EIJAZ HAJAR | 21

5.9K 198 5
                                    

"Hajar rindu abang." Teresak-esak suara Hajar didalam pelukan Hadif. Wajah disembam pada dada lelaki itu. Melepaskan segala rindu yang dia pendam selama beberapa bulan ini.

"Abang pun rindu baby abang." Ucap Hadif perlahan. Kepala Hajar diusap lembut. Sesekali bibir dilabuhkan pada ubun-ubun gadis kecil itu.

"Adik abang okay kan? Ada sakit lagi?" Hajar geleng. Pelukan pada pinggang Hadif dieratkan.

"Kitorang minta maaf, kalau kitorang tak tinggalkan Hajar, semua ni takkan jadi." Hazim bersuara.

Allah sahaja tahu bagaimana perasaan mereka apabila mengetahui apa yang sudah terjadi pada Hajar waktu itu.

"Abang minta maaf ya, baby." Hajar laju angguk. Air mata langsung tidak henti dari membasahi pipi kemerahan gadis itu.

"Along, angah dengan abang Hasif taknak peluk Hajar ke?" Soal Hajar diselangi esakan. Kepala diangkat sedikit bagi melihat tiga lagi abangnya yang berada tidak jauh dari tempatnya.

"Mesti lah abang nak peluk adik abang." Ujar Hasif teruja bersama senyuman. Badan kecil Hajar pantas ditarik ke pelukannya. Bertubi-tubi ciuman diberikan pada dahi gadis itu.

"Hajar minta maaf. Hajar biadab dengan along dan angah haritu."

"Tak apa, baby. Salah along dengan angah juga." Hajar senyum. Lega bila dapat berjumpa kembali dengan abang-abangnya.

Eijaz dan Kai yang berada di hujung ward Hajar senyum nipis.

Sepanjang tiga hari Hajar di hospital, hari ini baru Kai membenarkam keempat-empat mereka untuk melawat Hajar.

Itu pun atas pujukan Eijaz. Katanya Hajar menangis kepadanya kerana merindukan abang-abangnya.

"Lepasni kalau diorang buat hal lagi, memang aku bawa Hajar lari jauh lah." Tutur Kai perlahan.

"Kau cakap macam dia tu bini kau je."

"Hajar tu adik aku, walaupun lain mak ayah, kami still ada pertalian. Jadi aku boleh buat apa je sebagai abang asal kan dia bahagia." Panjang lebar Kai berkata.

Mereka berdua diam sekejap, memerhati sahaja lima beradik itu melepaskan rindu sebelum laju kepala Kai berpaling ke arah Eijaz.

"Kau cemburu dengan layanan aku pada Hajar?" Soal Kai bernada mengusik. Senyuman sinis mula terukir pada wajah lelaki itu.

"Macam kau cakap, kau dan dia macam abang dan adik, buat apa aku nak cemburu." Gumam Eijaz yakin.

Namun tidak lama sebelum kepala menoleh memandang Kai yang sudah tersengih. Kening lelaki itu dinaikkan berkali-kali memandang dirinya.

"Apa?"

Kai tidak menjawab sebaliknya hanya tertawa jahat. Bahu Eijaz ditepuk perlahan dengan kepala yang diangguk-angguk.

"Nice taste." Ujar Kai sebelum dia bergerak mendekati sepupu-sepupunya itu.

"Sh*t, macam mana aku boleh terlepas ni."

"Kak Sandra minta maaf, Hajar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kak Sandra minta maaf, Hajar. Kak Sandra berdosa dengan Hajar." Berkali-kali perkataan maaf keluar dari mulut Cassandra. Tangan milik Hajar juga langsung tidak dilepaskan olehnya.

Dia menyesal. Entah apa dia fikir sampai dia sanggup lakukan perkara sebegini terhadap adik iparnya.

"Hajar dah lama maafkan akak." Ujar Hajar perlahan. Tangan milik Cassandra digenggam olehnya.

Pandangan beralih pula pada Layla disebelahnya. Senyuman nipis diberikan pada isteri abangnya itu.

"Kenapa senang sangat Hajar maafkan akak?" Soal Cassandra perlahan. Wajah Hajar ditatap olehnya.

"Akak banyak buat Hajar sakit hati. Akak banyak buat salah. Dan akak juga punca Hajar bergaduh dengan yang lain."

"Semua manusia tak boleh elak dari buat salah. Kita semua tak sempurna. Lagipun apa Hajar dapat kalau Hajar tak maafkan akak?" Hajar bertanya lembut.

Dia tahu hubungan Hadif dan Cassandra tidak baik tika itu. Mungkin kerana pengakuan gadis itu. Jadi dia pun tidak mahu keruhkan lagi keadaan.

Tidak mahu masjid yang abangnya baru sahaja bina itu runtuh kerana dirinya.

"Abang pun jangan lah marah kak Sandra. Kak Sandra dah sedar apa salah dia. Hajar dah maafkan kak Sandra. Jadi abang pun kena maafkan akak." Tutur Hajar memujuk.

Dari riak wajah Hadif sahaja dia sudah tahu lelaki itu tidak dalam mood yang baik.

Yang lain hanya menggeleng sahaja melihat perlakuan Hadif. Paling pendiam, dan dia juga paling susah untuk memaafkan seseorang yang sudah berbuat salah kepadanya.

"Abang Hadif."

Hadif menggumam. Kaki dibuka mendekati Cassandra dan Hajar. Keluhan dilepaskan sebelum tangan naik memeluk bahu isterinya.

"Iya, abang maafkan. Tapi janji jangan ulang lagi benda ni." Cassandra laju mengangguk.

"Sandra janji. Sandra minta maaf abang, Sandra minta maaf semua."

"Iya Sandra. Kami maafkan. Layla pun dah cerita semua benda." Cassandra mengangkat kepala sebelum dia menoleh memandang Layla yang elok berdiri di sebelah Hasif.

"Layla?"

"Kita dah jadi keluarga, Sandra. Kalau ada masalah, Sandra boleh kongsi dengan kami. Jangan pendam seorang diri. Sandra dah tak seorang lagi. Kami semua ada." Najwa mula bersuara.

"Biarlah diorang taknak Sandra. Kitorang ada. Kita family, Sandra. Kalau sorang sakit, semua akan rasa." Cassandra diam. Air mata sudah penuh dia tubir mata.

"Sandra-"

"Sandra cuma terpesong sikit je. Sebab tekanan yang family Sandra bagi, Sandra jadi orang lain. Tapi alhamdulillah, Allah hantarkan seorang kawan untuk sedarkan Sandra."

"Kak Sandra bertuah tau ada kawan macam kak Layla. Kalau bukan sebab kak Layla, kitorang pun tak tahu akak menderita selama ni." Cassandra senyum.

Ya, dia bertuah. Bertuah kerana mempunyai kawan seperti Layla.

Sejak kecil, Layla dan keluarganya sahaja yang sentiasa ada dengan dirinya. Keluarganya? Langsung tidak.

Sejak kedua ibu bapanya bercerai, dia hilang tempat untuk bersandar. Walaupun tinggal bersama ayahnya, namun semuanya berubah. Perhatian, kasih sayang sudah mati dalam hidup lelaki itu untuk dirinya.

"Dah, lupakan semua benda tu. Mulai harini kita buka buku baru, okay?"

"Hajar rindu keluarga Hajar."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now