"Assalamualaikum warahmatullah."
"Assalamualaikum warahmatullah." Eijaz meraup wajahnya selepas selesai memberi salam. Dia memusingkan badan ke belakang, menghadap Hajar, wanita yang baru sahaja sah menjadi isteri serta makmumnya pagi tadi.
Senyuman diberikan pada gadis itu. Duduk dibetulkan sebelum kedua mereka mula menadah tangan ingin berdoa.
"Ya Allah, Ya Tuhan kami. Aku memohon kepada Mu, ampunilah dosaku, dosa isteriku, dosa kedua ibu bapa kami, keluarga kami, sahabat serta semua hamba Mu, Ya Allah."
Hajar tersenyum manis mendengar suara garau milik Eijaz yang mula membacakan doa. Setiap ayat yang diucapkan sangat ikhlas dah tulus.
"Ya Allah, Aku mohon Kau pelihara rumah tangga yang baru sahaja kami bina ini. Jadi kan lah aku sebagai seorang suami yang mampu memberi tunjuk ajar kepada isteriku agar sentiasa taat kepada Mu. Jauh kan lah rumah tangga kami dari unsur jahat serta godaan syaitan yang mampu merosakkan hubungan ini."
Eijaz mengangkat sedikit kepala melihat Hajar yang setia menatap wajahnya. Senyuman diberikan sebelum dia menghabiskan doa mereka.
"Aaminn."
Hajar meraup wajahnya. Dia kembali menatap Eijaz sebelum tangan dihulurkan untuk bersalam dengan suaminya.
"Alhamdulillah, selesai solat jemaah pertama kita sebagai suami isteri." Eijaz berkata sebaik sahaja Hajar mengangkat kepala. Pipi kemerahan Hajar diusap lembut dengan jemarinya.
"Terima kasih, abang. Sebab jadi imam Hajar." Eijaz senyum lagi. Badan diundur sedikit sebelum dia baring dan meletakkan kepala di atas riba milik sang isteri.
"Itu memang tanggungjawab abang." Hajar meraup rambut hitam Eijaz. Mata hazel milik lelaki itu direnung dalam. Cantik. Mata itu seakan bercahaya.
"Dan terima kasih sebab Hajar sudi jadi makmum abang." Hajar angguk. Dia hanya membiarkan sahaja Eijaz di ribanya. Mata lelaki itu juga tidak lari dari terus menatap wajah wanita itu.
"Lama abang nak cakap, baru hari ni dapat."
"Hm?" Hajar memasang riak pelik. Tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Eijaz.
"Hajar cantik. Cantik sangat, sampai abang tak mampu nak pandang perempuan lain selain Hajar." Hajar tergelak perlahan, ingat apa lah. Serious sangat muka suaminya.
"Abang tak pernah bercinta dan abang memang tak pernah pun terfikir untuk semua tu termasuk berkahwin. Tapi bila jumpa Hajar, semua berubah."
"Dan abang berani mengaku, Hajar cinta pertama abang dan abang tak nak hilang Hajar. Dari awal pertemuan kita lagi." Sekali lagi Hajar melepaskan tawa. Pipi Eijaz dicubit perlahan.
"Jadi sebab tu ke abang masuk meminang Hajar? Takut kena kebas dengan orang." Soal Hajar dan laju kepala lelaki itu mengangguk.
"Abang sebenarnya tak nak mengaku pasal perasaan abang. Tapi disebabkan kejadian tu, abang takut. Abang takut hilang Hajar dan abang takut benda tu jadi lagi dan abang tak ada untuk selamatkan Hajar."
"Lagipun waktu tu diorang semua nampak abang macam terlampau risaukan Hajar. Dari situ diorang fikir abang suka kan Hajar. Mungkin Allah bagi kesempatan untuk abang berterus-terang. Dah alhamdulillah, akhirnya abang dapat juga cinta pertama abang." Eijaz gelak.
Dia bangun dari baring. Pipi Hajar dicubit geram apabila dia melihat gadis itu seakan tergamam dengan kenyataannya.
"Lepasni abang boleh jaga Hajar dari jarak yang dekat dah." Hajar cebik sebelum memeluk erat badan Eijaz. Air mata laju sahaja turun.
"Terima kasih abang."
"Abang janji abang akan buat Hajar bahagia balik." Hajar angguk laju. Eijaz mengusap lembut kepala Hajar yang disembamkan pada dadanya. Ubun-ubun gadis itu dicium.
"Abang sayang Hajar."
"Banyak lagi ke barang tu." Soal Eijaz. Dia mula mengambil tempat di hadapan Hajar yang sibuk mengemas barangannya.
"Tak, ni sikit lagi."
"Tak payah lah bawa banyak sangat. Bukan tak datang terus dekat rumah ni. Bawa baju dengan barang yang perlu je. Yang lain nanti kita beli baru."
Baju Hajar yang bersepah itu ditarik sebelum dilipatnya. Selepas sahaja sarapan tadi, isterinya terus sahaja bergerak naik untuk mengemas dan sampai sekarang masih belum berhenti dari melakukan kerjanya itu.
"Sikit je ni abang. Yang lain tu saja je kemas-kemas. Dah alang-alang kan." Hajar sengih. Baju yang sudah siap dilipat disusun ditepi.
"Rumah abang besar tak?" Soal Hajar tiba-tiba membuatkan sebelah kening Eijaz terangkat. Senyuman mengejek terukir pada wajah lelaki itu.
"Kalau tak besar pun kenapa? Hajar tak nak ke tinggal sana?"
"Bukan lah. Hajar okay je mana-mana. Cuma kalau besar nanti mesti ambil masa nak kemas kan." Eijaz angguk. Itu rupanya yang dia risaukan.
"Rumah abang tu banglo. Dua tingkat. 4 bilik tingkat atas dan 1 bilik kat bawah. Setiap bilik ada tandas, Dapur ada dua, dapur basah dan dapur kering. Boleh lah untuk kita dua masak sama-sama." Panjang penerangan Eijaz.
"Besar dia tu boleh kut muat kalau nak ada 5 atau 6 orang anak. Tapi kalau nak anak ramai lagi, kita kena cari rumah baru lah." Usai berkata begitu, terus terletus tawa Eijaz apabila melihat wajah cemberut Hajar.
"Amboi, bukan main dia punya rancangan ya."
"Rancang awal supaya tak kalut, sayang." Hajar cebik. Iya iya je.
"Tapi jangan risau lah. Rumah abang sentiasa kemas. Abang ada hired pembantu rumah, and dia akan datang seminggu sekali untuk bersihkan rumah. Lagipun abang jarang tinggal sana, selalu balik rumah papa mama je." Bulat mulut Hajar mendengar penjelasan Eijaz. Faham faham.
"Tapi nanti kita kena shopping lah sikit. Perabot, barang-barang rumah. Rumah tu rumah bujang, jadi tak banyak sangat perabot."
"Dulu rumah bujang, sekarang rumah apa?" Soal Hajar, sengaja nak main-main sambil mengemas. Bosan juga kadang-kadang buat kerja tanpa hiburan ni.
"Sekarang rumah Eijaz Hajar. Syurga kita." Hajar menepuk tangan, suka dengan kenyataan yang dikatakan oleh Eijaz.
"Yeay! Suka suka!" Eijaz tergelak melihat perangai Hajar. Tak ubah seperti kanak-kanak.
"Cute."
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...