"Lama tak nampak kau. Pergi mana?" Soal Akif pada Nazrie Haikal. Sudah sebulan dia tidak melihat lelaki itu. Hari ini baru nampak batang hidung.
"Busy lah. Banyak sangat kerja kena settle." Nazrie menjawab tenang. Badan disandarkan pada dinding sementara menunggu untuk bertolak.
Kotak rokok didalam kocek dikeluarkan. Satu batang rokok diletakkan dibibir sebelum dicucuh api.
"Kau busy buat apa je? Dah mengalahkan aku."
"Sibuk lah kau ni. Dah blah sana. Aku tengah merokok ni. Karang kau bebel pula. Bising." Badan Akif ditolak lembut.
Bukan dia tak kenal doktor seorang ni, kalau dia merokok, pasti ada sahaja bebelan yang bakal keluar dari mulut lelaki itu.
"Tahu pun. Dah lah aku pergi depan dulu. Cepat sikit, Haziq cakap lepasni nak gerak dah." Nazrie mengangguk laju.
Asap dihembus ke udara. Tangan naik menghalau Akif agar pergi meninggalkan dirinya.
Bukan apa, bila dia sudah start membebel pasti akan berlarutan. Biasa lah doktor kan.
"Tak habis-habis membebel. Muka berkedut baru tahu."
Hajar bergerak laju turun dari tangga. Sampai sahaja diruang tamu, badannya terus terkaku selepas melihat ramai lelaki yang duduk di situ.
Mata mengimbas satu persatu wajah lelaki disitu sebelum berhenti pada satu wajah. Matanya mengecil sebelum dia menjeling lelaki itu.
"Opocot kau!" Latah Hajar sedikit kuat membuatkan semua menoleh kearahnya. Dia terus memusingkan diri apabila belakang badannya berlanggar dengan seseorang.
"Angah. Terkejut Hajar." Hajar mengurut lembut dadanya. Bibir dicebik selepas melihat abang keduanya itu tersengih seperti tidak bersalah.
"Sorry baby."
"Bro, bila nak gerak?" Soal Julian. Jam ditangan dikerling sekejap sebelum dia menatap wajah Hazim.
"Tunggu Haziq jap. Lepastu kita gerak." Yang lain hanya mengangguk. Selang beberapa minit, Haziq turun bersama Kalisya. Terus sahaja semua bangun dan bergerak keluar dari kediaman milik Encik Hasnul dan Puan Nonie.
"Adik nak naik dengan abang Hadif ke abang Hasif?" Hasif menyoal Hajar yang berdiri di sebelah Kai. Kepala bahu gadis itu terangkat, tanda tidak tahu.
"Dengan abang Hadif jelah." Hadif bersuara sebelum tangan kecil Hajar ditarik mengikutinya. Helmet di tangan Hajar diambil lalu dipakaikan pada kepala gadis itu.
"Hajar boleh pakai sendiri lah abang!"
"Bukan selalu abang boleh sweet dengan adik abang sorang ni." Hajar mencebik. Namun untuk seketika sebelum dia tersenyum malu.
Kalau tak sweet, bukan Hadif Iffat lah. Nampak sahaja gayanya yang dingin dan bersahaja, namun tidak dengan Hajar. Abangnya yang seorang ini pandai sahaja memberi kata-kata manis untuk dirinya.
Masing-masing menadah tangan apabila Akif bersuara untuk membaca doa. Selesai sahaja bacaan doa, terus semua menaiki motor masing-masing sebelum memulakan perjalanan mereka ke Johor.
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...