EIJAZ HAJAR | 11

5.6K 218 1
                                    

"Harini kita akan gerak balik. Untuk lawatan kalini, aku tak nak cakap banyak, cuma nak ucap tahniah untuk semua." Haziq diam memandang satu persatu anak buahnya. Senyuman terukir pada wajah lelaki itu.

"InsyaAllah kalau ada rezeki lagi kita datang sini lagi. Lagipun budak-budak tu nampak happy sangat bila kita pergi hantar makanan."

Yang lain mengangguk setuju dengan kata-kata dari Haziq.

Suasana yang tadinya sunyi, tiba-tiba bingit apabila telefon milik Hazim berbunyi. Lelaki itu menunduk sedikit sebelum bergerak menjawab panggilan.

"Hasif, kau larat tak nak gerak balik ni?" Soal Akif apabila melihat Hasif hanya tersandar di kerusi ruang itu.

Mata dikalihkan pada Hajar yang hanya melentokkan kepalanya pada bahu milik Najwa. Keadaan gadis itu tampak sedikit baik berbanding semalam.

"Okay je. Kalau rasa tak larat aku stop lah kejap."

"Yakin?" Soal Hadif inginkan kepastian dan mendapat anggukan dari adik kembarnya itu.

"Long." Hazim memanggil sedikit kuat, menarik perhatian yang lain.

Wajahnya yang sedikit cemas membuatkan semua menatapnya, menunggu apa yang ingin disampaikan oleh lelaki itu.

"Paklong call. Kita balik sekarang."

"Kenapa papa aku call kau Zim?" Soal Kai pelik. Jarang ayahnya itu akan menghubungi mereka. Melainkan ada apa-apa terjadi dalam keluarga mereka.

Hazim diam tidak menjawab. Tanpa dirinya sedar, ada air mata turun membasahi pipi lelaki itu.

"Angah? Kau kenapa?"

"Daddy dengan mummy, long." Perlahan sahaja suara Hazim tika itu.

Mata yang sudah berkaca itu menatap sayu wajah abang serta adik-adiknya. Sungguh dia tidak kuat untuk menyampaikan berita itu pada mereka.

"Daddy dengan mummy kenapa? Diorang dah balik ke angah?" Soal Hajar tiba-tiba.

"Zim?"

"Daddy dengan mummy dah takde." Itu sahaja ayat yang meluncur keluar dari mulut Hazim. Suasana disitu senyap tanpa sebarang bunyi.

Terkejut dengan berita tersebut.

"Tipu."

"Angah tipu kan?!" Soal Hasif kuat. Pandangan dari orang sekeliling sudah tidak dihiraukan. Dia berjalan laju ingin menerpa Hazim yang sudah terduduk lemah di tengah ruangan itu, namun badannya pantas sahaja ditahan oleh Kai dan Julian.

"Lepas kan aku lah! Angah, kau tipu kan?!"

"Hasif sudah. Kita balik dulu jumpa paklong. Kawal emosi tu." Haziq bersuara tegas.

Jujur dia pun hampir sahaja ingin rebah disitu kerana berita itu, namun dia harus kuatkan dirinya.

Kalau dia pun lemah, macam mana dengan adik-adiknya yang lain. Kalau bukan dengannya, dengan siapa lagi mereka ingin bersandar.

Haziq berpaling memandang Hajar yang sudah selamat berada dalam pelukan Hadif. Jelas di penglihatan, adik bongsunya itu sudah terus menangis di dada Hadif.

"Jom gerak."

"Jenazah daddy dengan mummy dah dalam perjalanan balik Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jenazah daddy dengan mummy dah dalam perjalanan balik Malaysia." Itu sahaja yang dikatakan oleh Encik Nasrul selepas melihat wajah anak-anak saudaranya.

"Semua ni tak betul kan paklong?" Soal Hasif lagi. Masih tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

"Hasif sabar ya. Korang semua kena redha. Semua ni dah takdir." Puan Kaisyah memujuk. Bahu anak saudaranya itu ditepuk lembut.

Tampak wajah lemah lima beradik itu. Mungkin masih terkejut dengan berita itu.

"Ma..macam mana daddy mummy boleh meninggal?"

"Diorang terlibat dalam kemalangan. Uncle Jerome cakap daddy meninggal dekat sana, mummy pula waktu dalam perjalanan ke hospital." Encik Nasrul membuka cerita.

"Daddy mummy tipu. Mummy cakap nak pergi kejap je." Hajar berkata dengan sedu-sedan.

"Kenapa cepat sangat diorang tinggalkan kita."

"Hajar, jom ikut maklong naik bilik dulu. Abang Kai cakap Hajar demam. Hajar rehat dulu ya, sayang." Puan Kaisyah cuba memujuk.

Badan kecil Hajar ditarik untuk mengikutinya, namun Hajar mengeraskan tubuhnya.

"Hajar nak tunggu daddy mummy." Hajar menggeleng laju. Enggan mengikut langkah ibu saudaranya.

"Naik rehat dulu baby. Nanti dah sampai along panggil okay?" Haziq berkata lembut. Kepala Hajar diusap dengan senyuman nipis.

"Jom maklong dengan kak Lisha teman." Hajar angguk lemah. Dia mula bangun sebelum berjalan bersama Puan Kaisyah dan Kalisha naik ke atas.

"Allah." Haziq meraup wajahnya. Dia melabuhkan duduk disebelah Hadif sebelum wajah ditekup dengan tangan.

Macam mana dia ingin memujuk adik-adiknya kalau dia sendiri lemah.

Sekelip mata, mereka hilang kedua orang tua mereka. Tempat mereka bersandar, tempat mereka mengadu, tempat mereka berlindung.

Sekelip mata juga tanggungjawab Encik Hasnul dan Puan Nonie jatuh pada bahu Haziq.

Bagaimana dia ingin menjaga adik-adiknya kalau dia sendiri pun tidak kuat untuk hadap semua ini.

"Ziq, lepaskan je semua. Jangan pendam. Kamu pun berhak untuk sedih. Jangan sebab kamu nak adik-adik kamu kuat, kamu pula yang terseksa."

"Lepaskan semua yang kamu berempat pendam. Paklong dengan maklong ada. Kitorang pun mak ayah kamu semua juga." Encik Nasrul cuba memujuk.

Hadif dan Hasif dipeluk erat oleh lelaki itu. Membiarkan sahaja pasangan kembar itu menangis di bahunya.

"Nangis sampai kamu semua puas. Tapi janji dengan paklong, once jenazah daddy mummy dah sampai, paklong taknak tengok setitik pun air mata dari kamu berempat." Pesan Encik Nasrul sedikit tegas.

"Hajar mungkin tak dapat tahan, tapi kamu berempat sebagai abang, tolong kuat demi dia."

"Tolong redha dengan pemergian daddy mummy. Biar diorang tenang dekat sana."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now