"Jaz! Aku ada cerita- eh Kai, Akif. Buat apa kat sini?" Soal Leon terkejut. Noah juga turut berada di dalam pejabat milik Syed Eijaz.
Kai tidak menjawab malah hanya mengangkat satu fail kulit berwarna kelabu.
"Aku datang sebab Kai ajak." Ujar Akif pula sebagai jawapan.
"Kau dari mana, manusia?" Soal Eijaz tegas. Lunch hour habis pukul 1.30 tadi, tapi pukul 3.30 baru nampak kelibat si Leon.
"Hehe. Aku keluar dating jap." Ujar Leon bangga. Wajah sudah didongak ke atas, bagai ingin menyatakan dia sudah tidak solo lagi.
"Kau? Dating? Tch dengan perempuan mana pula kalini." Akif bersuara datar. Bukan boleh percaya dengan si Leon ni.
Lama sangat single sampai sanggup dia upah mana-mana perempuan untuk jadi teman dating dia. Parah.
"Gurau je lah. Aku jumpa Hajar dekat taman tasik tadi." Kai yang tadi membuat kerjanya terhenti. Mata terus tertoleh kepada Leon.
"Jumpa Hajar? Taman tasik?" Soal Kai. Leon angguk.
"Dia tak ada nak buat benda pelik kan kat sana?" Soal Kai lagi bernada risau.
Yang lain memandang pelik kearahnya sebelum lelaki itu menarik nafas lega selepas mendapat jawapan dari Leon.
"Dia cakap nak ambil angin je. Kenapa kau nampak risau sangat?"
"Tak ada. Haritu aku dengan mama aku pergi rumah dia nak melawat, tapi dia tak nak keluar. Aku risau juga dia fikir nak buat perkara bukan-bukan." Terang Kai. Risau akan keadaan adik sepupunya yang seorang itu.
"Kau sepupu dia kan. So aku rasa kau tahu apa jadi kat dia." Leon bersuara sedikit kuat apabila dia teringat kata-kata Hajar tadi.
"Asal?"
"Hajar cakap dia dah lama tak berhubung dengan abang-abang dia." Kai yang mendengarkan itu terus memasang riak menyampah.
Kepala diangguk.
"Haah. Aku dekat sini pun sebab tu lah." Jawab Kai acuh tak acuh.
"Sebab apa?" Soal Noah. Eijaz hanya diam mendengar, begitu juga Akif yang sudah tahu perkara sebenar.
Kai melepaskan keluhan sebelum mula membuka cerita. Sempat dia selitkan beberapa kutukan buat sepupu-sepupunya itu.
"Kau biar betul?" Soal Leon tidak percaya. Takkan sampai macam tu sekali.
"Aku tak percaya lah kalau Hajar buat macam tu." Ujar Eijaz. Macam mustahil sahaja Hajar sengaja tumpahkan sup pada kaki kakak iparnya.
"Kau fikir aku percaya ke? Memang tak lah." Ujar Kai geram.
"Sebab tu aku jumpa kau sini je terus untuk settle kan urusan. Kalau kat sana nanti kena menghadap diorang pula. Malas aku." Kai berkata lagi dalam nada tidak puas hati.
Karang ada yang kena sembur dengan dia.
"Bodoh. Senang macam tu je dia tuduh Hajar tu macam-macam. Kalau pakngah dengan makngah ada lagi- huh." Kai mengeluh panjang.
"Aku cuma risaukan Hajar." Kai bersuara perlahan.
"InsyaAllah dia okay. Maybe tadi dia keluar sebab nak tenangkan fikiran dia?" Noah bersuara, cuma menghilangkan gusar dalam hati rakannya itu.
"Entahlah. Harap dia tak buat benda bukan-bukan." Sekali lagi keluhan dilepaskan.
Apa lah nasib Hajar.
"Pergi mana?" Hajar mengeluh perlahan.
Sampai sahaja dirumah, dia melihat dua abangnya sudah berdiri tegak di ruang tamu rumah.
"Keluar, ambil angin." Balas Hajar acuh tak acuh. Helmet diletakkan di tempatnya sebelum dia mula bergerak mendekati tangga.
"Hajar Ilyana, sini." Hajar sempat membuat muka sebelum memusingkan badan. Dia berjalan ke arah Haziq dan Hazim.
"Hm?"
"Dah pandai keluar tak minta izin?" Hajar mengangkat kepala. Wajah Haziq ditatap.
"Macam along kisah." Perlahan, namun jelas di penderangaran Haziq dan Hazim. Hajar kembali diam apabila ditenung tajam oleh kedua abangnya.
"Hajar makin biadab sekarang."
"Whatever. Naik, kemas barang. Along nak Hajar tinggal dengan along." Hajar laju menggeleng. Wajah Haziq dan Hazim ditatap bersilih ganti.
"No. Hajar nak tinggal sini je."
"Jangan degil Hajar." Hazim bersuara geram. Hajar sekarang sudah pandai menjawab dan sudah tidak dengar lagi arahan darinya mahupun Haziq.
"Hajar tetap dengan keputusan Hajar. Hajar nak tinggal sini, rumah Hajar. Tempat Hajar membesar." Tegas suara Hajar. Tetap dengan pendiriannya.
"Hajar please. Kalini je dengar arahan along dan angah." Hajar senyum nipis. Sekali lagi kepala digelengkan.
"No along. Hajar dah cakap sebelum ni, Hajar dah tak nak susahkan siapa-siapa. Hajar boleh berdikari."
"Hajar sakit, Hajar susah atau Hajar mati sekali pun, along, angah, abang Hadif dan abang Hasif kisah ke? Almost 2 bulan Hajar tinggal seorang, langsung tak lawat, tak tanya khabar. Now what? Datang untuk pujuk Hajar atau nak paksa Hajar ikut korang? Soal Hajar sedikit sinis. Mata dikelipkan, tidak mahu air matanya tumpah.
"Adik.."
"Dan Hajar tak nak kak Lisha atau kak Najwa pula yang cedera sebab Hajar nanti." Bidas Hajar dengan satu senyuman nipis.
"Hajar-"
"Cukup along, angah! Cukup lah paksa Hajar macam-macam. Hajar dah penat. Hajar dah penat nak hadap semua benda ni. Hajar dah hilang daddy dan mummy. Dah Hajar juga dah hilang kepercayaan dari semua abang Hajar. Along angah fikir tak sakit ke?"
Hajar tatap berani wajah abang sulungnya dengan wajah kecewa. Jari naik menunding dadanya.
"Ni. Dah cukup sakit. Baru nak baik lepas hilang orang paling kita sayang, tapi belum apa-apa dah luka balik." Hajar gelak perlahan. Entah kenapa terasa malang betul hidup dia.
Hajar berundur menjauhi dua abangnya. Pipi kemerahan dilap kasar apabila sudah basah dengan air mata.
"Bukan Hajar yang berubah, tapi korang semua yang berubah." Luah Hajar. Dia mula bergerak ke arah tangga.
"Hajar, please."
"Balik lah along, angah. Hajar tetap dengan pendirian Hajar. Dan Hajar dah janji dengan diri Hajar, Hajar takkan susahkan korang lagi."
"Korang yang buat Hajar macam ni. Korang yang ubah Hajar. Jadi jangan salahkan Hajar kalau Hajar berubah." Hajar tajam menatap wajah dua lelaki itu.
"Lepasni korang tak payah lah susah-susah fikirkan Hajar. Hajar boleh jaga diri." Sambung Hajar.
Hajar tatap sekejap wajah Haziq dan Hazim yang terdiam di tempatnya. Bagai terasa dengan ayatnya. Dia gelak perlahan sebelum berlari naik ke atas.
Makin lama dia disitu, makin banyak air matanya keluar nanti.
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...