EIJAZ HAJAR | 20

6K 215 3
                                    

Dengan lemah Hajar bergerak turun ke bawah. Sampai sahaja di ruang tamu, terus dia mengambil tempat di sofa yang tersedia.

Tadi Elina call memberitahu yang Eijaz bakal ke rumahnya untuk menghantar makanan.

Sepatutnya Elina sendiri yang hantar, namun dia ada kerja yang harus disiapkan, jadi terpaksa lah meminta pertolongan dari abangnya itu. Nasib sahaja abangnya itu mahu tolong.

"Orang dah cakap tak payah, dia hantar juga." Bebel Hajar perlahan. Mata ditutupkan apabila kepalanya terasa berdenyut.

Prang!

Tercelik luas mata Hajar apabila mendengar bunyi bising itu. Kepala diangkat sebelum mata melilar ke segenap ruang itu.

Berdegup kencang jantung gadis itu apabila melihat satu bayangan hitam yang berada tidak jauh dari tempatnya. Baru sahaja dia ingin melarikan diri, bayangan hitam itu pantas menarik tangannya sebelum ditolak kasar ke arah sofa.

"Allah. Kau..kau siapa?" Soal Hajar tersekat-sekat. Jantungnya sekarang bagai hendak pecah akibat terlalu takut.

"Hi Hajar." Ujar suara garau itu sebelum tersenyum sinis disebalik topeng yang dipakai. Dia perlahan-lahan bergerak mendekatik Hajar.

"Ja..jangan dekat!" Tempik Hajar. Dia mula bangun sebelum berundur untuk menjauhkan diri dari lelaki itu.

"Aww. Takut ke? Alah jangan lah takut. Aku datang nak ajak kau main je." Terletus tawa jahat lelaki itu.

Rambut Hajar dicengkam kasar sebelum ditarik agar wajah gadis itu merapatinya.

"Sakit." Rintih Hajar. Tangan lelaki itu ditolak supaya melepaskan rambutnya. Tangisan gadis itu mula pecah apabila tidak dapat menahan sakit yang dirasai tika itu.

"Sakit?" Soal lelaki itu lembut. Muka kesian ditayang sekejap sebelum dia kembali menarik kuat rambut Hajar.

"Sakit lagi hati aku ni kau tahu tak?!" Teriak lelaki itu sebelum dia menolak kasar kepala Hajar sehingga terhantuk di bucu meja.

"Aku kesian dekat kau, Hajar." Suara lelaki itu berubah kembali. Dalam samar-samar Hajar menatap wajah lelaki bertopeng dihadapannya.

"Kau tak bersalah, tapi kau kena hadap juga dendam aku." Ujar lelaki itu. Dia bercangkung di hadapan Hajar.

Wajah Hajar yang sudah dicemari dengan air mata diusap lembut. Mata menatap segenap wajah cantik itu.

Masih cantik walaupun wajahnya sudah dipenuhi darah dan air mata.

"Orang lain buat salah, orang lain kena." Ujar lelaki itu lagi.

"Tapi aku kisah apa. Kau orang satu keluarga, jadi kau pun patut hadap dendam aku." Dagu Hajar dicengkam. Wajah itu ditarik rapat dengan bibirnya.

"Mak bapak kau aku dah hantar pergi neraka. Next mungkin kau yang ikut jejak dia orang."

Terbuntang luas mata Hajar mendengar bisikan dan tawa halus lelaki itu. Entah dari mana kekuatannya muncul, dia menolak kasar badan lelaki itu.

"Kau bunuh daddy mummy." Hajar bersuara lemah.

Jadi ibu bapanya mati dibunuh, dan bukan kerana kemalangan.

"Kenapa.." Lirih suara Hajar. Badannya juga sudah menggigil hebat akibat terkejut.

"Tak best kalau aku bagitahu sekarang. Apa kata kau layan aku dulu." Badan Hajar ditolak sehingga terbaring ke sofa sebelum dia naik menindih badan kecil itu.

"No, lepas! Tolong!"

"Kau jerit dekat siapa? Abang kau. Bukan abang kau dah buang kau ke, hm?" Lelaki itu tertawa sinis.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now