EIJAZ HAJAR | 49

4.8K 150 1
                                    

"Ramai lagi ke orang dekat bawah tu?" Soal Hajar pada diri sendiri. Dia sekarang berada bersendirian di bilik atas arahan ibu saudara dan ibu mertuanya.

"Lapar lah." Gumam Hajar lagi. Dia mula bangun sebelum bergerak menuju ke arah tandas.

Baru sahaja dia ingin membuka pintu tandas, namun perlakuannya terhenti apabila melihat satu bayangan yang berdiri tidak jauh darinya.

"A..abang Naz?" Nazrie senyum. Langkah perlahan-lahan diatur mendekati Hajar.

"Hai Hajar. Miss me hm?"

"A..abang buat apa dekat sini-" Terus terkunci mulut Hajar selepas melihat ke arah lengan kiri milik lelaki dihadapannya itu.

Parut terbakar.

"Why?" Nazrie pandang Hajar sekejap sebelum memandang lengan kirinya yang menjadi tarikan wanita itu. Tawa halus mula menyelubungi ruangan itu.

"Parut ni. Kenapa? Teringat sesuatu?" Hajar geleng laju. Badannya kini sudah menggigil kecil.

Kaki melangkah perlahan-lahan ke belakang, cuba menjauh dari Nazrie yang juga turut berjalan mendekatinya.

"Come on, Hajar. Kita ada banyak kenangan bersama." Lembut suara itu memujuk. Tangan didepa seperti menyuruh wanita itu mendekati dirinya.

"Abang Naz, lelaki tu." Ujar Hajar perlahan dengan mata yang sudah berkaca. Lelaki yang cuba merogol dan membunuhnya. Dan lelaki yang sama yang telah membunuh kedua ibu bapanya.

"Finally, kau ingat aku." Tangan Hajar ditarik kasar apabila mendapati wanita itu cuba melarikan diri. Pistol yang berada di sisi pinggang diambil sebelum diacukan pada kepala wanita itu.

"Jangan terburu-buru Hajar. Ingat sikit kau tu mengandung."

"Apa kata kita buat surprise untuk semua yang ada dekat bawah tu. Mesti diorang suka dapat jumpa aku lagi, kan?" Bisik Nazrie perlahan namun mampu membuatkan jantung Hajar berdegup laju.

"Jom, my lady." Badan Hajar ditarik kasar mengikutinya. Satu-persatu tangga dituruni. Ruang tamu itu ditatap dengan senyuman sinis.

"Ehem." Suasana yang bising tadi terus sunyi. Masing-masing terkejut melihat Hajar yang berada dalam pelukan Nazrie bersama pistol yang diacukan pada wanita itu.

"Naz."

"Long time no see, huh?" Nazrie tertawa perlahan. Wajah Haziq direnung dengan pandangan yang penuh makna.

"Naz kau buat apa ni?!" Ilham menyoal kuat. Dia cuba mendekati lelaki itu namun langkahnya terhenti apabila Nazrie bertindak mengacukan pistol pada dirinya.

"Diam Ilham. Pengkhianat." Ilham menggenggam kuat menumbuknya. Wajah Nazrie direnung tajam.

"Naz, lepaskan adik aku. Urusan kau dengan aku, bukan dengan dia. Dia tak tahu apa-apa." Kuat tawa jahat Nazrie bergema pada ruangan itu.

Pistol yang diacukan pada Hajar dijatuhkan. Rambut panjang Hajar dirapikan dengan lembut.

"Aku memang tak patut cari pasal dengan dia. Poor you, little girl." Tersekat-sekat nafas Hajar apabila menatap wajah tegang Nazrie yang berada betul-betul dihadapannya.

"Tapi kau kena pun kena tanggung salah yang abang kau dah buat dekat aku!" Badan Hajar ditolak kuat menjauhinya. Namun laju sahaja disambut oleh Kai yang berada tidak jauh dari situ.

"Hajar okay?" Soal Eijaz risau. Badan kecil itu ditarik kebelakang, menjauhi Nazrie.

"Kau dah melampau Nazrie!"

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now