EIJAZ HAJAR | 02

6.5K 246 0
                                    

"Kata taknak datang." Lelaki itu bersuara selepas melihat Hajar sudah duduk dihadapannya. Wajah gadis itu seperti biasa, masam mencuka.

"Aku datang dah kan. Tak payah nak cakap banyak lah." Hajar berkata sedikit kasar namun suaranya masih dikawal, tidak mahu mengganggu ketenteraman orang lain. Lelaki itu hanya mencebik.

Tak padan dengan perempuan.

"Asal tengok aku macam tu?" Hajar menoleh memandang gadis disebelahnya. Tidak selesa apabila ditenung gadis disebelahnya.

"Kau mimpi apa? Macam tiba-tiba je muncul join discussion." Gadis itu menyoal. Pelik dengan rakannya itu.

"Kalau aku tak datang, kau marah. Ni aku datang nak marah juga?" Terangkat sebelah kening Hajar. Wajah kedua manusia dihadapannya ditatap malas.

"Apa-apa jelah Hajar." Gadis itu kembali membelek buku, mencari maklumat penting untuk dimasukkan ke dalam laporan assignment mereka.

"Kau datang dengan Naim ke, El?" Soal Hajar setelah lama berdiam diri. Elina menberhentikan kerjanya. Wajah Hajar ditatap sebelum kepala digeleng.

"Abang aku hantar. Kenapa?"

"Saja tanya. Ni nak aku buat apa?" Soal Hajar lagi. Buku serta kertas yang bersepah di atas meja dilihat.

"Confirm tak lama dah budak ni." Naim bersuara.

Bukan apa, Hajar paling susah untuk diajak berjumpa bila ingin berbincang berkaitan assignment. Dan ini kali pertama gadis itu menyertainya dan Elina membuat perbincangan.

"Aku bosan lah duduk rumah. Nak ikut abang-abang aku, tapi daddy tak bagi. So aku datang sini." Kata Hajar jujur.

Dia bukannya nak sangat join discussion ni, dia cuma ingin keluar dari rumah. Dan paling penting dengan motor kesayangannya.

"So kau guna alasan ni lah untuk keluar?"

Hajar angguk sebelum tersengih. Dua jari diangkat kearah dua rakannya itu.

"Budak nakal." Dahi Hajar dijentik perlahan oleh Naim. Geram dengan perangai gadis kecil itu.

"Bersyukur lah sikit. At least korang tak payah nak terangkan kat aku apa perlu aku buat." Hajar memuncung.

"Yelah Hajar. Terima kasih sebab datang." Elina menjawab malas. Makin dilayan perangai mengada Hajar ni kan, tidak siap lah kerja mereka.

"Dah. Cari maklumat untuk tajuk ni lepastu arrange betul-betul. Ni part kau." Elina memberi satu kertas yang tertulis beberapa tajuk kepada Hajar.

Buku tebal yang berada dihadapannya juga diberikan kepada gadis itu.

"Baik Syarifah Elina yang cantik."

"Aku gerak dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku gerak dulu. Dah settle kerja aku email dekat kau." Elina sekadar mengangguk sahaja. Mata hanya melihat Hajar yang memakai helmet miliknya.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now