Jaket kulit hitam berlogo helang serta bertulis 'Black Eagle' di belakangnya disarung kasar ke tubuh. Pakaiannya diperkemaskan sebelum dia melihat pantulan dirinya di hadapan cermin besar yang terdapat di dalam bilik.
"You always look nice in black, Hajar." Nur Hajar Ilyana tersenyum melihat dirinya pada pantulan cermin itu. Sempat dia mengenyit sebelah mata sebelum bergerak ke meja solek.
Rambut coklat gelap miliknya disikat lalu diikat satu.
"Hajar! Turun sarapan." Hajar yang sudah bersedia untuk keluar dari biliknya itu mencebik setelah mendengar panggilan milik ibunya.
Ingat kita tak bangun lagi lah tu.
"Hajar turun lah ni."
Laju kaki Hajar bergerak menuruni tangga. Sampai sahaja di meja makan, terus dia mengambil tempat di sebelah abang ketiganya.
"Nak pergi mana lawa-lawa ni?" Soal Hasif Ifwat, abang keempat Hajar. Wajah adiknya ditenung pelik. Jarang adiknya itu bangun awal pada hari cuti.
"Nak ikut abang lah." Ujar Hajar teruja. Mi goreng yang dimasak oleh Puan Nonie diceduk masuk kedalam pinggan miliknya.
"Hah? Ikut abang pergi mana?"
"Abang kan nak pergi markas. Hajar nak ikut." Kata Hajar lagi. Dia menatap wajah abang keempatnya dengan senyuman.
"No way. Siapa izinkan adik ikut abang Hadif dengan abang Hasif pergi markas?" Hadif Iffat bersuara.
Memang dari dulu lagi mereka tidak mengizinkan adik bongsu mereka mengikuti mereka ke markas. Bahaya buat gadis itu.
"Alah haritu abang kan dah janji nak bawa Hajar pergi sana. Along dengan angah pun dah janji haritu." Hajar mencebik.
Memang dari dulu lagi Hajar ingin ke markas motor milik abang-abangnya, namun selalu sangat dihalang oleh mereka.
Pernah sekali sahaja dia pergi kesana, itu pun tidak sengaja kerana abang sulungnya tertinggal barang disitu.
"Hajar. Hajar tu perempuan, mana boleh ikut abang."
"Tapi daddy-"
"Daddy cakap no, means no." Hajar mencebik melihat wajah tegas milik Encik Hasnul. Tahulah dia ayahnya itu serious.
"Semua tak boleh." Hajar menyuap mi goreng itu ke dalam mulutnya. Sudah tidak peduli dengan pandangan dari yang lain. Suara juga sudah tidak keluar dari mulutnya. Protes!
"Abang pun janganlah tegas sangat." Puan Nonie bersuara selepas melihat Hajar sudah bangun meninggalkan ruang makan itu. Dapat dia lihat wajah muram anak gadisnya itu.
"Abang cuma taknak dia terlibat dalam dunia motor ni. Dia tu perempuan. Cukup lah dia dah ganas sebab terlalu ikutkan perangai abang-abang dia ni."
"Alah. Cakap jelah daddy takut anak kesayangan daddy tu cedera. Kan mummy?" Hasif bersuara.
Macam lah dia tak kenal ayahnya itu. Kalau berkaitan Hajar tu, apa je dia bagi. Risau anak gadisnya itu cedera.
"Tahu takpe."
"Eh sudahlah. Kitorang dua gerak dulu. Karang along marah sampai lambat." Hadif mula bangun dari duduknya diikuti Hasif.
"Ye lah. Bawa motor elok-elok."
"Baik mummy."
Tangan kedua orang tua mereka disalam sebelum mereka bergerak keluar dari rumah. Garage yang menempatkan motor dituju.
"Balik nanti lah kita pujuk budak tu." Hasif angguk sahaja. Tahu lah mereka nak pujuk Hajar nanti.
"Abang."
"Hm." Syef Eijaz Haider mengangkat kepala memandang adik perempuannya yang sudah berdiri di hadapannya.
"Elina nak minta tolong abang hantarkan Elina boleh?"
"Pergi mana? Kenapa tak suruh uncle Johan je hantar?" Soal Eijaz. Tangan Syarifah Elina Hafiya ditarik untuk duduk disebelahnya. Kepala gadis itu diusap lembut.
"Elina nak pergi library, ada discussion dekat sana. Sepatutnya memang Elina pergi dengan uncle Johan, tapi uncle tiba-tiba kena hantar papa jumpa client." Terang Elina panjang lebar. Lengan milik abangnya itu dipeluk erat bersama cebikan.
"Abang hantar je, balik nanti uncle Johan jemput." Ujar Elina lagi. Eijaz mencubit lembut pipi adiknya sebelum mengangguk.
"Iyalah princess. Pergi siap dulu. Abang tunggu dekat kereta ya. Cepat sikit, lepasni abang kena pergi office balik sebab ada meeting."
"Okay! Thank you abang. Elina sayang abang." Elina mencium lembut pipi milik Eijaz sebelum bergerak naik ke biliknya.
Eijaz tertawa perlahan melihat telatah adiknya. Ada ada sahaja lah adiknya yang seorang ni. Dia mula bangun dari duduknya.
Jaket kulit hitam miliknya disarung pada badan. Kunci kereta yang berada di rumah kunci diambil sebelum dia bergerak keluar dari rumah.
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...