EIJAZ HAJAR | 38

4.7K 155 2
                                    

"Abang Leon!" Panggil Hajar teruja. Senyuman lebar diberikan buat rakan suaminya itu sebelum dia melabuhkan duduk dihadapan lelaki itu.

"Hai Hajar. Dah sihat?" Soal Leon lembut. Suka melihat wajah bahagia wanita itu.

"Alhamdulillah dah. Cuma parut tu hah susah sikit nak hilang." Leon angguk. Beg kertas yang berada di hadapannya dipandang.

"Apa tu?"

"Bekal untuk abang Eijaz." Ujar Hajar teruja membuatkan Leon mencebik. Wajah Hajar dijeling.

"Hm untung lah Eijaz. Dah kahwin ni isteri tolong hantarkan bekal. Abang Leon ni, memang tunggu bidadari syurga dekat sana je lah hantarkan."

"Apa maksud abang?" Soal Hajar pelik. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.

"Mana tahu jodoh abang dengan kematian dulu ke."

"Apa abang Leon ni. Jangan lah cakap macam tu. Hajar tak suka lah." Ujar Hajar sedikit tegas. Wajah sudah berkerut memandang Leon yang tersengih.

"Betul apa. Daripada tunggu perempuan atas dunia ni, baik abang tunggu bidadari syurga abang dekat sana."

Terus mencebik bibir Hajar. Sungguh dia tidak suka apabila seseorang bersembang berkaitan topik sebegitu dengan dirinya.

"Sudah lah. Daripada abang makin jauh dengan semua tu, apa kata kita pergi bilik abang Eijaz sekarang." Pamit Hajar. Dia mula bangun dari duduk sebelum mencapai beg kertas yang dibawanya tadi.

Leon yang masih duduk di hadapannya ditatap lama.

"Abang Leon tunggu apa lagi?"

"Kenapa ajak abang sekali? Tak nak lah ganggu korang dating." Ujar Leon laju. Kepala digeleng tanda dia tidak mahu ikut.

Sengaja nak kita rasa single ke apa ni?

"Tak payah mengada. Jom. Hajar sengaja masak banyak sebab nak ajak abang makan sekali tau!"

"Hajar masak untuk abang sekali?" Laju Hajar angguk membuatkan Leon tersenyum nipis. Entah kenapa dirinya tiba-tiba rasa bahagia sekarang.

Mungkin kerana dihargai dan disayangi.

"Jom. Abang Eijaz cakap abang Leon suka ayam masak kicap."

"Jom! Tiba-tiba abang Leon lapar lepas Hajar sebut ayam masak kicap." Jawab Leon. Terus dia bangun sebelum dia merampas beg kertas ditangan Hajar.

Kaki laju melangkah ke pejabat Eijaz, meninggalkan Hajar yang sudah terpinga-pinga di belakang.

"Eh eh dia ni. Tadi bukan main tolak. Hempuk guna kuali karang."

"Balik dah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Balik dah. Eijaz mana?" Hajar yang sedang menyusun kasut di dalam rak pantas mengangkat kepala sebelum memandang wajah abang keduanya. Senyuman diberikan buat lelaki itu.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now