EIJAZ HAJAR | 10

5.8K 233 0
                                    

"Hajar." Hajar mengangkat kepala, memandang beberapa lelaki yang berjalan mendekatinya. Wajahnya sedikit berkerut tatkala kepalanya terasa semakin berdenyut.

"Hajar nak pergi mana ni?"

"Abang Julian." Hajar memanggil lemah. Tangan yang tadinya berpaut pada dinding beralih pada lengan lelaki di hadapannya.

"Dah tahu tak sihat, kenapa keluar bilik?" Soal Eijaz sedikit kasar. Namun dia tetap memegang tangan Hajar, ingin mengelakkan gadis itu dari rebah.

Melihatkan keadaan Hajar sekarang, bila-bila masa sahaja gadis itu boleh jatuh menyembah lantai.

"Hajar cari abang Hadif. Mana dia?" Perlahan sahaja suara itu namun masih jelas di penderangaran lima lelaki itu.

Eijaz menarik lembut pinggang Hajar apabila gadis itu terhuyung-hayang. Badan kecil itu ditarik mengikutinya untuk duduk di kerusi yang ada di lobi hotel itu.

"Duduk sini." Tidak membantah, Hajar terus mengambil tempat di kerusi itu. Badan disandarkan sebelum mata ditutup.

"Hajar, abang Akif sentuh Hajar boleh?" Soal Akif meminta izin. Melihat anggukan kecil adik ketuanya itu, terus dia senyum nipis.

Tangan kasar miliknya naik menyentuh dahi dan leher putih Hajar. Usai merasa suhu tubuh gadis kecil dihadapannya, dia beralih pula pada pergelangan tangan Hajar.

"Panas sangat ni Hajar. Tadi pergi klinik kan? Doktor ada suntik ubat tak? Atau dia suruh Hajar makan ubat apa-apa?" Soal Akif, selaku doktor disitu.

Risau pula melihat wajah pucat dan tidak bermaya gadis itu.

"Hajar dah makan ubat yang doktor bagi tadi." Akif angguk. Mungkin effect ubat tu lambat atau badan Hajar yang tidak boleh menerima ubat itu.

"Abang Julian dah call abang Hadif. Lepasni diorang datang."

"Macam mana Hajar boleh demam tiba-tiba ni? Semalam okay je kan?" Leon bersuara. Pelik juga bila dia dapat tahu gadis itu tidak sihat.

Semalam Hajar paling semangat. Nak cakap kena hujan, tak hujan pun dekat bumi Johor ni.

"Demam terkejut?" Noah pula bersuara. Leher belakang diusap apabila bulu roma nya tiba-tiba berdiri tegak.

"Jangan nak mengarut."

"Aku teka je." Eijaz dan Julian menggeleng kepala melihat Noah dan Leon yang sudah berperang mulut.

Mata dikalihkan pula pada Akif yang meletakkan tuala basah di dahi Hajar. Badan Hajar juga turut dibetulkan agar gadis itu selesa.

"Rest dulu. Nanti diorang datang, abang Akif kejut."

Hajar angguk sebelum matanya perlahan-lahan tertutup.

"Hajar nak balik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hajar nak balik. Nak daddy dengan mummy." Hajar merengek manja dalam pelukan Hadif. Air mata yang tidak berhenti mengalir mengakibatkan baju abang ketiganya itu basah.

"Iya. Esok kita dah balik dah. Tapi balik pun daddy mummy tak ada lagi kat rumah."

Hajar geleng laju. Badan Hadif dipeluk erat sebelum kembali mengalirkan air mata.

Eijaz yang berada di hujung bilik hanya memandang ke arah Hajar. Dia kini berdiri diantara Kai dan Haziq.

Dia berada di situ pun kerana ditarik oleh Akif untuk menemaninya. Kalau tidak awal-awal lagi dia sudah lena dibuai mimpi dek kerana terlalu penat.

Mendengarkan rengekan Hajar membuatkan bibir milik lelaki itu tiba-tiba menyenget.

Ganas tapi manja.

Hazim yang hanya menjadi pemerhati mula bergerak mendekati Hajar dan Hadif. Punggung dilabuhkan bersebelahan Hadif.

Badan kecil Hajar ditarik lembut sebelum dengan senang dia angkat dan diletakkan di atas ribanya.

Wajah kemerahan Hajar ditatap dengan senyuman nipis. Tangan naik menyapu sisa air mata yang berada pada pipi gadis itu.

"Adik tidur dulu okay. Baru lepas makan ubat kan. Nanti dah okay kita call daddy dengan mummy."

Hajar menggeleng perlahan. Badan dirapatkan dengan Hazim sebelum kepalanya terlentok di bahu lelaki itu.

"Nak mummy." Rengek Hajar lagi. Yang lain hanya tersenyum memerhati gelagat gadis itu. Manja sungguh.

"Tidur dulu. Kalau tak tidur, angah taknak call mummy."

Belakang badan Hajar diusap lembut. Kuat rasa bahang dari badan kecil itu.

"Tidur okay?" Hajar angguk perlahan. Namun kepala langsung tidak diangkat dari bahu abang keduanya.

"Jangan tinggal Hajar." Hajar bersuara lemah. Mata perlahan-lahan tertutup

"Ya baby. Kitorang tak tinggal Hajar." Ucap Hadif lembut. Jelas riak risau pada wajahnya.

Tadi dia tinggalkan Hajar sekejap sebab ingin keluar makan. Itu pun sebab Hajar tidur. Tak sangka pula gadis itu akan bangun dan mencarinya.

"Kitorang minta diri dulu lah. Biar dia rehat dulu."

"Esok kalau dia dah okay kita gerak balik." Haziq bersuara. Eijaz, Akif dan Kai mengangguk faham sebelum bergerak keluar dari bilik Hadif dan Hasif.

"Aku rasa tak sedap hati lah." Hasif tiba-tiba bersuara selepas memastikan hanya mereka berlima sahaja di dalam bilik.

Hadif yang mendengar itu terus mengangkat kepala. Wajah sedikit pucat kembarnya ditatap.

"Kau okay Sif? Kau tak sihat jugak ke? Nampak pucat." Hadif bersuara risau.

"Tak tahu. Dari tadi rasa berdebar." Ujar Hasif bergetar. Seolag ada sesuatu yang ditakutinya.

"Perasaan je tu. Mungkin penat sangat." Hasif anggukkan sahaja. Mungkin betul apa yang abang sulungnya cakap.

"Dah pergi mandi lepastu tidur. Jangan fikir sangat. Along dengan angah balik bilik dulu." Hazim mula bangun selepas meletakkan Hajar di atas katil. Wajah Hadif dipandang.

"Tengokkan Hasif dengan adik. Kalau ada apa-apa bagitau along atau angah tau."

"Baik ngah."

'Ya Allah apa yang kau cuba sampaikan ni.'

'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now