"Hi. Sorang ke?"
"Waalaikumussalam." Eijaz memegang dadanya. Setepek kena dengan budak Hajar ni.
"Assalamualaikum." Hajar senyum sebelum menjawab salam dari Eijaz.
"Abang Eijaz ada nampak orang lain ke dengan Hajar?" Soal Hajar kembali membuatkan Eijaz mendengus geram.
Orang tanya elok-elok, dia boleh pulak main-main.
"Aku tanya elok-elok ni kan." Tergelak Hajar mendengar suara Eijaz. Tahu lah dia lelaki itu sedang menahan geram.
"Sorry. Haah sorang je. Siapa je nak duduk dengan Hajar ni kan. El pun asyik berkepit je dengan bakal adik ipar abang Eijaz tu." Ujar Hajar. Terselit nada seakan memerli Eijaz dalam ayatnya.
Bukan dia tak tahu yang Eijaz sedang dalam fasa perang dingin dengan Noah. Itu pun Elina yang cakap.
Sebab?
Sebab dia masih tak boleh terima rakannya itu bercinta dengan adiknya. Dan lagi menyakitkan hati, adiknya akan kahwin dulu dari dia.
"Boleh aku duduk?" Pinta Eijaz. Mendapat anggukan dari Hajar, terus dia melabuhkan duduk di hadapan gadis itu.
"Kau tengok apa?" Soal Eijaz apabila perasan mata Hajar dari tadi memerhati tetamu-tetamu yang hadir pada majlis kedua abangnya itu.
"Tak adalah. Saja tengok orang."
"Tak makan?" Hajar geleng.
"Tak ada selera." Eijaz menggulingkan mata. Itu je alasan yang budak ni selalu bagi.
"Kan best kalau daddy mummy ada." Tutur Hajar tiba-tiba. Kepala diletakkan di atas meja berlapikkan kedua tangannya. Mata hanya memerhati Haziq, Hazim dan isteri mereka melayani tetamu.
"Hajar-"
"Tak. Hajar maksudkan, kalau daddy mummy ada mesti majlis ni lagi meriah kan, abang." Potong Hajar. Dia mengangkat kepala memandang Eijaz yang turut merenung dirinya.
"Kalau abang nak tahu kan, abang Hadif satu-satunya abang Hajar yang susah nak keluarkan air mata tau. Tapi tadi lepas je akad nikah, Hajar nampak abang Hadif dan abang Hasif nangis." Hajar mula membuka cerita.
Eijaz yang mendengarnya hanya tersenyum sahaja. Tampak wajah ceria gadis itu ketika dia bercerita.
"Mesti diorang pun berharap macam apa yang Hajar fikir kan abang?"
"Uncle aunty mungkin ada tadi, tapi kita je tak perasan." Berkerut wajah Hajar, cuba memahami apa yang dikatakan oleh lelaki dihadapannya itu.
"Maksud abang."
"Diorang ada, tapi kita tak nampak. Mesti diorang pun datang nak tengok anak-anak diorang kahwin." Hajar angguk laju.
"Best nya kalau boleh nampak mummy daddy." Tutur Hajar perlahan. Terbit senyuman manis pada wajah gadis itu, seolah membayangkan dia bersama kedua ibu bapanya tika itu.
"Dah lah. Kau nak makan tak? Aku ambilkan." Eijaz mula berura-ura untuk bangun namun laju sahaja Hajar menghalang.
"Hajar tak nak lah. Tadi Hajar dah makan kek."
"Kek mana kenyang. Dah lah tunggu jap. Kau makan dengan aku."
"Tapi-"
"Aku taknak dengar apa-apa alasan. Yang aku tahu, kau makan." Laju sahaja Eijaz berkata sebelum dia bergerak ke arah tempat mengambil makanan.
Hajar hanya cebikkan bibir. Mata tajam memandang Eijaz. Ish sama je perangai dengan Elina, suka mengugut!
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...