EIJAZ HAJAR | 45

4.7K 147 2
                                    

Eijaz dan Hajar melangkah keluar dari klinik. Tangan wanita itu digenggam erat. Kaki melangkah ke arah kereta yang terletak elok dihadapan klinik itu.

"Sayang ada nak pergi mana-mana?" Soal Eijaz. Pintu belah penumpang dibuka. Dia membiarkan Hajar masuk dahulu sebelum bertindak memasang tali pinggang buat wanita itu.

Hajar senyum sahaja melihat perlakuan Eijaz. Pipi Eijaz yang berada betul-betul dihadapannya dicium.

"Hajar nak pergi makan. Lepastu nak pergi kedai baby. Nak tengok barang baby." Ujar Hajar teruja. Wajah Eijaz direnung berharap.

"Boleh tak abang?" Tanya Hajar. Eijaz senyum sikit sebelum mengangguk. Kepala Hajar diusap sayang.

"Mestilah boleh. Sayang cakap je nak makan apa, nak pergi mana. Kalau abang boleh tunaikan, abang bawa sayang. Lagipun harini abang memang dah ambil cuti untuk isteri abang." Ujar Eijaz lembut membuatkan Hajar senyum lebar.

"Abang masuk kereta dulu. Nak sweet pun jangan lah dekat sini. Hajar malu." Ujar Hajar. Pipinya dari tadi sudah kepanasan akibat ayat manis yang dilemparkan oleh suaminya itu.

"Nanti kita sambung dekat rumah. Now jom isi hungry tummy ni." Perut Hajar yang sudah menunjukkan bentuk diusap. Sempat dia melabuhkan ciuman pada dahi wanita itu sebelum pintu belah penumpang itu ditutup.

"Anak abang lah yang lapar ni, bukan Hajar." Ujar Hajar manja. Perutnya diusap dengan wajah memuncung.

"Iya sayang. Anak kita yang lapar." Eijaz geleng perlahan. Sebelah tangannya mengusap perut Hajar. Sebelah lagi tangan menggenggam erat stereng kereta.

"Makan banyak sikit tau nanti. Tadi doktor dah cakap kan, sayang underweight." Hajar menggumam perlahan. Salah ke dia kurang makan. Lagipun memang selera dia tak besar, nak buat macam mana.

"Nanti Hajar muntah kalau makan banyak-banyak."

"Makan setakat sayang mampu, okay. Jangan paksa diri." Hajar angguk. Kerusi diturunkan sedikit sebelum dia pejamkan mata.

"Kenapa tu?" Soal Eijaz. Tangan erat menggenggam tangan kecil Hajar.

"Nak tidur. Penat." Eijaz angguk dengan tawa kecil.

Sejak mengandung ni Hajar memang cepat penat walaupun dia tidak melakukan apa-apa kerja. Mungkin faktor pembawakan budak.

"Yayang tidur lah dulu. Nanti abang kejut." Hajar angguk. Tangan Eijaz ditarik ke bibir untuk dicium sebelum dia meletakkan tangan itu di dadanya. Genggaman dieratkan.

"Love you, syurga."

"Buat apa dekat sini?" Soal Hadif datar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Buat apa dekat sini?" Soal Hadif datar. Lelaki dihadapannya direnung tajam dari atas ke bawah. Tangan naik memeluk tubuh.

"Aku datang nak jumpa kak Sandra." Ternaik sebelah kening Hadif. Wajah langsung tidak menunjukkan riak yang baik.

"Kenapa nak jumpa isteri aku." Soal Hadif lagi. Pelik. Lelaki di hadapannya itu mengeluh perlahan sebelum kembali menatap wajah datar Hadif.

"Ada benda aku nak cakap-"

"Ilham? Nak apa?" Soal satu suara dari belakang Hadif. Kedua-dua lelaki itu terus berpaling sebelum Ilham tersenyum melihat kakak tirinya itu.

"Aku datang nak jumpa kau, kak. Tapi suami kau macam tak nak bagi." Ilham memandang sekilas wajah Hadif sebelum dia kembali memandang Cassandra.

"Yang kau tiba-tiba nak jumpa dia kenapa?" Hadif menyoal keras. Wajah sinis Ilham ditatap tajam.

"Abang."

"Penting sangat ke benda yang kau nak cakap dekat isteri aku?" Hadif menyoal lagi. Kali ini suaranya sudah dikawal.

Pinggang Cassandra dipeluk agar wanita itu dapat berdiri dengan selesa. Perut bulat wanita itu juga turur diusap lembut.

"Pasal papa."

"Kenapa dengan papa?" Tanya Cassandra dengan suara sedikit risau. Baru sahaja Ilham mahu membuka mulut, Hadif telah memotongnya dahulu.

"Masuk. Bincang dekat dalam." Ujar Hadif datar. Cassandra ditarik lembut mengikutinya. Ilham yang melihat itu tersenyum nipis sebelum turut bergerak masuk ke dalam rumah pasangan itu.

"Hm kenapa?"

Ilham berdehem perlahan. Wajah Hadif serta Cassandra ditatap sebelum dia memulakan bicara, menceritakan tujuan asalnya berjumpa dengan kakak tirinya itu.

"Mummy yang suruh aku cari kau, kak. Aku dapat alamat rumah korang pun dari Hajar." 

"Doktor cakap papa mungkin tak ada harapan untuk sembuh dari strok tu. Dan sejak dia sakit, nama kau saja dia sebut. Mummy pun dah tak tahu nak buat apa selain suruh aku cari kau." Ujar Ilham perlahan.

"Tolong balik kak. Jumpa papa. Mummy pun nak sangat kau balik kak. Aku tahu apa yang papa, mummy even aku sendiri buat dekat kau melampau. Tapi kami dah menyesal. Kami dah dapat balasan setimpal."

Hadif menatap lama wajah Ilham, mencari keikhlasan dan kejujuran dalam diri lelaki itu. Tangan mengusap lembut bahu isterinya. Wajah wanita itu juga sudah basah dek kerana menangis.

"Aku tak nak paksa kau, kak. Dan aku pun tahu Hadif mungkin susah nak bawa kau keluar dengan keadaan kau yang dah sarat ni. Tapi aku mohon sangat-sangat. Balik, jumpa papa. Tunjuk muka sikit pun tak apa, asalkan papa dapat tengok anak kandung dia." Kata Ilham lagi. Riak penuh harapan dipancar pada wajah lelaki itu.

"Aku datang ni pun nak minta maaf, atas apa yang aku pernah buat dekat kau selama ni." Cassandra menggeleng. Sisa air mata dipipi dilap.

"Tak apa Ilham. Semua dah lepas, akak dah maafkan dan lupakan semua tu." Ujar Cassandra lembut. Senyuman nipis diberikan kepada adik tirinya itu.

"InsyaAllah kami akan balik sana." Giliran Hadif pula berkata. Ilham yang mendengar itu pantas mengangguk.

"Thanks Hadif." Hadif angguk lagi, namun dia masih memasang wajah datarnya kepada lelaki itu.

Lelaki yang sudah berkomplot dengan orang yang membunuh kedua ibu bapanya.

"Thanks juga kak, sebab sudi maafkan aku."

"Kita semua cuma manusia biasa Ilham. Tak boleh lari dari kesilapan."

"Yang lepas biarlah lepas. Kita tutup buku lama, kita mulakan kisah baru."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now