EIJAZ HAJAR | 37

4.6K 168 4
                                    

"Kenapa?" Hajar menoleh memandang Eijaz yang fokus pada pemanduannya. Kening terangkat apabila tiada mengerti soalan yang ditanyakan oleh suaminya itu.

"Pegang perut tu." Eijaz berkata apabila Hajar diam tidak menjawab soalannya. Tahu lah gadis itu tidak faham dengan apa yang ditanya olehnya.

"Perut Hajar pedih sikit. Rasanya sebab mandi tadi." Ujar Hajar dengan wajah sedikit berkerut.

Tangan kiri Eijaz yang tadi berada di stereng kereta terus beralih pada perut Hajar. Perut kempis wanita itu digosok lembut.

"Boleh tahan kejap? Nanti dah sampai rumah abang tengok." Hajar menggumam perlahan. Badan disandarkan pada kerusi sebelah pemandu.

Tangan Eijaz yang berada di perutnya diusap lembut. Sedikit sebanyak menghilangkan rasa pedih pada perutnya itu.

"Abang."

"Ya yayang." Jawab Eijaz meleret. Hajar tersenyum manis selepas mendengar suara lembut suaminya itu. Suka.

"Nak apa panggil abang?"

"Tak ada. Cuma nak tanya kenapa kes Hajar ni tak jadi kes polis?" Berkerut dahi Hajar selepas melihat wajah Eijaz yang tiba-tiba berubah selepas mendengar soalannya.

"Kenapa tanya macam tu?" Soal Eijaz perlahan. Wajah dikalihkan sekejap memandang wajah Hajar yang merenung dirinya sebelum kembali fokus pada pemanduannya.

"Hajar hampir kena rogol dan hampir juga kena bunuh. Tapi sekali pun Hajar tak pernah nampak polis datang soal Hajar apa jadi. Biasanya kalau kes macam ni, polis akan cari terus untuk soal siasat kan?"

"Korang tak buat report ke?" Panjang lebar penerangan Hajar. Eijaz berdehem perlahan. Tangan kirinya juga sudah ditarik kembali dari terus berada di perut Hajar.

Lama Hajar merenung wajah suaminya itu sebelum keluhan dilepaskan dari bibir kecilnya.

"Tak apalah. Hajar tak paksa abang bagitahu." Ujar Hajar perlahan. Badan kembali bersandar.

Eijaz mengerling sekilas Hajar. Wanita itu hanya memandang keluar tingkap.

Tangan Hajar yang berada di atas riba ditarik sebelum dibawa kebibirnya. Ciuman dilabuhkan pada kekura tangan putih Hajar.

"Merajuk dengan abang?"

"Mana ada." Hajar jawab lembut. Mata terkelip-kelip melihat sisi wajah kacak Eijaz.

"Abang minta maaf, abang tak boleh jawab soalan tu. Tapi abang janji yang Hajar akan dapat jawapan untuk soalan Hajar suatu hari nanti."

"Kenapa bukan sekarang?" Hajar menyoal lagi. Eijaz senyum. Seatbelt dibuka sebaik sahaja dia parking kereta di dalam garaj. Badan dipalingkan menghadap Hajar.

"Nanti sayang tahu." Terus mencebik bibir Hajar sebaik sahaja mendengar jawapan dari suaminya itu. Eijaz yang melihatkan itu terus melepaskan tawa. Pipi Hajar dicubit geram.

"Tak nak muncung-muncung. Abang kiss baru tahu." Hajar sengih. Tangan kecilnya naik menekup pipi Eijaz sebelum dia mencium pipi lelaki itu.

"Sayang abang." Ujar Hajar. Tangan laju membuka seatbelt sebelum pintu belahnya dibuka.

"Tapi abang kena berkongsi kasih dengan diorang tu." Ujar Hajar lagi sebelum dia memuncungkan bibir kearah dua lelaki yang duduk di bawah gazebo di halaman rumah keluarganya itu.

Hajar sekali lagi mencium pipi Eijaz sebelum bergerak turun dari kereta lalu berjalan ke arah dua abang kembarnya.

"Terus lupa sakit perut dia tu."

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now