EIJAZ HAJAR | 41

4.8K 160 4
                                    

Keluar sahaja dari tandas, Eijaz melihat kearah Hajar yang mengusap perut kempisnya. Senyuman langsung tidak pudar dari wajah wanita itu sejak mereka pulang dari klinik.

Eijaz sengih sebelum bergerak mendekati katil. Badan dibaringkan dalam keadaan meniarap.  Wajah manis Hajar direnung dalam.

"Kenapa abang tengok Hajar macam tu. Ada apa-apa ke dekat muka Hajar?" Soal Hajar. Rambut Eijaz yang masih lembab diraup kebelakang.

"Saja, tak boleh ke abang nak tengok bidadari abang." Terus berona pipi Hajar selepas mendengar jawapan dari lelaki itu. Bibir dikemam menahan dari terus tersenyum.

Eijaz yang melihat itu terus tertawa kecil sebelum baju Hajar diangkat sedikit, mendedahkan perut wanita itu.

Wajah didekatkan dengan perut Hajar lalu satu ciuman dilabuhkan pada tempat itu membuatkan wajah Hajar semakin kemerahan.

"Abang.."

"Abang tak sabar nak tunggu baby lahir." Ujar Eijaz lembut. Kepala sudah dilabuhkan atas riba Hajar. Tangan naik mengusap perut isterinya.

"Hajar pun sama." Pipi Eijaz diusap. Dibiarkan sahaja lelaki itu bermain dengan perutnya. Sekejap direnung, sekejap dicium. Tampak yang lelaki itu benar-benar gembira dengan kehadiran malaikat kecil dalam rahim Hajar.

"Sayang." Hajar menggumam perlahan. Wajah ditundukkan memandang Eijaz yang merenungnya dari bawah.

"Esok abang hantar sayang tinggal dengan along dan kak Lisha tau." Hajar angguk sahaja. Dia sudah sedia maklum bahawa suaminya itu akan ke Terengganu esok bersama abang-abangnya serta ahli yang lain.

Kalau ikutkan dia ingin sahaja ikut pergi bersama, tapi Eijaz awal-awal lagi menghalang dek kerana keadaannya yang sedang hamil.

"Abang pergi kejap je kan nanti?" Eijaz angguk menjawab soalan Hajar.

"Kitorang pergi nak tengok kawasan dulu. Nanti baru stay lama sikit. Ini pun along, Akif dan Leon tak pergi."

"Tak boleh ke kalau abang tak pergi juga? Nanti Hajar rindu." Eijaz tergelak melihat Hajar memuncungkan bibirnya. Badan dibangunkan sebelum dia duduk menghadap wanita kecil itu.

Tangan naik mengepit bibir merah jambu Hajar. Geram. Isteri siapa comel sangat ni.

"Sehari je yayang. Abang pun kalau boleh tak nak lama-lama. Nanti rindu nak peluk yayang abang yang comel ni." Hajar cebik sahaja.

Badan dirapatkan dengan badan sasa Eijaz sebelum perlahan-lahan dia naik di atas riba lelaki itu. Leher milik Eijaz dipeluk.

"Manja sangat kenapa ni hm?" Hajar sengih. Kepala dilentokkan pada bahu Eijaz. Tangan kecilnya pula sudah merayap di seluruh badan tidak berbaju Eijaz.

"Malam ni abang kena layan je Hajar, bekal untuk esok. Nanti susah pula kalau rindu." Eijaz ketawa perlahan. Sisi pinggang Hajar diramas lembut.

Kita ke dia rindu?

"Budak mengada ni." Ujar Eijaz perlahan. Sisi kepala Hajar dicium. Geram dengan sikap manja wanita kesayangannya itu.

"Dah tidur. Preggy mommy tak elok tidur lambat." Badan Eijaz dibaringkan dengan Hajar diatasnya. Tangan kiri menepuk perlahan belakang badan Hajar, seolah mendodoikan wanita itu manakala tangan kanan pula erat memeluk pinggang wanita itu.

"Goodnight abang. Hajar always love you."

"Love you more, sweetheart."

Cawan yang berisi kopi didekatkan pada bibir merah asli nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cawan yang berisi kopi didekatkan pada bibir merah asli nya. Kopi panas itu dihirup perlahan sebelum cawan kembali diletakkan di atas meja.

Topi hitam yang berada di kepala dibetulkan untuk menutup mukanya.

"Aku dengar Hajar dah pregnant." Terus terkaku Leon selepas mendengar suara seseorang dari belakangnya. Dia diam, cuba mendengar perbualan itu dengan lebih lanjut.

"Biar diorang bahagia dulu. Sampai masa nanti, bukan nyawa Hajar je melayang, nyawa anak dia pun hilang sekali." Sampuk suara yang lain membuatkan lelaki itu mengepal kuat tangannya. Perakam suara di telefon dibuka, mana tahu boleh dijadikan bukti.

Baru sahaja dia ingin bangun dari duduk, terus langkahnya mati selepas mendengar nama lelaki yang berada dibelakangnya tadi.

"Kau nak buat apa pula kalini, Nazrie?" Nazrie tidak menjawab, malah hanya senyum sahaja.

"Nazrie?" Bisik Leon perlahan. Dia masih diam ditempatnya.

"Cuma kalini kena pasti kan budak-budak bodoh tu tak masuk campur." Ilham mencebik. Air miliknya dihirup sebelum dia kembali memandang Nazrie.

"Kenapa kau nak sangat budak Hajar tu. Bukan ke kau cuma berdendam dengan Haziq dan Hazim je ke?"

"Budak tu kelemahan diorang. Walaupun masing-masing dah ada bini, tapi aku tahu, Hajar tu tetap paling penting untuk diorang." Terang Nazrie yakin.

"Once budak tu mampus, senang kerja aku untuk balas dendam dekat dua orang tu."

"Suka hati kau lah Naz. Asalkan kau bahagia. Cuma satu je pesanan aku." Ilham hentikan ayatnya. Wajah Nazrie direnung dalam.

"Jangan sentuh kakak tiri aku. Dia tengah mengandung sekarang." Terlepas tawa jahat Nazrie. Tangan ditepuk dengan wajah bangga.

"Wah. Ilham dah mula sayang kakak tiri dia ke? Interesting." Ilham merengus kasar. Wajah lelaki dihadapannya itu dijeling tajam.

"Whatever. Yang aku tahu, aku nak Eijaz dulu berambus dari dunia ni. Jantan tu selalu kacau kerja aku." Semakin kuat Leon mengepal tangannya. Rakaman suara itu dimatikan sebelum dia mula bangun dari duduk.

Laju langkah dibawa ke motornya, namun dia masih sempat mendail nombor seseorang.

"Anything." Soal suara seseorang di hujung talian. Leon mendengus tatkala melihat lelaki tadi sedang memandang kearahnya. Motor dihidupnya sebelum throttle dipulas kuat.

"Nazrie, dia dalang semua ni. Dia yang bunuh parents kau, Ziq. Dan dia juga yang hampir rogol dan bunuh Hajar." Ujar Leon laju. Sesekali dia memandang cermin sisi motornya.

Dia yakin yang Nazrie dan Ilham sedang mengikutinya. Buktinya tadi sebelum dia bergerak dia nampak dua lelaki itu laju ingin mengejarnya.

"What? Mana kau tahu?"

"Aku dengar. Perbualan diorang ada dalam fon aku. Kita jumpa, bagitahu yang lain sekali." Leon bersuara kuat. Mata langsung tidak lepas dari memandang cermin sisi.

"Kau dekat mana sekarang." Soal Haziq lagi.

"On the way, tunggu aku- Allah!"

DUM!

"Leon? Leon kau kenapa?" Soal Haziq risau. Jelas di pendengarannya bunyi dentuman kuat di sebalik talian itu.

"Leon?! Hello, Leon jawab lah!"

"F..fon aku. Buk..bukti dalam..fon." Tersekat-sekat suara Leon tika itu. Telefon ditutup sebelum disimpan didalam poketnya. Helmet dibuka sebelum dia berbaring secara terletang menghadap langit.

Senyuman nipis mula terpancar pada wajah pucatnya yang sudah basah dengan darah. Mata yang kabur dikelipkan berkali-kali.

"Mama, papa.." Bisik Leon perlahan sebelum perlahan-lahan matanya tertutup.

" Bisik Leon perlahan sebelum perlahan-lahan matanya tertutup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now