EIJAZ ♡ HAJAR

6K 150 15
                                    

Eijaz menolak stroller bayi itu perlahan mengikuti langkah Hajar didepan. Kepala ditoleh ke kiri dan kanan melihat orang ramai di tempat itu.

"Abang, situ jom." Ujar Hajar dengan tangan dituju ke arah kerusi yang ada di taman itu.

"Sayang tak penat ke?" Soal Eijaz dengan suara sedikit mengah. Stroller itu ditarik agar berada di hadapan mereka.

Dua anaknya itu menatap dirinya tidak berkelip sebelum Elyana mengangkat tangan, minta untuk didukung.

"Sikit. Tapi tak nak lah asyik duduk je. Tak guna datang jauh-jauh hanya untuk duduk je." Ujar Hajar dengan cebikan. Elhan turut diangkat apabila si kecil itu mula merengek. Pipi tembam Elhan dicium geram.

"Iya. Tapi ingat sikit, kita bukan berdua. Tapi berempat ni ha." Ujar Eijaz. Dia membetulkan duduknya sebelum mendudukkan Elyana di atas ribanya.

"Hehe. Hajar excited tengok bunga tulip tu. Cantik sangat." Hajar tersengih tidak bersalah. Lagi-lagi apabila melihat wajah berkerut suaminya itu.

"Alah, siapa suruh abang bawa bercuti dekat sini." Ujar Hajar dengan cebikan.

Botol susu Elhan yang berada dalam beg bayi diambil. Botol itu digoncang sedikit sebelum disua pada anak lelakinya yang dari tadi merengek.

"Iya lah, abang salah." Ujar Eijaz mengalah. Tidak mahu memanjangkan lagi hal itu. Risau mood bercuti isterinya rosak.

"Anak papa dah mengantuk ke hm?" Soal Eijaz lembut. Pipi Elhan yang mengembung akibat susu diusap dengan jari telunjuknya.

"Kesian anak mama, penat ikut mama." Hajar menepuk lembut sisi badan anak lelakinya apabila melihat mata si kecil berusia setahun lima bulan itu mula kuyu.

"Elyana tak nak tidur juga ke, sayang." Elyana sengih melihat wajah kacak ayahnya. Bibir kecil itu menjerit-jerit suka.

"Okay. Jom kita cari aiskrim." Ujar Eijaz. Dia memandang Hajar yang masih memangku Elhan. Tudung isterinya yang sedikit terangkat dibetulkan.

"Jom, cari aiskrim untuk Elyana, lepastu kita balik hotel." Hajar angguk sahaja. Dia bangun dari duduk sebelum meletakkan anak lelakinya yang sudah nyenyak itu ke dalam stroller.

"Jom." Hajar menolak perlahan stroller ke arah tempat yang mempunyai beberapa buah kedai. Tangan Eijaz naik memeluk bahu isterinya, sebelah lagi tangan erat memeluk tubuh anak perempuannya yang berada di dukungannya.

"Hajar pun nak aiskrim tau." Ujar Hajar dengan sengihan. Suami nak belanja, mana boleh lepaskan peluang. Tambahan lagi aiskrim di Turki ini antara aiskrim terlazat di dunia.

"Anything for my love."

"Sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang." Eijaz memeluk erat pinggang Hajar. Dagu dilabuhkan pada bahu wanita itu dengan mata memandang sepasang anak kembarnya yang nyenyak tidur.

"Lena nya dia tidur. Penat layan mama jalan-jalan lah tu." Ujar Eijaz perlahan. Pipi tembam Elhan dan Elyana diusap sebelum dicium sekilas.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now