EIJAZ HAJAR | 33

4.8K 164 1
                                    

"Ziq. Selalu kalau nak jumpa kau cakap dalam group, ni kenapa Leon yang tolong sampaikan?" Soal Akif sebaik sahaja semua mereka berkumpul di situ.

"Dah budak tu beria sangat nak bagitahu. Aku biar je lah." Leon sengih. Namun sengihannya terus kendur tatkala mendapat jelingan tajam dari Eijaz.

"Kenapa jeling aku?"

"Kau asal ponteng kerja harini?" Soal Eijaz geram. Mata tajam merenung Leon yang sudah tersengih persis kanak-kanak yang baru membuat salah.

"Lah kau ponteng ke, Leon? Bukan kau cakap Eijaz bagi cuti ke?" Leon tidak menjawab apa-apa malah tetap dengan sengihannya. Eijaz mengeluh sebelum menggeleng perlahan.

Perangai betul budak seorang ni.

Haziq yang dari tadi memerhati menepuk perlahan meja. Wajah satu-persatu ahli kumpulannya ditatap sebelum dia memulakan bicara.

Masing-masing fokus mendengar ucapan dari lelaki merangkap ketua mereka itu. Eijaz, Akif dan Noah yang tadinya tampak tenang, terus berubah riak selepas mendengar apa yang disampaikan oleh Haziq.

"Wait, what?" Soal Noah tidak percaya. Dia merenung satu-persatu wajah yang ada disitu dengan muka tidak percaya.

"Jadi kau orang nak cakap kitorang ni mungkin cuba khianat kumpulan ni?" Akif pula menyoal. Terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka bertiga.

"Tak, kitorang bukan tuduh korang. Cuma sekarang dari apa maklumat yang kita dapat, orang yang bunuh parent kitorang ada dalam ni." Hazim berkata sedikit tegas. Risau tiga lelaki itu salah faham.

"Jadi korang tak percayakan kami bertiga?" Soal Eijaz selepas lama berdiam diri.

"Jujur aku cakap, aku memang syak dia ada kat sini. Tapi lepas aku tengok reaksi masing-masing, aku yakin korang semua tak terlibat." Julian membalas. Dia mula bangun dari duduk sebelum bergerak mendekati setiap rakannya.

"Aku dan Haziq dan berbincang pasal ni lepas perjumpaan tadi. Kita semua dah kenal lama, dah tahu perangai masing-masing, kecuali-"

"Nazrie." Hasif memotong kata-kata Julian. Lelaki itu berdehem perlahan sebelum mengangguk.

"Aku tak nak tuduh dia. Tapi dengan apa yang jadi ni, aku yakin dia ada terlibat dengan semua ni." Haziq bersuara. Dia memandang sekejap Hadif sebelum menyambung.

"Sebelum ni pun dia dah nampak lain. Dari pemerhatian Hadif, dia macam sengaja nak laga-lagakan kita semua." Ujar Haziq.

Masing-masing senyap, cuba mencerna maklumat yang baru sahaja disampaikan oleh Haziq sebentar tadi. Keadaan sunyi untuk seketika sebelum telefon milik Eijaz berbunyi nyaring minta untuk diangkat.

"Assalamualaikum, kenapa sayang." Soal Eijaz lembut. Dia bangun dari duduk sebelum bergerak ke hujung bilik itu.

"Hajar?" Panggil Eijaz. Berdegup kencang jantungnya apabila mendengar suara tangisan Hajar serta suara jeritan seorang lelaki dari dalam telefon.

"Hajar kenapa nangis? Siapa dengan Hajar tu?"

"Hajar jawab soalan abang?" Suara kuat Eijaz terus menarik perhatian kesemua yang berada di dalam bilik itu. Hadif yang melihat wajah Eijaz yang sudah berubah itu terus bergerak mendekati lelaki yang merangkap adik iparnya itu.

"Kenapa Jaz?"

"Hajar..Aku dengar suara lelaki dengan dia." Ujar Eijaz risau. Dia memandang Haziq sekejap sebelum ingin bergerak keluar dari bilik itu.

"Kitorang ikut kau, Jaz." Masing-masing mula bangun dari duduk sebelum membontoti Eijaz yang sudah laju berlari kearah motor miliknya.

Helmet disarung sebelum enjin dihidupkan. Masing-masing mula bergerak meninggalkan tempat itu. Tujuan utama mereka sekarang adalah rumah Eijaz.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now