EIJAZ HAJAR | 01

7.8K 265 1
                                    

"Bro." Kai Qaiser berjalan mendekati rakannya yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam markas. Tangan mula dihulur sebelum membuat handshake gaya mereka.

"Lambat sampai." Julian Matthew memandang wajah si kembar dihadapannya, meminta penjelasan. Bukan apa, diorang ni jarang tidak menepati masa.

"Adik buat hal." Mendatar Hadif membalas. Terus mata milik Haziq Iqram dan Hazim Irfan menoleh memandangnya.

"Adik buat apa?" Soal Haziq. Pelik mendengar kenyataan yang keluar dari mulutnya adik keduanya itu.

"Along lah salah. Janji dengan budak tu bukan-bukan. Sekarang merajuk dah." Giliran Hasif pula membalas.

"Huh? Along buat apa?"

"Adik nak datang sini, tapi daddy tak bagi. Pastu merajuk lah budak tu." Hasif membalas menyebabkan wajah Haziq berkerut.

"Lah, apa kena mengena dengan along?" Hazim menyoal. Sungguh dia tidak faham.

"Dah along pernah bawa adik datang sini. Lepastu janji nak bawa lagi. Memang budak tu pegang lah janji tu." Haziq tertawa perlahan.

Hajar. Hajar.

Kalau bab tu laju je dia ingat. Kalau benda lain tak sampai seminit dah lupa.

"Biarlah. Nanti elok lah tu. Ni mana lagi yang lain?" Haziq mula menukar topik. Wajah Julian yang berada di sebelahnya dipandang.

"Nazrie keluar. Eijaz, Noah dengan Leon dah on the way. Akif dia ada emergency dekat hospital. Dah settle baru dia datang balik." Haziq mengangguk.

Pen ditangan dipusing sementara menunggu rakannya yang lain tiba.

"Sorry lambat." Syed Eijaz Haider melangkah masuk ke dalam bilik perbincangan diikuti Noah Zyden dan Leon Edward.

Terus ketiga-tiga mereka mengambil tempat duduk masing-masing.

"Baru habis meeting ke?"

"Haah. Meeting dengan orang tua. Biasalah bang. Banyak songeh." Leon membalas.

"Itulah. Sibuk je nak untung. Dia lupa ke umur dia tu dah sesuai duk rumah. Rumah pun dah nak menghalau masuk kubur tu." Giliran Noah pula berkata.

Jelas wajah kedua mereka menunjukkan riak tidak puas hati.

Eijaz yang mendengar bebelan dua rakannya itu menggeleng perlahan. Lengan baju kemejanya dilipat paras siku.

"Hebat juga mulut kau ni Noah." Hasif bersuara. Suka betul dia mendengar bidasan Noah tadi.

Maklumlah dia pun sama je.

"Sudah lah. Ni aku nak bincang pasal next ride kita."

Kai yang dari tadi mendiamkan diri mula bersuara. Jari tidak henti bergerak di atas tablet miliknya sebelum skrin utama bilik itu menyala.

"So, here is our next destination."

Helmet hitam miliknya dipeluk erat sebelum dia bergerak laju menuruni tangga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Helmet hitam miliknya dipeluk erat sebelum dia bergerak laju menuruni tangga.

"Nak pergi mana tu." Soal Encik Hasnul selepas melihat kelibat anak bongsunya yang laju menuruni tangga. Helmet yang berada di pegangan gadis itu dijeling.

"Hajar nak keluar." Hajar membalas. Langkah dibuka mendekati Encik Hasnul sambil kepala menoleh ke sekeliling rumah.

"Mummy mana?"

"Dekat atas. Bersiap nak ke pasar." Hajar sekadar mengangguk. Wajah milik Encik Hasnul dipandang kembali.

"Daddy Hajar nak keluar tau." Meleret suara gadis itu. Seakan memujuk ayahnya selepas melihat tatapan tajam Encik Hasnul.

"Nak pergi mana?"

"Library. Hajar ada group discussion dengan kawan." Ujar Hajar jujur. Helmet diletakkan di atas meja sebelum dia duduk di sebelah ayahnya.

Lengan milik Encik Hasnul dipeluk.

"Daddy hantar. Tak payah pergi dengan motor. Alang-alang daddy nak pergi pasar dengan mummy."

"Hajar pergi dengan motor jela. Lagipun laluan nak ke pasar tu kan lain." Ujar Hajar. Masih cuba memujuk Encik Hasnul.

"Boleh percaya ke nak pergi library ni? Ke baby girl daddy ni nak pergi tempat lain?" Hajar mencebik melihat tutur kata dari Encik Hasnul.

Ayahnya itu seolah tidak percaya dengannya.

Hajar bangun dari duduk sebelum Iphone 13 miliknya dikeluarkan. Ikon WhatsApp ditekan lalu dia memberikan telefon itu kepada Encik Hasnul.

"Ni chat dari kawan Hajar. Boleh lah daddy." Hajar kembali memeluk lengan Encik Hasnul. Bibir dicebikkan ingin meminta simpati dari ayahnya.

"Hajar janji Hajar pergi library je. Habis je discussion Hajar terus balik. Kalau Hajar melencong tempat lain, Hajar anak derhaka." Ujar Hajar manja.

Encik Hasnul pula hanya tersenyum mendengar kata-kata anak gadisnya itu.

Dia kenal sangat dengan perangai Hajar. Kalau sudah menggunakan ayat 'anak derhaka' pasti dia tidak akan melanggar janjinya.

"Iyalah. Daddy izinkan. Tapi jangan balik lewat sangat. Dan careful."

Kepala Hajar diusap lembut. Sempat dia melabuhkan ciuman pada ubun-ubun gadis itu.

"Yeay! Thank you daddy! Sayang daddy." Hajar memeluk erat tubuh milik Encik Hasnul. Ciuman dilabuhkan pada pipi lelaki itu.

Dia bangun dari duduknya. Tangan milik Encik Hasnul disalam. Helmet tadi diambil kembali sebelum dia bergerak keluar dari rumah.

Jerit Hajar sebelum bergerak ke arah garaj motor. Kaki melangkah mendekati motor Kawasaki Ninja miliknya.

Helmet hitam dipakai selepas selesai menyarungkan sarung tangan. Enjin motor dihidupkan.

"Bawa motor elok-elok." Kata Encik Hasnul, memesan kepada Hajar.

"Alright daddy. Love you."

"Mummy too!"

Jerit Hajar kuat sebelum motor yang dinaikinya dipecut laju keluar dari perkarangan rumah. Kuat bunyi kawasan perumahan itu dengan enjin motor milik Hajar.

"Mengalahkan lelaki."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now