EIJAZ HAJAR | 26

5.4K 184 0
                                    

"Along!" Haziq yang ingin memakai helmet terhenti tatkala dirinya dipanggil. Hajar yang tersengih sambil berjalan ke arahnya dipandang.

"Yes, baby. Kenapa?"

"Along nak pergi mana?" Soal Hajar. Badan milik abang sulungnya itu ditilik dari atas ke bawah.

Nak keluar tapi nampak seperti hanya memakai pakaian biasa sahaja. Mesti ingin ke tempat yang dekat sahaja.

"Along nak balik rumah along jap. Nak ambil barang." Hajar angguk sebelum tersengih. Wajah Haziq dipandang.

"Hajar nak apa?" Soal Haziq, pelik melihat telatah adik bongsunya itu.

"Nak ikut boleh? Hajar bosan lah. Lagipun Hajar dah lama tak ride." Pinta Hajar. Mata sudah dikelipkan berkali-kali dengan manja dihadapan Haziq.

Goda cara macam ni biasanya lepas.

"Hm?"

"Please along." Hajar mula memujuk. Tangan naik memeluk pinggang abangnya. Kepala diangkat memandang wajah Haziq dengan cebikkan.

Haziq yang melihatkan perlakuan manja Hajar itu tersengih. Dahi putih Hajar dicium lembut. Lama si bongsu itu tidak bermanja dengan dirinya.

"Mesti lah boleh. Dah pergi ambil jaket dengan helmet. Along tunggu sini." Rambut depan Hajar diserabaikan. Pipi kemerahan gadis itu pula dicubit geram apabila melihat wajah teruja milik gadis kecil itu.

"Yes! Thanks along. Hajar sayang along.." Meleret suara Hajar. Dia menjengketkan sedikit kakinya sebelum pipi Haziq dicium.

Pelukan pada pinggang abangnya dilepaskan lalu dia berlari masuk kerumah. Selang beberapa minit, Hajar keluar semula dengan badan yang sudah disarungkan jaket dan helmet di tangannya.

"Jom along." Haziq sengih. Helmet disarung sebelum dia bergerak ke belakang Hajar.

"Disebabkan tadi adik along cakap dia dah lama tak ride, jadi along bagi Hajar je bawa motor." Bersinar mata Hajar selepas mendengar izin dari Haziq.

"Serious lah, along?!" Soal Hajar separa menjerit. Teruja selepas dirinya diberikan keizinan untuk menunggang dan membawa motor kembali.

"Yes, baby. Lagipun along dekat belakang, jadi along tak risau. Lagipun pergi rumah along je, tak jauh sangat."

"Along memang terbaik!" Hajar bersuara. Dia mula bergerak menaiki motor BMW milik Haziq. Enjin motor dihidupkan.

"Along pegang kemas-kemas tau. Nanti terbang."

"Nak lepas gian ke tu." Haziq bersuara sebelum tergelak. Pinggang Hajar dipegang apabila motor yang ditunggang oleh mereka mula bergerak.

"Let's go." Hajar memulas throttle motor, terus motor yang ditunggangnya dan Haziq memecut laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

" Hajar memulas throttle motor, terus motor yang ditunggangnya dan Haziq memecut laju meninggalkan kawasan perumahan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [C] Ride To Your HeartWhere stories live. Discover now