EIJAZ HAJAR | 40

5.2K 165 7
                                    

Hajar memulas kuat throttle motor miliknya. Motor jenama Kawasaki Ninja dipandu laju membelah jalan raya. Mata sempat menatap cermin sisi sebelum kembali menoleh ke hadapan kembali.

"Ish time macam ni lah dia nak tukar merah." Bebel Hajar. Jam ditangan dikerling sekejap. Sudah 6.30 petang. Mata kembali menatap lampu isyarat dengan wajah gusar.

Dia keluar tanpa pengetahuan Eijaz. Niatnya hanya sekejap sahaja kerana ingin membeli barang, tapi tidak sangka pula lain jadinya.

"Haih menyesal pula aku keluar." Hajar bergumam perlahan. Sudah lah keluar tanpa pengetahuan, naik pula motor seorang diri.

"Ya Allah aku harap dia tak balik lagi." Ujar Hajar lagi. Throttle dipulas lagi sehingga motor dinaikinya bergerak laju memotong semua kenderaan di jalan raya itu.

Sampai sahaja di rumah, terlepas carutan Hajar tatkala melihat Eijaz yang berdiri tegak di hadapan pagar dengan telefon di tangan lelaki itu.

Jelas di penglihatannya, wajah risau Eijaz tiba-tiba berubah ketat selepas melihat dirinya.

"Abang.."

"Pergi mana? Dah pandai keluar tak minta izin suami?" Soal Eijaz keras. Dia menatap lama Hajar yang masih tidak melepaskan helmetnya. Mata merenung tajam wajah wanita itu sebelum dia bergerak masuk ke dalam rumah.

Hajar di situ sudah tidak ubah seperti cacing kepanasan selepas melihat wajah ketat suaminya.

Motor dibawa masuk ke dalam sebelum di parking di dalam garaj. Helmet dibuka lalu diletakkan di tempatnya. Barang-barang yang dibelinya tadi diambil sebelum dengan laju dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Eijaz yang elok duduk di ruang tamu didekati. Plastik berisi barangan peribadinya diletakkan di tepi sebelum dia duduk di sebelah Eijaz. Tangan Eijaz ditarik lalu diusap.

"Abang marah Hajar ke?" Soal Hajar perlahan.

"Abang, Hajar tanya ni." Kata Hajar lagi selepas melihat Eijaz tetap berdiam diri. Lelaki itu hanya fokus pada telefonnya, langsung tidak memandang Hajar.

"Abang tak nak cakap dengan Hajar?" Soal Hajar. Bibir dicebik apabila Eijaz merenung tajam wajahnya.

"Dah lupa ke yang Hajar ada suami?" Hajar geleng. Jari memintal hujung baju tshirt hitamnya. Kepala ditunduk, tidak mahu berlawan mata dengan Eijaz.

"Pergi mana sampai tak boleh nak bagitahu abang?" Soal Eijaz lagi. Dagu Hajar dicengkam lembut sebelum didongakkan agar menatap dirinya.

"Sorry."

"Abang risau separuh mati tahu tak. Abang ingat abang ada buat salah apa-apa." Ujar Eijaz lembut. Hilang sudah wajah tegangnya tadi.

"Hajar nak bagitahu abang, tapi Hajar takut abang tak bagi pergi seorang." Eijaz mengeluh perlahan. Pipi tembam Hajar dicubit geram.

"Dah tahu abang tak bagi, kenapa buat juga, hm? Nak abang marah?"

"Hajar cuma tak nak susahkan abang." Eijaz menjuihkan bibirnya. Rambut Hajar diserabaikan. Geram mendengar jawapan wanita itu.

"Beli apa sampai tak nak susahkan abang tu?" Soal Eijaz. Mata memandang plastik yang berada di sofa sebelah sebelum beralih pada wajah Hajar.

"Barang perempuan, ubat and vitamin Hajar." Hajar hentikan ayatnya setelah melihat reaksi pelik Eijaz.

Eijaz bangun sebelum memeriksa plastik itu. Satu persatu barang dikeluarkan olehnya.

"Ubat? Sayang still makan ubat ni?" Eijaz mengeluarkan dua papan ubat yang dibeli Hajar sebelum ditunjukkan dihadapan wajah wanita itu.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now