"Kai, ada dapat apa-apa maklumat?" Hadif menyoal sebaik sahaja tiba dihadapan abang sepupunya itu.
Wajah ketat Kai ditatap, menunggu balasan dari lelaki itu. Yang lain juga turut diam, tidak mahu menyampuk.
"Dari rakaman cctv rumah korang, lelaki tu masuk guna kunci. Yang aku pelik mana dia dapat kunci tu." Kai bersuara datar. Rakaman cctv yang menunjukkan seorang lelaki masuk ke dalam rumah keluarga Encik Hasnul itu ditunjukkan oleh mereka.
"Boleh jadi dia ambil dengan daddy atau mummy waktu dia.." Hasif tidak menghabiskan kata-katanya. Keluhan dilepaskan.
Hadif menghentikan rakaman itu. Kunci di tangan lelaki yang memecah masuk rumah keluarganya direnung.
"Sh*t. Ni kunci aku yang hilang tu!" Hadif mencarut perlahan. Mata merenung wajah abangnya.
"Macam mana kunci rumah kau boleh ada dengan dia." Hadif diam seolah berfikir. Rahang diketap kuat menimbulkan urat-urat hijau di sisi wajahnya. Penumbuk dikepal.
"Cassandra." Bisik Hadif perlahan. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, namun tangannya pantas ditarik oleh seseorang.
"Kau nak tuduh Sandra dalang semua benda ni?" Hazim menyoal sedikit kasar. Lengan adiknya itu dicengkam sedikit kuat.
"Kalau bukan dia siapa lagi, angah! Selama ni dia aje yang pegang kunci rumah tu!" Hadif bersuara lantang. Tangan Hazim ditepis kasar supaya melepaskan lengannya.
"Jangan tuduh melulu Hadif." Haziq bersuara keras.
Salah satu masalah adiknya ini, suka membuat kesimpulan melulu tanpa soal siasat.
"Aku tak rasa Cassandra terlibat." Julian bersuara selepas lama diam memerhati perbalahan itu. Semua mata terus menatap wajah lelaki itu.
"Aku rasa orang yang cuba rogol Hajar dan bunuh parent kau tu orang terdekat dengan kita."
"Maksud kau?" Leon mengangkat bahu.
"Orang tu nak balas dendam. Dan pada waktu yang sama, dia tahu Sandra tak suka Hajar. Jadi dia gunakan Cassandra untuk kaburkan mata kita semua. Untuk buat kita semua fikir yang Sandra ada kaitan dengan semua benda ni." Julian menjawab bagi pihak Leon.
Yang lain diam, mencerna apa yang baru sahaja disampaikan oleh Julian.
"Jadi maksud kau, orang tu mungkin orang yang selalu dengan kita?" Haziq menyoal teragak-agak.
"Yes. And ada kemungkinan salah seorang dari kita yang sebenarnya dalang dalam semua ni." Semua terdiam apabila Julian berkata sebegitu.
Mata masing-masing mula melilar memandang satu sama lain. Air muka juga sudah serious, seolah cuba mencari seseorang yang dalam ketakutan selepas mendengar penjelasan Julian.
"And maybe dia sekarang tak ada kat sini." Julian berkata lagi. Senyuman sinis terbentuk pada wajah lelaki itu membuatkan yang lain terdiam.
Eijaz, Noah dan Akif tiada di situ sekarang. Takkan lah..
"Aku tak tuduh siapa-siapa, cuma sekarang apa yang aku cuba sampaikan ialah, orang tu ada dekat dengan kita."
"So, berjaga-jaga. Musuh dalam selimut ni kadang-kadang lagi bahaya dari apa yang kita sangka kan."
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...