EIJAZ HAJAR | 15

5.5K 223 9
                                    

"Hajar, nak kemana tu?" Soal Layla selepas melihat Hajar laju turun dari tangga dengan helmet ditangannya.

"Hajar nak pergi rumah along kejap kak." Jawab Hajar lembut.

"Abang Hadif dan Hasif tahu ke?"

"Hajar dah chat diorang. Along pun Hajar dah call tadi. Dia izinkan." Layla mengangguk seraya tersenyum. Kalau sudah mendapat izin, dia memang tak boleh halang dah gadis itu dari keluar.

"Hajar minta diri dulu ya, kak."

Hajar bergerak ke arah pintu. Kasut canvas miliknya diambil lalu disarung. Baru sahaja dia ingin keluar namun langkahnya mati akibat satu suara seakan menyindirnya.

"Nak keluar tu, kerja yang aku suruh buat tu semua dah siap ke?" Soal Cassandra sinis. Dia kini berdiri betul-betul dihadapan Hajar dengan wajah bengisnya.

"Sandra."

"Kau diam. Aku tanya budak ni, bukan kau." Bidas Cassandra membuatkan Layla terus terdiam. Mata kembali menikam wajah Hajar.

"Aku tanya ni. Dah bisu ke?"

"Hajar dah siapkan semua. Baju pun Hajar dah siap jemur." Hajar menjawab malas. Sakit hatinya apabila diperlakukan persis orang gaji dalam rumahnya sendiri.

"Kau dah masak?"

"Sandra dah lah tu." Layla bersuara geram. Entah kenapa birasnya itu, benci sangat pada Hajar.

"Dah." Pendek jawapan Hajar. Dia menatap malas wajah kakak iparnya itu.

Depan abang Hadif macam malaikat, pijak semut pun tak mati. Tapi bila abang Hadif tak ada, macam syaitan. Harimau pun boleh lari tengok wajah bengis gadis itu.

"Kalau aku tak izinkan kau keluar macam mana?" Soal Cassandra sengaja. Senyuman sinis terbentuk di bibirnya apabila melihat perubahan wajah Hajar.

"Akak siapa nak halang Hajar?" Soal Hajar kuat. Tidak berpuas hati dengan soalan dari gadis dihadapannya itu.

"Abang kau arahkan kami berdua untuk jaga kau dekat rumah bila diorang kerja. Jadi aku rasa aku ada hak untuk halang kau keluar." Terang Cassandra.

"Along dah izinkan Hajar keluar. Dan Hajar akan tetap keluar. Lagipun kerja rumah semua Hajar dah buat." Ujar Hajar sedikit biadab.

Dua bulan tinggal sebumbung dengan Cassandra sangat membuatkan hidup dia kacau. Dari hari pertama lagi, dia sudah dilayan tidak ubah seperti orang gaji.

Sedangkan yang menumpang sekarang Cassandra, bukan dirinya.

"Jangan nak biadab dengan aku, Hajar!"

"Sekarang aku nak makan, dan aku nak kau hidangkan makanan untuk aku." Tanpa sempat Hajar membalas, Cassandra menarik kasar tangan Hajar agar mengikutinya ke dapur.

"Sakit lah kak!" Desis Hajar kuat. Tangan kiri cuba meleraikan genggaman tangan kakak iparnya itu.

"Cassandra enough!" Pekik Layla.

"Kau jangan masuk campur Layla." Cassandra melarang. Tubuh Hajar ditolak ke arah dapur.

Mendesis kuat gadis kecil itu tatkala lengannya terkena periuk panas. Terasa kulitnya seolah-olah masak.

Sengaja Cassandra menarik tangan Hajar yang sakit sebelum dia memaksa gadis itu memegang periuk yang berisikan sup itu.

"Akak tolong, sakit." Rayu Hajar. Namun sia-sia apabila dia hanya melihat senyuman sinis dari Cassandra.

"Ambil ni, hidang untuk aku dan Layla makan." Cassandra melepaskan periuk panas itu tanpa amaran membuatkan Hajar sedikit terkejut sehingga menyebabkan periuk itu jatuh.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now