"Cantiknya kawan aku." Elina yang sudah cantik dengan busana pengantin itu ditatap dari atas ke bawah. Wajah manis rakannya itu sungguh berseri dengan busana berwarna putih.
"Nanti kau pula merasa."
"Huh?"
"Nothing hehe. Betul ke aku nampak cantik?" Soal Elina inginkan kepastian. Dia melihat pantulan dirinya pada cermin yang tersedia di dalam biliknya.
"Cantik! Bertuah abang Noah dapat kau. Dah lah cantik, baik, setia pula tu." Hajar berkata jujur. Kedua tangan Elina digenggam olehnya.
"Lepasni aku mesti tak boleh jumpa kau macam selalu dah kan?"
"Jangan nak mula kan, Hajar Ilyana." Hajar tergelak. Badan Elina yang sedikit tinggi darinya dipeluk.
"Dah ada suami nanti, jangan lupakan aku tau." Elina angguk. Pelukan dibalas.
"Mesti lah tak. Kau kan satu-satunya kawan baik aku."
"Aku nak nangis lah macam ni." Hajar bersuara sebelum dia melepaskan tawa melihat wajah cemberut Elina. Badan gadis itu dilepaskan sebelum dia mula menjauhi bakal pengantin itu.
"Okay okay, aku gurau je. Jangan lah buat muka macam tu, hilang seri pengantin nanti."
"Iya lah."
"Elina, Hajar. Jom turun, pengantin lelaki dah sampai tu." Puan Eina mencelah. Pintu bilik Elina dibuka luas, ingin memberi laluan anak perempuannya untuk lalu.
Elina perlahan-lahan bergeraj turun dari tangga rumahnya diikuti Hajar dan Puan Eina. Hajar memang ditugaskan oleh Elina untuk menjadi pengapitnya.
Sampai sahaja di ruang tamu, mereka bertiga terus bergerak ke arah pelamin yang sudah siap dipasang di ruangan itu. Hajar membetulkan sedikit baju Elina sebelum menyuruh gadis itu duduk di atas pelamin itu bersama Puan Eina.
"Cantiknya Elina." Tutur Najwa sebaik sahaja Hajar duduk disebelahnya.
"Kan. Bertuah abang Noah."
"Boleh kita mula kan?" Soal ustaz yang dijemput selepas selesai menanyakan beberapa soalan kepada pengantin lelaki. Mendapat sahaja anggukan, terus acara akad dimulakan.
"Alhamdulillah."
Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Syarifah Elina Hafiya sah bergelar isteri kepada Noah Zyden.
"Assalamualaikum cinta abang." Elina tersenyum malu mendengar suara lembut Noah. Kepala laju ditunduk apabila mendengar usikkan dari tetamu yang ada.
"Kahwin lah semua. Tinggal je aku lepasni." Leon bersuara. Sedih melihat rakan single nya dahulu kini sudah menjadi suami orang.
Suami adik kawan baik sendiri pula tu.
"Alah kau sabar lah. Nanti ada lah jodoh dengan siapa-siapa." Akif menepuk kuat bahu Leon. Dia sedar tak dia tak keseorangan?
"Cuba kau pergi ride dekat Kampung Air? Mana tahu ada yang melekat nanti." Hasif bersuara. Bibir sudah dikemam, menahan diri dari melepaskan tawa selepas melihat wajah teruja Leon.
"Kampung Air? Kat mana tu?"
"Lima puluh!" Terlepas tawa jahat Hasif. Bangga kerana dapat juga dia kenakan kawannya yang seorang ni.
"Kurang ajar. Sini kau Hasif Iffat!"
"Ifwat, bodoh. Iffat tu Hadif!" Jerit Hasif. Laju kaki dia berlari keluar dari rumah kediaman milik keluarga Encik Hamza.
"Allah. Tak boleh ke diorang tu serious sikit. Dekat rumah orang pun nak buat perangai ke." Julian menepuk kuat dahinya. Stress kena hadap anak-anak istimewa ni.
YOU ARE READING
[C] Ride To Your Heart
RomanceSYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gad...