Hajar memarkir sedikit jauh motor Kawasaki Ninja miliknya. Kepala ditoleh ke kanan dan kiri bagi memastikan tiada orang dikawasan itu.
Helmet pada kepala juga dibuka sebelum dia mula memakai face mask bewarna hitam.
Kepala sekali lagi memandang sekeliling kawasan itu sebelum dia bergerak ke arah belakang sebuah bangunan yang terletak tidak jauh dari kawasan dia memarkir motornya.
Keadaan dia sekarang tidak ubah seperti seorang pencuri.
Hajar bergerak ke arah semak samun ditepi bangunan itu. Seingat dia dekat situ ada satu pintu kecil. Muat untuk dia melalui pintu itu.
"Nasib aku ingat lagi selok belok tempat ni." Ujar Hajar perlahan, cukup dia sahaja yang mendengarnya selepas menjumpai pintu kecil disebalik semak.
Hajar tersengih suka apabila cubaan untuk membuka pintu itu berjaya. Nampaknya pintu itu memang tidak berkunci. Sangat memudahkan kerja dia.
"Hello my baby- arghh." Terjerit kecil Hajar apabila badan kecilnya tiba-tiba sahaja ditarik dari belakang. Mata dibuka memandang beberapa lelaki yang berada dihadapannya.
"Perempuan? Tch." Lelaki yang menarik Hajar tadi berdecit perlahan. Dia memandang beberapa lelaki yang bersamanya tadi.
"Bawa dia masuk. Aku tak rasa perempuan ni orang biasa." Lelaki itu membuka langkah kehadapan bangunan tadi. Hajar dibiarkan dibawa masuk oleh beberapa anak buahnya.
"Lepaskan aku lah!" Kuat jeritan Hajar.
Cuak wajah gadis itu apabila mula menjejakkan kaki ke dalam bangunan itu.
Dia salah tempat ke apa ni? Asal orang dekat sini semua menakutkan.
"Asal ni bro?" Soal seorang lelaki yang baru muncul di pintu hadapan. Hajar yang dibawa oleh beberapa anak buah mereka ditatap sekejap sebelum dia beralih kepada rakannya.
"Penceroboh. Aku rasa dia ni spy dari kumpulan lain."
"T-tak! Aku bukan spy. Tolong lepaskan aku!" Hajar cuba membela diri. Takut apabila direnung dengan mata hijau lelaki yang menangkapnya tadi.
"Baik kau mengaku, siapa hantar kau ke sini." Lelaki itu bersuara datar, masih mengawal ton suara dari menjerkah gadis kecil itu.
Melihatkan Hajar yang masih diam itu, dia mula melangkah mendekati gadis itu. Kepala ditundukkan sedikit untuk merenung wajah manis milik Hajar Ilyana.
"Aku tanya kau baik-baik. Siapa yang hantar kau datang sini."
"Ta-tak ada siapa-"
"Bohong!"
"Woo woo. Apa bising-bising ni?" Soal satu suara membuatkan lelaki tadi menoleh memandang kebelakang.
"Bro. Ni Eijaz tangkap penceroboh yang cuba masuk markas kita ikut jalan tikus." Noah mula membuka cerita.
"Jalan tikus? Jalan tepi semak tu ke?" Mendapat anggukan dari Eijaz, terus kesemua lelaki itu bergerak mendekati Hajar yang sudah menundukkan kepala.
Takut melihat ramai lelaki yang melingkunginya.
"Perempuan?"
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...