1

37 2 7
                                    

   BOOMMM!

   Suatu letupan yang kuat terdengar dari sebuah bilik. Semua orang yang berada di dalam rumah banglo tiga tingkat itu tidak peduli akan bunyi letupan itu kerana bunyi letupan itu datang dari sebuah permainan video yang dimain oleh dua orang remaja.

   “Cepat Fir! Lagi satu tumbukan je!”. Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun sedang fokus dengan permainan videonya itu. Namanya Zarrar Danial, seorang yang tinggi lampai dan berbadan sedikit tegap. Matanya hanya tertumpu dengan permainan itu.

   “Uishh. Susah betul nak kalahkan Leon ni.”. Seorang remaja lelaki yang duduk di sebelah Zarrar bersuara. Namanya Firdaus Hakim, sahabat baik Zarrar. Seorang yang tinggi lampai, badannya sedikit tegap.

   “Memang. Orang lain pun tak pernah kalahkan dia, entah skill apa dia pakai aku pun tak tahu.” Zarrar yang berada di posisi yang sama itu masih fokus dengan permainan video itu sambil perlahan-lahan menjamah kuih kegemarannya iaitu kuih koci.

   Firdaus menekan butang serang yang berada di pengawal permainan video untuk melepaskan dua das tembakan kepada musuhnya. Dengan dua das tembakan, musuhnya tumbang ke tanah. Kemenangan milik Firdaus.

   "VICTORY!". Suara dari televisyen keluar.

   "WEHHH! VICTORY! WEHH SERIUS LAH???". Zarrar menarik tangan Firdaus untuk bangun. Mereka berdua melompat dan menari bersama-sama. Mereka teruja kerana sudah sekian lama mereka mahu mengalahkan musuh mereka. Akhirnya penantian itu menjadi kenyataan.

   "Seriously? Leon kut??". Firdaus terkaku.

   "haha. Tulah, aku pun tak percaya Kita dapat juga kalahkan dia". Zarrar memeluk bahu sahabatnya itu. Dia menujukan matanya kepada jam di dinding, mata dia terbeliak. Jam menunjukkan sudah pukul 5 petang.

   "WEHH!! Kau lupa ke? Kita kena pergi lepak dengan Eira sekarang!". Dia menyedarkan Firdaus yang masih lagi teruja dengan kemenangannya.

   "Aduhh... Haah lah, mesti kita kena bebel dengan dia nanti. Tapi Aku rasa sempat lagi, kau pergi lah siap dulu. Aku tunggu kat luar". Kata Firdaus. Firdaus masih tersenyum gembira walaupun mereka sudah lambat untuk berjumpa kawan baik mereka. Firdaus membuka langkah dan keluar dari bilik Zarrar yang besar itu.

   Ring Ring Ring..

   Telefon bimbit kepunyaan Firdaus berbunyi.

   "Haishh habislah, mesti dia dah tunggu lama ni". Firdaus segera mengangkat panggilan telefon itu.

   Dengan pantas Zarrar menuju bilik bajunya. Bilik baju kepunyaan Zarrar ini dipenuhi oleh banyak baju. Bukan sahaja baju, kasut, beg, dan banyak lagi. Dia segera membuat pilihan untuk baju yang ingin Dia ragakan.

   "Okk dah". Zarrar berlari keluar dari biliknya. Seorang wanita berusia empat dekad melihat gelagat anak bongsunya itu. Dia menggelengkan kepalanya. Puan Zahra, ibu kepada tiga orang anak. Puan Zahra ialah sorang ibu tunggal, suaminya meninggal dunia beberapa tahun lepas.

   "Adik.. Nak pergi mana? Rushing sangat tu..". Puan Zahra menegur anak bongsunya itu.

   "Eh! Mama! Nak keluar dengan Fir, Eira. Rasanya balik pukul 9". Zarrar menjawab teguran Ibunya itu.

   "Tak dapat join dinner lah ni?". Puan Zahra melontarkan soalan kepada Zarrar. Zarrar pula menganggukan kepala. Puan Zahra dan Zarrar menuju ke pintu utama rumah.

   "Haa dah siap pun. Lamanya!". Firdaus memeluk bahu Zarrar.

   "Aku jammed tak tahu nak pakai baju apa". Zarrar menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal itu. Dia duduk di tempat duduk santai terletak di sebelah pintu utama. Dia memakai kasut.

BeastWhere stories live. Discover now