EIJAZ HAJAR | 36

4.9K 173 2
                                    

"Slow slow yayang. Luka tu tak sembuh lagi kan." Eijaz berpesan lembut. Pinggang Hajar dirangkul lembut dengan tangan yang menggenggam erat tangan kecil Hajar.

Hajar sudah dibenarkan keluar dari ward dua hari lepas, namun dia masih perlu berjaga-jaga dek kerana lukanya tidak sembuh sepenuhnya lagi.

Sepatutnya Hajar masih perlu berada di hospital dan perlu mendapatkan rawatan serta perhatian dari doktor, namun wanita itu berkeras ingin pulang. Puas juga dia memujuk Akif untuk membenarkannya pulang.

Bosan lama-lama di sana.

"Hajar okay lah abang." Hajar bersuara perlahan. Merasakan Eijaz semakin mengeratkan rangkulan pada pinggangnya membuatkan wanita itu mencebik.

"Ya abang tahu. Tapi tak boleh lasak sangat. Kalau terbuka jahitan tu macam mana hm." Hajar mengangguk perlahan.

Kaki dibawa ke arah katil mereka sebelum Eijaz dengan berhati-hati mendudukkan Hajar di situ.

"Dan Hajar still kena berpantang kan sampai luka tu sembuh." Hajar cebik sebelum angguk. Badan disandarkan pada kepala katil.

"Macam orang baru lepas bersalin je kena pantang pantang ni." Eijaz menggeleng melihat Hajar. Kepala wanita kesayangannya itu diusap lembut.

"Kalau tak pantang, lambat lah luka jahitan tu sembuh." Hajar sekadar mencebik. Tangan Eijaz yang bermain dengan rambutnya digenggam.

"Nanti kita stay rumah daddy mummy tau. Yang lain pun akan stay sana. So bila abang kerja, boleh lah diorang tolong tengokkan yayang abang ni." 

"Hajar macam dah susahkan semua orang sekarang ni." Hajar menunduk. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.

"Apa cakap macam tu hm. Yayang tak susahkan siapa-siapa pun."

Hajar angkat bahu. Tak susahkan siapa-siapa? Tapi ni dia dah buat orang lain terpaksa lupakan kerja mereka demi menjaga dirinya.

"Dah taknak fikir benda lain. Sini, abang nak keringkan rambut tu." Bahu Hajar ditarik lembut supaya merapatinya.

Tuala yang tadi berada di bahu diambil sebelum dia mula mengeringkan rambut panjang Hajar.

"Hajar tanya sikit boleh?" Eijaz menggumam perlahan. Memberi kebenaran untuk isterinya.

"Kalau haritu dia betul-betul bunuh Hajar, atau Hajar tak dapat diselamatkan, abang sedih tak?" Terangkat kening Eijaz mendengar soalan cepumas Hajar.

Tangan mengusap perlahan rambut Hajar yang berada di hadapannya.

"Abang?"

"Mesti lah abang sedih." Hajar tersenyum nipis selepas mendengar jawapan Eijaz. Tangan Eijaz yang masih mengeringkan rambutnya ditolak perlahan sebelum badan dipusingkan menghadap lelaki itu.

Mata hitam Hajar merenung dalam mata hazel milik Eijaz. Bagai mencari keikhlasan lelaki bergelar suami itu.

Senyuman nipis mula terpancar pada bibir wanita kecil itu. Tangan kasar Eijaz digenggam kuat.

"Kalau Hajar mati, abang akan kahwin lain ke?"

"Kenapa tanya macam tu?" Soal Eijaz tegas. Hajar yang perasan akan riak wajah suaminya sudah berubah terus mengusap lembut kekura tangan Eijaz. Senyuman nipis diberikan buat lelaki itu.

"Hajar cuma nak tahu. Abang akan cari pengganti Hajar ke? Abang akan kahwin lagi?"

"Abang takkan jawab soalan yang tak pasti akan jadi." Eijaz bersuara lembut.

"Kalau jadi?"

"Enough Hajar. Jangan nak merepek lagi. Go to sleep." Eijaz bersuara sedikit keras sebelum bangun dari duduknya. Wajah Hajar direnung sekejap. Tuala yang berada di tangan disangkut pada tempatnya.

 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now