EIJAZ HAJAR | 12

5.6K 222 0
                                    

"El?" Elina berpaling memandang suara yang menegurnya. Wajah Eijaz dan Noah dipandang silih ganti.

"Abang?"

Eijaz mengangkat sebelah kening. Dia mengerling sekejap Noah disampingnya sebelum mata kembali menatap adik perempuannya.

"Elina buat apa kat sini? Bukan sepatutnya Elina kat kampung ke?" Soal Eijaz pelik. Tiba-tiba sahaja adiknya itu muncul disitu.

"Adik kau ke ni?" Soal Julian yang turut disitu. Eijaz sekadar mengangguk menjawab soalan rakannya itu.

"Elina datang sini nak jumpa kawan Elina." Elina menjawab laju. Dia memandang sekeliling kawasan itu. Tampak seperti sudah ramai orang datang.

"Kawan?"

"Elina." Elina memandang Hadif sebelum mendekati lelaki itu. Jelas pada penglihatan gadis itu, mata abang kawan baiknya itu tampak sedikit bengkak.

"Hajar kat mana abang Hadif? Elina nak jumpa dia."

"Masuk lah. Hajar ada kat ruang tamu. El tolong pujuk dia boleh? Abang risau tengok dia macam tu." Elina angguk. Dia sempat menjeling abangnya sebelum meminta diri masuk ke dalam rumah.

"Elina kenal ke Hajar?"

"Hajar." Hajar mengangkat kepala. Melihat sahaja wajah milkk Elina terus air mata gadis itu tumpah untuk kesekian kalinya.

"El.." Perlahan sahaja suara Hajar memanggil Elina. Badan kawan baiknya itu dipeluk erat sebelum dia melepaskan segala tangisannya pada bahu gadis itu.

"Mummy daddy aku El."

"Ya Hajar. Kau sabar ya, Allah lagi sayangkan parent kau. Kau kena redha." Elina memujuk. Belakang badan Hajar diusap lembut, cuba menenangkan gadis kecil itu.

"Kenapa diorang. Aku tak bersedia lagi, El." Semakin kuat tangisan Hajar. Najwa yang turut berada disitu menggosok lembut bahu Hajar.

Dia faham perasaan gadis itu. Dia pernah melalui nasib yang sama dengan adik iparnya, tapi dia bukan hanya kehilangan kedua ibu bapanya, malah seluruh keluarga.

"Hajar tak nak nangis macam ni. Tak baik." Hajar menggeleng lemah. Wajah disembamkan pada bahu Elina.

"Belajar untuk redha Hajar. Relakan pemergian daddy dan mummy kau. Bagi diorang tenang kat sana."

"Kau masih ada abang-abang kau, kakak ipar aku. Aku pun ada untuk kau, Hajar." Lembut sahaja suara Elina memujuk.

Eijaz yang berada bersama Haziq dan yang lain hanya melihat sahaja Elina yang memujuk Hajar. Senyuman nipis terukir diwajah lelaki itu.

Tidak sangka adiknya yang manja itu boleh berubah menjadi matang. Mampu menasihati Hajar seperti seorang kakak.

"Kau sayang daddy dan mummy kau kan?" Hajar menggumam perlahan membuatkan Elina tersenyum. Kepala Hajar yang dilitupi selendang hitam diusap lembut.

"Kalau sayang tak nak nangis macam ni. Nanti diorang pun sedih."

"Tu cuba tengok abang-abang kau. Diorang pun kuat tau. Sebab apa? Sebab diorang risau kan kau. Jadi diorang tak nak nangis. So kalau kau taknak abang-abang kau risau, kau kena stop nangis. Kau kena tunjuk yang kau kuat."

Hajar menatap wajah abang-abangnya. Jelas keempat-empat lelaki itu sedang tersenyum nipis kearahnya.

"Haih Hajar aku ni ingatkan ganas sangat, rupanya cengeng budaknya." Usik Elina terus mendapat tampalan manja dari Hajar. Bibir gadis itu dimuncungkan sebelum dia menarik senyum.

"Thanks El sebab ada dengan aku."

"No problem sister. Kau kawan baik aku, adik aku. Mestilah aku kena ada dengan kau." Sekali lagi badan Elina dipeluk oleh Hajar. Terlepas tawa kecil Elina tika itu.

"Dah taknak nangis lagi budak cengeng."

"Kenapa along panggil ni?" Hasif duduk di salah satu sofa di ruang tamu rumah keluarga mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa along panggil ni?" Hasif duduk di salah satu sofa di ruang tamu rumah keluarga mereka.

Segala urusan jenazah Encik Hasnul dan Puan Nonie sudah diselesaikan petang tadi. Tahlil untuk kedua ibu bapa mereka pada malam itu juga sudah selesai sejam yang lalu.

Kini kelima mereka termasuk Kalisha dan Najwa sedang berkumpul di ruang tamu rumah itu atas arahan Haziq.

"Alhamdulillah urusan daddy dan mummy dah selesai." Itu ayat pertama yang terpancul keluar dari mulut Haziq. Senyuman tipis terukir pada bibir lelaki itu.

"Along tahu benda ni susah, tapi along nak semua adik-adik along redha dengan pemergian daddy dan mummy, boleh?"

Haziq memandang satu persatu wajah adik-adiknya. Semua mengangguk menyatakan mereka sudah menerima hakikat.

Haziq senyum nipis sebelum mata berhenti pada Hajar yang menunduk. Langsung tidak memberikan apa-apa respons kepada soalannya tadi.

"Hajar?"

"Hajar dah redha, along." Ujar Hajar perlahan dengan nada yang sedikit bergetar. Dia masih belum mengangkat muka.

Haziq bangun dari duduk sebelum bergerak mendekati Hajar. Sampai sahaja di situ, terus dia duduk berlutut di hadapan gadis kecil itu.

"Baby along kuat kan?" Hajar angguk perlahan. Ya, dia kuat. Dia perlu terima hakikat pada apa yang sudah berlaku.

"Take your time. Along tahu adik-adik along masih sedih. Nangis lah." Hazim diam. Dia menarik nafas dalam sebelum menyambung.

"Nangis sampai korang puas. Tapi bila berhentinya air mata tu, along dah taknak tengok korang nangis sebab daddy dan mummy, boleh?" Soal Haziq. Pipi kemerahan Hajar diusap lembut.

Hajar angguk perlahan. Tubuh Haziq yang berada dihadapannya dipeluk erat. Air mata yang dari ditahan akhirnya turun juga.

"Along ada. Selagi along masih bernafas, along akan jaga adik-adik along. Tak kisah lah semua dah bahagia dengan hidup masing-masing pun, korang still bawah tanggungjawab along. Ingat tu." Ujar Haziq lagi.

Hazim, Hadif dan Hasif bangun sebelum ketiga mereka bergerak untuk memeluk Haziq.

Kalisha dan Najwa yang memerhati gelagat lima beradik itu tersenyum suka. Sempat mereka menyeka air mata pada pipi masing-masing.

Bahagia melihat keakraban dalam hubungan adik-beradik mereka.

Najwa menyiku perlahan Kalisha di sebelah. Bibir dicebik sebelum dia memeluk lengan kakak iparnya itu.

"Nak peluk juga."

"Ada-ada je kamu ni Najwa."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now