"Dr Hamdan, macam mana kawan saya?" Soal Akif sebaik sahaja melihat seorang rakan doktornya keluar dari bilik kecemasan.
Masing-masing menatap serious Dr Hamdan. Penutup muka doktor lelaki itu dibuka sebelum dia memberikan pandangan yang sukar diungkapkan kepada semua dihadapannya itu.
Kalau ikutkan mereka semua perlu ke Terengganu pada hari itu, tapi setelah mendapat berita dari Haziq berkaitan Leon, terus semua membatalkan sahaja plan mereka.
"Saya minta maaf, Dr Akif. Saya dah cuba sebaik mungkin, tapi keadaan dia sewaktu sampai hospital sudah parah. Kalau aku dapat selamatkan dia sekalipun, dia tak mungkin dapat bertahan lama." Terang Dr Hamdan panjang lebar.
Hening.
Berita yang keluar dari mulut Dr Hamdan membuatkan suasana sunyi sepi. Langsung tiada suara, hanya bunyi esakan sahaja yang kedengaran.
"Tak..tak mungkin. Doktor tipu kami kan?" Soal Noah perlahan. Kepala digeleng perlahan. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi.
"Saya minta maaf." Dr Hamdan menunduk sedikit. Dia faham akan perasaan itu. Sudah hampir 10 tahun dia sebagai doktor, jadi semua perkara itu seolah sudah sebati dengan dirinya.
"Thanks Dr Hamdan sebab dah cuba sehabis baik. Selebihnya biar saya saja take over." Dr Hamdan angguk sahaja dengan arahan Akif. Dia terus meminta diri untuk pergi.
Akif menarik kain yang menutup seluruh wajah Leon. Wajah pucat lelaki itu ditatap lama oleh mereka. Tampak bersih walaupun wajah itu mempunyai banyak calar.
"Leon..." Panggil Hasif perlahan. Tangan lelaki itu digenggam erat. Sebak melihat keadaan kawan sekumpulannya itu.
"Kau betul-betul pergi Leon? Kau betul-betul tinggalkan aku dan Eijaz, tinggalkan semua?" Soal Noah tersedu-sedan. Wajah sejuk Leon diusap lembut.
"Kau tak sayang kami ke Leon." Akif mengusap lembut bahu Noah. Jelas lelaki itu tampak sangat terkesan dengan kematian lelaki ceria itu.
"Leon." Panggil Eijaz perlahan. Mata dikelipkan mengelakkan air mata dari jatuh. Wajah Leon direnung dalam.
"Aku tahu kau penat. Aku tahu kau sakit." Eijaz genggam tangan sejuk Leon. Sebelah lagi tangan mengusap kepala lelaki itu.
"Rehat lah sahabat. Kau dah bebas dari dunia yang kejam ni. Kau dah boleh jumpa mama papa kau lagi." Bisik Eijaz perlahan.
Sunyi mula menyelubungi ruangan bilik kecemasan itu. Masing-masing cuba untuk menahan diri dari menghamburkan tangisan.
Leon Edward.
Lelaki yang sentiasa menceriakan keadaan, membuat semua ketawa dengan telatahnya. Dan pada hari ini, lelaki itu pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
"Berehatlah Leon. Lepasni kau takkan rasa sakit lagi." Untuk kali terakhir, Eijaz mencium lembut dahi Leon. Sahabat merangkap adiknya.
"Kami reda dengan pemergian kau." Giliran Noah pula mencium dahi Leon diikuti yang lain.
Tenanglah kau di sana sahabat.
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...