membetulkan rambut yang tampak serabai itu.

Eijaz tersenyum nipis melihat perlakuan Hajar. Tangan mula bergerak ke arah pinggang ramping wanita itu sebelum dia menarik Hajar untuk duduk di atas ribanya.

"Eh, abang! Ya Allah terkejut Hajar." Dada Eijaz dipukul lembut. Mata sudah menjeling Eijaz yang tersenyum manis ke arahnya.

"Sorry yayang." Hajar cebik. Tangan kembali naik membetulkan rambut Eijaz. Suka pula main dengan rambut lelaki itu, sudahlah lembut, wangi pula tu.

Eijaz yang selesa dalam keadaan itu mula menutup mata. Kepala pula sudah elok direhatkan di bahu Hajar.

"Abang okay ke? Kenapa nampak stress je. Banyak kerja dekat office?" Eijaz sekadar mengangguk sahaja.

Sejujurnya dia malas mahu berterus-terang pasal Leon. Karang dengan Hajar sekali ikut risau. Bukan dia tak tahu bonding Hajar dan Leon macam mana. Tak ubah macam abang dan adik.

"Kesiannya suami Hajar. Mesti penat, kan?" Sekali lagi Eijaz angguk. Pinggang Hajar ditarik agar badan wanita itu rapat dengan badannya. Pelukkan mula dikemaskan.

"Wanginya. Yayang abang ni baru lepas mandi ke, hm?"

"Hey, wangi apa nya. Hajar baru siap kemas dapur tadi. Ni berpeluh-peluh bagai. Abang boleh cakap wangi?" Hajar menepuk perlahan bahu Eijaz. Hidung suami dia ni rosak ke?

"Ye ke? Wangi je abang rasa." Hajar tergelak. Tangan menggosok perlahan belakang kepala Eijaz. Ada-ada je mamat ni.

"Hajar ada masak. Abang pergi lah naik mandi dulu, nanti turun makan tau."

"Lima minit." Eijaz bersuara perlahan. Dia mahu rehat sekejap. Entah kenapa dia rasa penat sangat harini, padahal kerjanya tidak lah banyak sangat.

Mungkin terlalu risaukan Leon kut.

"Hm iyalah, kalau macam tu abang rehat lah. Hajar naik dulu, nak mandi. Badan rasa melekit ni." Tangan kekar Eijaz ditolak lembut. Dia cuba untuk bangun dari duduk, namun lelaki itu pantas mengetatkan lagi pelukkan pada pinggang wanita itu.

"Mandi dengan abang lepasni."

"Abang..." Rengek Hajar perlahan. Bahu Eijaz ditolak agar memandang dirinya.

"Hm, kenapa sayang?" Sebelah kening terangkat, sengaja. Padahal dia sudah tahu kenapa.

"Haih, iyalah." Hajar cebik. Kepala dilentokkan di atas bahu Eijaz. Kalau suaminya sudah buat seperti itu, memang dia tidak dapat melawan lah jawabnya.

Kalau lawan juga, mahunya dia buka kitab dosa isteri jika tidak mendengar arahan suami. Haih sabor je lah.

"Macam tu lah yayang abang." Eijaz gelak perlahan. Nasib isterinya ini dengar kata walaupun kadang-kadang degil.

Ikatan rambut Hajar dileraikan sebelum bauan dari rambut wanita itu dihidu.

"Merajuk dua minit dengan abang." Eijaz gelak. Keluar dah perangai manja dia tu.

"Iyalah sayang. Dua minit pun dua minit lah."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now