EIJAZ HAJAR | 47

4.4K 146 0
                                    

"Are you good now, sayang?" Hajar menggeleng perlahan. Tangan menggenggam kuat lengan kemeja Eijaz, cuba untuk berdiri tegak.

"Hey, tengok abang." Eijaz menolak lembut dagu Hajar. Wajah pucat Hajar ditatap lama. Mata berkaca milik wanita itu direnung dalam.

"Hajar tak larat." Hajar bersuara lemah. Kepala disandarkan pada dada Eijaz dengan tangan menggenggam kuat baju lelaki itu. Tenaganya kini benar-benar sudah tiada.

Sejak pagi lagi, dia tidak henti berulang-alik ke tandas dek kerana rasa mual yang dirasainya. Sejak kandungannya berusia empat bulan, alahan yang dialaminya semakin teruk.

"Kesian sayang abang." Eijaz tersenyum nipis sebelum tangan naik membelai rambut lurus Hajar. Dahi isterinya itu dicium sekejap sebelum badan Hajar didukung.

"Hajar berat." Rengek Hajar namun tetap melingkarkan lengan pada leher milik suaminya.

"Mana ada berat, workout equipment abang lagi berat dari sayang tau." Ujar Eijaz sebaik sahaja meletakkan Hajar di atas katil. Dia kemudian bergerak ke arah wardrobe milik Hajar sebelum sehelai baju berwarna hitam diambil.

"Tapi Hajar dah gemuk." Bisik Hajar. Perut yang sudah menunjukkan bentuk itu diusap dengan wajah ditunduk.

"Cakap lagi macam tu." Eijaz mengambil tempat disebelah Hajar. Baju Hajar yang sudah basah dibuka sebelum dia menyarungkan baju yang diambilnya tadi pada tubuh wanita itu.

"Berapa kali abang nak cakap, isteri abang tak gemuk, isteri abang tak hodoh. Isteri abang sentiasa sempurna pada mata abang." Rambut Hajar diselitkan di belakang telinga. Senyuman manis diberikan buat wanita kesayangannya.

"Sayang macam ni sebab apa? Sebab sayang mengandungkan anak abang. Anak kita." Hajar cebik. Mata menikam mata hazel Eijaz.

"Satu je abang nak isteri abang tahu. Abang sentiasa sayangkan isteri abang walau macam mana sekali pun rupa dia."

"Walaupun macam Fiona dalam cerita Shrek?" Terlepas tawa Eijaz mendengar soalan Hajar.

"Em abang.." Hajar rengek. Paha Eijaz dipukul lembut.

"Walaupun macam Fiona." Bisik Eijaz perlahan. Bibir dirapatkan pada wajah Hajar sebelum seluruh wajah wanita itu dikucup.

"Lepasni abang tak nak dengar sayang cakap macam ni lagi. Abang tak suka." Hajar angguk perlahan. Badan Eijaz ditarik mendekatinya sebelum badan sasa itu dipeluk erat.

"Terima kasih abang. I love you."

"I love you more, sayang." Pipi Eijaz dicium lama. Mata terus menatap wajah kacak milik kekasih hatinya itu.

"Dah tak mau tengok abang macam tu. Tidur. Isteri abang nampak penat sangat. Dari tadi ulang-alik ke tandas." Hajar akur sahaja dengan arahan Eijaz.

Badan dibaringkan dengan berhati-hati di atas katil. Selimut ditarik sehingga paras dada.

"Sleep well, my sweetheart."

"So, apa plan kau?" Soal Haziq dingin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"So, apa plan kau?" Soal Haziq dingin. Tajam matanya menatap Ilham yang berdiri tegak dihadapannya.

"Aku akan balik semula pada Nazrie untuk korek rancangan dia. Apa-apa saja aku akan laporkan pada korang."

"Can I believe you?"

"Pardon?"

"Kau belot Nazrie, kawan baik kau sendiri. So tak mustahil kau boleh buat benda yang sama dekat kitorang." Perlahan tapi sinis sahaja suara Haziq menyoal. Tajam renungan matanya terhadap lelaki itu.

"Macam kau tahu, aku benci pengkhianat."

"Easy along. Dia dengan kita." Hadif cuba menenangkan situasi. Kerusi disebelah ditarik sebelum menyuruh Ilham duduk disitu.

"What? Kau masih boleh berlembut dengan dia? Oh ya, along faham, sebab dia adik ipar kau." Sinis suara Haziq. Ilham yang sudah duduk disebelah Hadif dijeling tajam.

"Enough along. Dia tahu pasal kes pembunuhan tu pun lepas Naz dah selesaikan kerja dia."

"But dia still bersekongkol dengan jantan tak guna tu untuk rogol dan bunuh Hajar! Kau lupa?!" Tengking Haziq kuat. Yang lain hanya diam, tidak mahu ikut campur dalam pergaduhan dua beradik itu.

"Rogol Hajar, yes. Aku terlibat. Itu pun sebab aku nak tengok keluarga kau termasuk Sandra kucar kacir. But bunuh Hajar." Ilham geleng perlahan dengan senyuman nipis.

"Aku tak pernah terfikir untuk tu, dan aku dah banyak kali halang Nazrie." Keras suara Ilham, cuba membela dirinya.

"At first memang aku tak kisah, but bila dia dah libatkan orang yang tak bersalah, dia cuba nak libatkan Sandra dan keluarga aku, aku tahu yang aku tak boleh duduk diam."

"Even papa jadi macam tu pun sebab dia." Laju kepala Hadif berpaling menghadap Ilham. Kening terangkat seolah menyuruh lelaki itu ulang kembali.

"What?"

"Nazrie punca papa macam tu. I don't know apa dia buat, but I know, dia penyebab papa strok." Ilham mengangkat kedua belah bahunya. Badan disandarkan pada kerusi.

"Tapi aku serious, aku berada dalam pihak korang sekarang. Aku tak kisah nak percayakan aku atau tak. Aku cuma nak tolong. Aku tak nak orang lain pula jadi mangsa dia." Masing-masing diam mendengar tutur kata Ilham. Wajah tenang lelaki itu ditatap lama.

"Apa dia nak sebenarnya." Soal Julian perlahan.

"Dendam." Balas Ilham. Mata menikam mata hitam Haziq yang turut memandangnya.

"Dendam apa sampai membunuh?" Hasif menyoal tidak faham.

"Jawapan ada pada Haziq, Hazim, Julian dan Kai. Korang boleh tanya diorang."

"Apa maksud kau? Kau cuba nak cakap kitorang yang salah?"

"Korang yang mulakan semua ni, Kai. Korang yang hidupkan api tu." Ilham senyap.

"Korang punca semua benda ni."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now